Dec 2, 2013

Goodbye and thank you memories

Alhamdulillah.. semuanya sudah berakhir. The STPM is...
The End...

Masa habis SPM dua tahun lepas, macam yakin je yang diri ni dah takkan sarung uniform sekolah lagi. Macam confirm je kononnya..tapi dah nasib badan. Result masa SPM yg dulu tak berapa nak bagus kan so tercampak lah beta ke lembah form 6. Mula-mula macam yakin je kata "ouh lepas ni aku takkan masuk form 6.rimas kot dah besar nak pakai uniform sekolah bagaii..."

guyss..believe me! 
sometimes apa yg kita tak suka dan selalu disebut-sebut tu la yg akan kita hadapi.frankly said, aku dulu selalu pandang rendah terhadap form 6.maybe because I wasn't too matured enough to judge something?? maybe jugak dulu aku selalu tengok senior-senior yg masuk form 6 ni macam seksa diri tahu?? dah besar but still nak beruniform sekolah.

tapi itu semua duluuu...
bila habis SPM dua tahun lepas, tetiba dengar pulak berita kata form 6 dah guna sistem modular(semester), aku macam tertarik.mana tak nye, before this form 6 semua macam nak mati la study dari lower six to upper six then hujung tahun baru exam penting. but actually I think sistem baru lagi membunuh pelajar,bezanya sistem baru bagi peluang utk students repeat paper yg dapat result tak memuaskan untuk semester yg lepas..berbanding dgn sistem terminal yg takde peluang nak repeat dah. It's okay la, masing-masing ada pros and cons. sistem sekarang ni dibahagikan ikut semester,sepanjang setahun setengah kau menghadap persekitaran sekolah,makanya kau kena tempuh macam-macam cabaran utk 3 semester. Ada fahamm ?? Faham bagus,tak faham pergi mampus.. ehhh, sorry. Joke!! Heee..
Jadi..bila dah berani ambil keputusan masuk form 6 ni,secara tak langsung otak aku ni buat throwback kononnya macam tak sangka yang sebenarnya aku masuk form 6. 
"tulaa dulu kau pandang rendah kan?? sekarang kau yg terpegun dengan kelebihan yg ada bila masuk form 6 ni.kau jugak yg sedih nak habis form 6,kau jugak sedih nak berpisah dgn kawan-kawan & cikgu-cikgu" cakap depan cermin.

adik-adik,pleaseeee..ubah mindset korang yg kata form 6 tu last choice bila korang tak berjaya masuk universiti lepas SPM hokayyy??itu semua bisikan syaitonnirrojimmmm..Hahahaa. Terbuka untuk semua tau??Ada je straight A's SPM masuk form 6 ni. serious ahkakk tak tipu dikk..believe me.*kenyit kenyit mata*

Sekarang ni bila dah start menanam anggur ni mula nak rindu kawan-kawan ni. Form 6 dah berjaya buat aku taknak keluar dari sekolah. bukan apa,rindu bergelak ketawa,bergurau senda dgn kawan je..and yg penting nak berdebat dengan cikgu.huahahaa..

ouhh..i-Sedih sebenarnya. ini je yg mampu mengubat kesedihan.. sobbssss.



suka sangat buat perangai yg tak berapa nak senonoh classmates. rindu okay rindu?? aku rasa macam nak putarkan semula masa-masa sebelum ni so boleh lahh aku bergelak ketawa 24 hours non-stop!! serious dgn classmates aje yg boleh buat segala jantung hati limpa usus kecik usus besar dalam badan ni bergerak-gerak ketawa. Kira macam waktu belajar pun main-main,waktu main pun main-main..ehh?? tak sangat laa..
kami pun ada masa serious tahu?? kalau nak kata gaduh baik gaduh baik tu mmg selalu sampai rasa macam nak tampaq bontot sorang sorang. ehh okayy itu melampau! 



