Dec 20, 2011

Vanila Coklat

Hello readers & followers..

Memang dah sure sangat sangat sangat sangatt....ramai yang tengok cerita 'Vanila Coklat' yang ganti 'Cinta Elysa' tu kan..memang sweet sangat !!!

comel sebenarnya Aiman Hakim (Aiman Mentor) & Izara Aishah tu gaduh-gaduh comel-comel je nanti kahwin jugak..kompemm!!!


satu je aku nak cakap..Aiman ni makin kacak lahh!! handsome wooww..!! tuff je dia..dulu masuk mentor kering kurus macam tak cukup makan je..sekarang comel kacak je !! woowww..

baru tadi baca sinopsis drama ni dekat SINI and apa yang boleh aku agak memang best kott!!

p/s : kalau lah perkara tu terjadi dkt aku memang aku tak fikir berpuluh kali nak kawen dengan Aiman ni..gaduh pun gaduh la..bercinta lepas kawen kan sweetttt!! hahahaa..

Dec 17, 2011

Fresh Rose

Hello readers & followers..

Tadi saja usha-usha tanaman belakang rumah yang tak berapa nak banyak tapi banyak la juga..(ayat keling)

benda pertama yang dah berjaya 'capture my eyes' memang boleh teruja luruh jantung limpa bebagai la...sangat mekar and bahagia je tengok..cantik sangat !!


taadddaaa!! cantik tak?cantik tak?so lepas ni sapa yang nak bagi bunga ros dekat couple kesayangan korang boleh lahh beli dekat saya..sebab bunga ros yang ditanam sedang galak mengeluarkan hasil..warna merah,purple and putih ye..ini hanya satu je gambar yg boleh dijadikan tatapan orang luar sana..hahaa..

ayat aku macam betul je nak jual..no..no..no..!! aku sayang gila ok bunga ros ni..paling happy kompem lah mak aku..hahaa..

Dec 16, 2011

Perlu Ke Cari Gosip atau Buat Gosip ?

Hello readers & followers..

Gosip??

Well..sape pun pernah bergosip kan ? laki ke perempuan ke,ada je gosip cuma lain je style gosip tu..even wan sendiri pun bergosip jugak kadang-kadang tu kan..hihii!

cuma terfikir jugak,kadang-kadang yg bergosip tu saja mencari gosip or membuat gosip sendiri or memfitnah ? ehh apa tu?lebih kurang sama je kan..*merapu tengah malam..


kadang-kadang pelik jugak aku sebab dalam hidup memang perlukan gosip eh ? let say kata korang terjumpa ayah kawan korang keluar makan dengan seorang gadis cantik yang pasti bukan mak kepada kawan kau tu..







aku jamin 200% persepsi pertama korang mesti akan kata,"eh,ayah minah keluar dengan pompuan lain la..agak2 makcik joyah tahu tak?minah tahu tak?"


aku kompem punya korang cakap macam tu..padahal sebenarnya gadis cantik tu..


rupa-rupanya rakan sekerja ayah minah tu..see..gosip tak betul ! sama sekali tidak..hahaa!! aku berani mengaku kadang-kadang aku gosip dengan member pun ada yang tak betul..kahkahhkahh!! tula yakin sangat dengan apa yang nampak depan mata kan..hahaa

tapi..lain lah kalau korang dapat kad undangan perkahwinan and bila pergi kenduri...


memang betul ayah si minah tu ada affair dengan gadis cantik tu..siap dah lafaz akad nikah semua bebagaii..tangkap gambar pengantin semua baru perasan.."eh,ayah minah memang betul la jumpa haritu..tengok dah kahwin dah sekarang."


ada gambar kan??ada bukti kukuh??so korang boleh lah cakap and tunjuk dekat minah kawan baik kau tu..tak cukup dengan minah,makcik joyah mak kepada minah kau kasi..kan..dah perang antara madu nanti..runtuh institusi keluarga..ceewaahh!!

from that kita nampak..gosip jugak penting dalam membuktikan kebenaran..tapi,keburukan memang banyak..boleh merenggangkan sesuatu perhubungan,boleh menunjukkan yang kau tu mulut jahat ke apa ke..


so before berkata,lebih baik berfikir dahulu..

p/s : peringatan untuk aku jugak sebenarnya..aku tulis sebagai pengajaran korang tak jadi macam aku..tapi aku tahu gosip dengan manusia tak dapat dipisahkan..assalamualaikum!!(:

Mungkin Ini Yang Dipinta..

Hello readers & followers..