Ya Allah..tengok gambar ni rasa macam nak masuk dalam gambar. Betul la tu kata yuna,setiap gambar ada ceritanya kononn..tapi ishh memang betul pun. Tengok gambar time main bola jaring tu,terbayang-bayang balik apa yg berlaku waktu tu. Huuaaaa...meroyan rasa tengok gambar zaman sekolah sepanjang form 6 ni!!


and I love this sooooooo much!! Such a big honour for me. Terharu rasa sepanjang menyumbangkan tenaga dan idea dalam Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U ni..acewaahhh gaya macam busy je padahal treasury assistant je pun. Tapi..yg ni la pun guru penasihat selalu cari sampai rasa nak lari sembunyikan diri. Haahahaa..


Hmm..speechless dah tak tahu nak luahkan rindu macam mana. Terima kasih sahabat kerana kalian dah mencipta 1001 kenangan pahit manis suka duka hidup bersama sepanjang form 6 ni. Semoga kalian semua berjaya hendak-Nya. Semoga Allah memberkati hidup kalian dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Thank you too all my teachers.. Thanks for teaching me..May Allah bless all of you. 
Keep smiling :))

Never allow little things to spoil a friendship. Overlook offence if possible. Confront it if necessary. But always forgive.



Sep 14, 2013

Seronok bila balik kampung

Salam cantik dan kacak semuaaaa...

Alhamdulillah mampu lagi jari-jari comel kemetot aku hasilkan coretan di blog. Maklum saja lah busy dengan assignments, rasa dah tak cukup kedeghaattt nak membebel kat sini. Saat aku menaip entry ni, hujan bukan main lebat sungguh di bumi Gerik ni haa.. lebat-selebatnya. Rasa angin sesejuk ni terus rasa macam bersemangat waja pulak kan nak menulis entry ni haa.. and terus teringat suasana kat kampung yg asli gila, jauh daripada segala pencemaran kat bandar tuuu.. rindu pulak kumpul reramai dengan the cousins tu kann. 
k, iollsss is sad. Rindu kampung halaman opah-opahku di Lenggong.

Yes, dua-dua opah di kampung yg sama. Senang jalan.. hewheww. Bila dah rindu kampung ni, faham-faham je la ye, ni semua sebab kumpul ramai-ramai masa raya haritu. Seronok pulak dikenangkan kembali zaman muda-muda dulu.. Ok melebih padahal baru sebulan berlalu je raya haritu. 

Sehari sebelum raya dah berangkat balik kampung, abang sulung dah janji dgn cousin nak buat operasi memasang panjut. Semangat dia lain sikit sebab kampung arwah abah dah berpindah ke rumah baru, alaa depan rumah yg lama je. Bukan apa, rumah dulu tu terlalu senang nak banjir bila hujan lebat. Opah pun dah tak larat.. so alternatif lain adalah dgn membuat inovasi kat tapak depan rumah sikit tu haa.. lepas pasang-pasang panjut dekat kampung abah, pergi pulak ke kampung mak.. bukak puasa for the last Ramadan dan bermalam di sana.


this the hasil from my abang, adik n my cousin.. kesungguhan akan membuahkan hasil yg mantopp gituu. ni lahh hasil yang dibanggakan. Ehh rasa nak raya untuk kali ke dua pulak bila tengok kampung ni haa.. so sukaa so sukaaa !! nampak kat situ pakcik I sedang menikmati keindahan malam raya. Seperti puas dengan effort anak-anak buah dia. Hahahaa. Malam ni sunyi-sunyi dulu, sebab keesokan hari tu baru meriah sebab pakcik-2 yang lain dari Ipoh semua turun. Anak-anak, yang ada cucu bawak cucu.. Haaa.. meriah mak ngahhh.



the cousins.. yg dah beranak pun sama naik, yg membujang pun sama naik.. bebudak kecik pun meriah aje. bila semua dah sampai, semua macam dah excited je rasa nak bergambar  sama-sama. Haaa.. sudahnya bila semua selesai, bersalam raya, makan makan makan makan selesai, petang je semua serbu keluar rumah nak beriadah kat padang.. kononnyaaaa. Aktiviti riadah kami sangat seronok ye uollsss.. tak perlu gaduh-gaduh nak cari kasut bola, tracksuit or wateva sebab kami beriadah hanya dengan memakai baju kurung dan baju melayu untuk memecahkan lemak dan kalori yg terkumpul setelah rendang lemang ketupat disumbat.


keseluruhan 4 generasi yee.. yang lelaki bujang ada yg pergi cari market tepi jalan.. haa deme aje laa yang tak kahwin lagi. masih muda la katakann.. yang perempuan, ermm.. ouhh mungkin tunggu orang datang masuk meminang. aku ?? haa... tunggu je lah ye yg atas-atas aku selesai dulu. Perempuan bongsu mesti laa kena dahulukan yg lebih tua. acewaahhh !! sukanya aku tengok berkumpul macam ni. sebenarnya waktu siang ni semua fokus makan dan makan. bila dah nak start bergambar mula lah ada yang nak tunggu makanan hadam dulu. semput tahu takk..


malamnya pulak, semua dah bersiap sedia nak berperang dengan jiran-jiran berdekatan kat kampung tu haa.. walaupun hujan semua gagah macam ada semangat luar biasa. aku rasa suasana waktu tu berada dalam kem tentera kau tahu ?? ketua segala ketua bab-bab mercun ni tentulah yg tengah menyengih tu haa.. menariknya jiran-jiran sebelah kiri kanan semua macam sporting dan menunggu masa nak berbalas satu sama lain. siap boleh jerit-jerit lagi tauu.. katakan rumah A pasang 25 punya, bila turn rumah A habis, sambung rumah B taknak kalah.. yang 49 punya dan seterusnya rumah C. Rasa-rasa macam hek elehh poyo-poyo gituu, apa barang kome tepi jalan baling-baling mercun bola bagai, kita ambik la pulak senjata yang perlu digantung.. mercun papan di rumah B, wahai rumah A dan C,  kau hadoo ?? haa gitulaa gayanya sampai masing-masing dah habis stok, semua main pop pop je laa.. sama level dengan anak-anak sedara. 

malam tu semua tidur kat kampung abah la pulak ye sebab malam raya dah tidur kampung mak. haaa terbaik punya sejuk dia sampai ada yang selimut dengan kain langsir. bahagia rasa hati. sampai dah tak tahu nak selimut dengan apa. sudahnya semua berhimpit-himpit sampai ada yang jadi ikan sardin ke ikan bilis, aku pun confuse.


sejujurnya aku nak bagitau, sepanjang beraya kat kampung aku pakai selipar 5 hengget sepasang tu je. simple. mudah nak berlasak-lasak walaupun berbaju kurung. dan yg penting raya pertama tak sempat nak keluar berjalan pun. 

so, ini lah perjalanan sepanjang hari raya haritu haritu tu haa... ehhh baru sedar lame gila aku baru nak hegeh-hegeh cerita pasal raya. nak wish raya pun dah lambat sangat dah pun. it's ok.. sambil-sambil nak hilangkan tension dengan assignments, sambil-sambil layan cuaca hujan malam-malam ni, sambil-sambil mengimbau kenangan bersama cousins di kampung.

moral nya, even arwah abah dah takde.. tak semestinya hubungan silaturrahim dengan family abah putus macam tu je. alaa.. memang jarang nak berjumpa. they are still my family, still my cousins.. 
kadang-kadang kita dapat tengok family lain dekat luar tu ada jugak cerita yang tak seronok telinga nak mendengar nyee.. ada jugak family yang dah terputus macam tu je. maknanya bila berjumpa pun dah rasa macam diorang tu orang lain. dah takde 'umm' dia nak berseronok macam zaman mak/ayah diorang ada dulu.. ada yang sampai antara cousins jadi segan sebab dah lama jumpa. segan dia mengalahkan perempuan yang malu bakal suami nak masuk meminang gitu. but alhamdulillah, relationship wan, adik-beradik dengan semua cousins, pakcik makcik masih lagi keep in touch gila dia masih sama. hee. 

ok lahh.. nak layan cuaca sesejuk ni haa.. assalamualaikum.