Sehari dua ni..ramai pasangan kekasih yg kononnya 'disangka pelangi ke hujung cerita,rupanya taufan di celah bahagia'. Ok abaikan perumpaan yg dicilok dari status salah sorang di facebook..

Mungkin ini yang dipinta mereka..kalau dulu macam belangkas kembar siam tak dapat dipisah..


nama pun cerita dulu-dulu mula bercinta kan..so harus lah black & white..hahaa!!

tapi sekarang semuanya berubah sekelip mata !! takde apa lagi yang dapat menyelesaikan masalah antara kita berdua..


kau mengkhianati cinta kita..kau curang !! kau curang !! paaannnggg!! amek kau aku kasi penampar..aku kisah apa depan orang ramai, biar diorang tahu kau perempuan jenis apa..!!

semuanya dah tak seperti dulu..ok STOP !!

sebenarnya tak tahu kenapa sehari dua ni aku asyik jumpa pasangan kekasih gaduh depan umum.memang gila kot dah takde perasaan malu.sampai nak baling-baling air kat muka bebagai..aloloohhh sweetnya korang main air lagi tuu..

p/s : lain kali pergi la Lost World of Tambun ke,Underwater World ke..lagi syok nak main air bebagai..kawasan pun luas so boleh lencun satu badan,bukan muka je..

Dec 14, 2011

Kaki Gaduh

Hello readers & followers..

Harini memang tak tahu kenapa dari pagi tadi teman mak wan pergi pasar, masuk pasar raya and etc ada saja jumpa orang bergaduh sana sini depan umum memang macam muka tak tahu malu..

ikutkan hati nak je baling belacan di tangan kat muka kaki gaduh yang tak tahu malu tu..gggrr!! tapi sabar sebab tak melibatkan wan pun.

1.Kawan sama kawan gaduh dekat kedai makan..

Bukan main hebat tunjuk 'kelebihan' dekat luar kedai makan tu..tak tahu apa yg di gaduh,tiba-tiba yang sorang tu lalu depan wan and pusing dekat kawan dia..laju je tangan !!


dalam hati dengan laju je bermonolog,"lelaki macam ni memang tak boleh buat suami..tak pasal nanti dekat akunya dia maki hamun."
dari jauh wan nampak je muka tauke restoran tu dah macam nak baling senduk+malu..yelah depan kedai sendiri kaannn?


"kau ingat kedai aku tempat korang gaduh ke haa..??"

2.Pelanggan tak puas hati dengan barang yg dijual,penjaga kaunter jadi mangsa

Nak aje pergi masuk campur,"makcik,kalau barang yg dijual tak memuaskan just meet THE BOSS ok??not that innocent girl yg dekat kaunter tu.."


kucing : "maaf makcik ini mungkin kecuaian daripada pihak kami jugak..maaf banyak2 makcik,kalau makcik   nak saya boleh ambilkan yang baru..saya tak tahu apa-apa tentang perkara ni.." ayat ni mungkin dia sedang terkejut dengan jerkahan yg dibuat.

finger point : "kedai ni memang low class lah ambil produk yang entah ape2 je..tin sardin ni pun kemek ! mustahil kau yg kerja dekat sini tak tahu perkara ni.." dengan ego je makcik tu bising2 depan orang ramai..

hello makcik !! kalau nak kedai high class pergi jalan jauh sana then tak payah nak menyemak muka dekat kedai tu..aku yang banyak kali pergi kedai tu,just bertindak secara bijak..sape suruh kau pilih tin sardin yang kemek tu??berlonggok lagi yang elok ok??

dunia..dunia...sudahnya pemandangan aku harini memang dihidangkan dengan benda yg memalukan rakyat Malaysia,lebih spesifik lagi orang Melayu.

Memang tak semua macam tu, tapi aku malu sebab bangsa lain akan pandang rendah dengan orang Melayu kita yang berfikiran cetek.

Rumah kata pergi,kubur kata mari pun still nak gaduh-gaduh dengan orang ke makcik??balik rumah muhasabah diri balik..

p/s :aku balik rumah terus sakit kepala..tak cakap lagi apa yang berlaku depan rumah aku tadi!MasyaAllah..

Dec 13, 2011

5 Blog Cool Pilihanku 2011


join KLIK SINI

Join segmen lagi..:)

Nak tahu blog mana yang wan selalu baca setiap hari? ni kira blog yg seronok dibaca bagi wan lahh..sebab full with information..:)



blog Namee memang penuh dengan maklumat yang tak terjangkau dek fikiran kita..kira macam dia boleh fikir dengan lebih jauh..kadang-kadang wan sendiri boleh malu bila baca setiap entry yg dia keluarkan tu..setiap topik ada maksud tersendiri..i loikkee !:)



masuk blog ini budak, mood pun bertukar jadi 'garaanggg' sebab tuan dia pun letak gambar kartun comel tapi garang..and sekarang dia tengah semangat menghitung hari lahir dia sampai letak tarikh dekat birthday..suruh orang wish letteeww..!hahaa..blog dia bagi wan le,setaraf dengan blog-blog lain yg famous yang kongsikan maklumat dgn readers..kemas and simple.menarik and tak susah nak cari link entry yang lain..:)nak terjah blog dia dipersilakan..




sape tak kenal kakak cantik kita memang nak kena bababbb..hahaa!!dia ni kira businesswoman ye..banyak produk dia promot berjaya dapat sambutan..selain drp business tu,sis irine ni pun banyak ceritakan kisah hidup dia,life dgn tunang dia,family and macam-macam lahh..huurrmm,irine pun ada abg yg aktif dunia blog ni ye..yg tu pun wan selalu usha hari-hari..even dia dh lama tak update,wan selalu jenguk kot la ada yg terbaru..hehee



blog ni sangat best sebab dia suka cerita melalui gambar-gambar animasi comel kiut miut meletopp..tp kartun tu bagi pengajaran banyak tau kat readers & followers dia..yg pasti menarik and best..!:)



tengok header pun dah tahu tuannye gila gambar..and dialah abang kpd cik irine td tu ye..aceli blog aizul ni kawan wan yg kenalkan sbb kawan tu pun gila gambar mcm aizul ni..so,saya kenal abg nye dulu baru lah terperasan si irine tu..dua-dua bukan main hebat ye..gambar yg aizul ni sediakan utk tatapan readers di blog dia sangat lah menarik hati jiwa yg runtun ini..ceewaahh..but mostly,dia dapat khidmat utk orang yg berkahwin lee..tapi banyak jugak..bukan setakat kahwin semata-mata..hahaa!!:))

Dec 12, 2011

Ini Kisah Cinta Kita

Hello readers & followers...

Sayang...andai ku tahu begini jadinya, akan ku jaga dirimu lebih daripada aku menjaga diriku sendiri.Kalau dulu kita berkenalan dan bahagia menyulam cinta, bahagia dengan restu yang diberi..tapi sayangnya kau pergi meninggalkan aku..

Kalau dulu..kita sama-sama berjanji..


Aku akan selalu berada disisi mu, susah senang kita hadapi bersama..

Aku gembira dengan kesungguhan mu..malah aku berdoa dan berharap agar kau adalah jodoh untukku..yang menjadi penyeri hidupku kelak..kau tak pernah sangsi dengan kesungguhan & kepercayaan yang aku berikan..aku bersyukur..



setiap saat,setiap detik,setiap hari yang berlalu amat cepat kurasakan..sehinggakan aku tak sempat untuk meluangkan masa bersama..hari-hariku dipenuhi dengan tugas duniawi. 

namun..kau setia menanti walaupun....


dengan hanya mendengar suara dari jauh..kadangkala aku malu,mempunyai seseorang seperti kamu yang amat sayangkan aku..tapi aku sia-siakan kesetiaan yg kau berikan..kau tak penat untuk mengetahui khabar dariku..kau terlalu mengambil berat sebab kau risaukan keadaan aku..

tapi aku...hanya ada masa terluang sahaja aku berbuat demikian.

sampaikan Tuhan menguji aku dengan ujian yang amat berat..aku hanya mampu terdiam mendengarkan perkhabaran itu..


kau menderita dengan penyakit tanpa pengetahuan ku..dan harini kau pergi meninggalkan aku..kau pergi meninggalkan keluarga kau..keluarga aku..rakan-rakan..dan restu yang telah mak ayah kita berikan..

di saat itu, aku hanya mampu menangis dan lambat untuk ku sesali perbuatanku terhadap mu..hanya kenangan yg menghantui diriku..saat itu, kenangan sewaktu pertama kali kita kenal bermain di kotak fikiran ku..dan setiap kali kenangan itu bermain di minda lahh..aku menangis..menangis..dan terus menangis..


aku hanya berdoa kepada-Nya..agar kau bersemadi dengan tenang di sana..dan ditempatkan di syurga firdaus...

p/s : aku sedang berimaginasi..dan berharap takkan berlaku dalam hidup aku..:)

Dec 11, 2011

Daily Favourite Blogs

Hello readers & followers..