Jul 14, 2013

Sedikit kata-kata kosong

You,you,you & you...
you know what ? today dah 5 hari kita berpuasa.. 5 hari tau ??
I think, it's tooooo fast. rasa macam baru puasa semalam..ohhh sooooo poyo !!
baru nak pejam mata tupp tupp dah sahur, baru nak fefeeling jiwang tupp tup dah berbuka, baru nak buat assignment tup tupp dah nak masuk hari ke-6, ke-7, ke-8 dan seterusnya dahhh..

but I still wanna wish you guyss "Selamat Menyambut Ramadhan" kepada semua muslimin dan muslimat. 

Kakak cantik ni nak pesan--->

cantik sungguh laa..haihh !! :P
bulan puasa ni jangan membazir. pergi bazar tu beringat, jangan beli sebab lapar mata, kalau ikut lapar mata tu alamat nyee balik rumah nanti mula la sesi pembaziran secara double triple mega !!  contohi ahkak comel ni yg tak berapa nak suka pergi tempat yg bersesak-sesak ramai orang..ehh mengada kan ?? hahaa..

lagi satu, bulan puasa ni eloklah jaga perlakuan dan percakapan awak semua tu ye ?? tapi ingat, bukan dalam bulan Ramadhan sahaja !! bulan-bulan lain pun kena tau..
bukan nak cakap aku ni sopan santun lemah gemalai manis Ya Rabb !! aku pun kalau orang dah melampau cari pasal dengan aku, akan dibalas 'secara lembut'. cumanya yang aku tak faham, jenis nak baran dengan benda yang keciknya alahaiii... kalah tungau !!
tak tahu tungau tu apa ?? tungau tu sejenis kuih, bila makan je tak rasa lapar dah. ok tipu.
tungau tu sejenis binatang. tak tahu jugak buat-2 tahu.

apa yg aku nampak..
setakat nak mengata, maki hamun orang lain yg cuba rampas bf/gf sendiri tu better duduk diam tolong mak kat dapur siang ikan..siap-siap nak berbuka kan ??
maki hamun kamu tu mengalahkan marah orang yg cuba menghina agama Islam. lagi teruk daripada tu !! (if you know what I mean) 

setakat nak serang-serang orang depan orang ramai, meroyan tak tentu arah.. better duduk dalam bilik baca buku, study lagi bagus ye dik.. meroyan untuk benda yg belum tentu jadi milik kamu tu mungkin akan memalukan diri sendiri. orang yg kamu serang tu pun, entah betul ke tidak dia yg salah ?? eloklah tumpukan pelajaran ye dik.. kita semua ada hal masing-masing nak diuruskan daripada uruskan hal orang lain. ;)) akak pesan ni ikhlas tau adik-adik semua ?? hikksss..

ouhh ye.. jaga perasaan orang lain sama ye ?? especially perasaan parents, orang yg lebih tua daripada kita.. manusia semakin meningkat umur, semakin sensitif jiwanya. jangan nak memberontak without any reasons..remember that syurga bawah tapak kaki ibu.. jangan pulak bila tak puas hati dengan parents, mengata belakang pulak, tulis kat facebook, twitter bagai.. isshhhh tak baik tak baik !! siap custome tak nak kasi mak ayah baca kan kalau yg parents ada facebook tu ?? takpe mak ayah taktau, tapi Allah tau..

okayy, bukan nak pesan apa sangat.. sebab bulan yg mulia ni la nampak ada benda-benda macam ni jadi kat laman sosial. tak salah tegur untuk kebaikan ye dokk ?? peace yoo.^^
jangan marah-marah. puasa ni..puasa..puasa.. hikhikkss.:D

Ohh yee.. jaga solat sayanggsss semua !! ;)) 
Assalamualaikum..