Hari-hari kita mesti la ada blog-blog yg kita intai,usha,skodeng..even secara rawak pun kan? main klik-klik link blog dekat group-group blog yang ada kan?

tapi semestinya..ada blog-blog yg dah 'tetap' jadi pilihan kita nak baca setiap entry yg ditulis kan..kalau tak komen pun,just jadi silent reader.. lebih kurang macam wan jugak lahh..

nak tahu blog mana yang wan selalu baca setiap hari? ni kira blog yg seronok dibaca bagi wan lahh..sebab full with information..:)



blog Namee memang penuh dengan maklumat yang tak terjangkau dek fikiran kita..kira macam dia boleh fikir dengan lebih jauh..kadang-kadang wan sendiri boleh malu bila baca setiap entry yg dia keluarkan tu..setiap topik ada maksud tersendiri..i loikkee !:)



masuk blog ini budak, mood pun bertukar jadi 'garaanggg' sebab tuan dia pun letak gambar kartun comel tapi garang..and sekarang dia tengah semangat menghitung hari lahir dia sampai letak tarikh dekat birthday..suruh orang wish letteeww..!hahaa..blog dia bagi wan le,setaraf dengan blog-blog lain yg famous yang kongsikan maklumat dgn readers..kemas and simple.menarik and tak susah nak cari link entry yang lain..:)nak terjah blog dia dipersilakan..




sape tak kenal kakak cantik kita memang nak kena bababbb..hahaa!!dia ni kira businesswoman ye..banyak produk dia promot berjaya dapat sambutan..selain drp business tu,sis irine ni pun banyak ceritakan kisah hidup dia,life dgn tunang dia,family and macam-macam lahh..huurrmm,irine pun ada abg yg aktif dunia blog ni ye..yg tu pun wan selalu usha hari-hari..even dia dh lama tak update,wan selalu jenguk kot la ada yg terbaru..hehee



blog ni sangat best sebab dia suka cerita melalui gambar-gambar animasi comel kiut miut meletopp..tp kartun tu bagi pengajaran banyak tau kat readers & followers dia..yg pasti menarik and best..!:)



tengok header pun dah tahu tuannye gila gambar..and dialah abang kpd cik irine td tu ye..aceli blog aizul ni kawan wan yg kenalkan sbb kawan tu pun gila gambar mcm aizul ni..so,saya kenal abg nye dulu baru lah terperasan si irine tu..dua-dua bukan main hebat ye..gambar yg aizul ni sediakan utk tatapan readers di blog dia sangat lah menarik hati jiwa yg runtun ini..ceewaahh..but mostly,dia dapat khidmat utk orang yg berkahwin lee..tapi banyak jugak..bukan setakat kahwin semata-mata..hahaa!!:))

so,ni lah setakat yang ada..5 je yg mampu..jari dah sakit nak menaip..hihii!!nak terjah blog mereka boleh tekan pada nama diorang tu..yang purple tu..so,saya adalah silent reader !! hehee..blog yang kasi macam-macam inspirasi sebab orang nye pun macam-macam..hahaa!!







Dec 10, 2011

Semoga Terus Sabar Elvy Nellysha

Hello readers & followers..

Petang ni nampaknya ramai yg kasi semangat dekat blogger kita yg seorang ni Elvy Nellysha.

Ada lagi orang berhati busuk macam 'Si Penulis Kreatif' ni..ok,wan taknak cakap banyak..berdasarkan blog tu,nampak sangat dia buat blog khas untuk mengutuk para blogger..


baru sangat lagi ni...and mangsa pertama dia Elvy Nellysha..macam-macam sebenarnya yang dia tulis kat Nelly..apa-apa pun sabar ye Nelly?

maaf..wan buat entry ni bukan ada niat apa-apa..but as a blogger,masing-masing memberikan semangat..tak kisah kalau wan dihentam dengan 'Cik Anon' yg marah sangat dekat Nelly tu,dia marah wan backup Nelly or whateva,biarkan..orang macam ni memang dah tak ingat dosa pahala..and tak fikir risiko yg akan berlaku.

To Nelly,

-Semoga tabah menghadapi dugaan ni ye..
-Jangan putus asa..
-Teruskan berblogging..don't give up !
-Banyakkan berdoa
-Always be respected yeaa..
-Jangan hiraukan orang macam tu..:)

Kebersihan Diri

Hello readers & followers..

Semenjak..dua menjak..tiga menjak..empat menjak ni wan tak tahu la kenapa asyik ternampak pemandangan yg menjijikkan mata nak melihat.

Mostly kan,wan asyik jumpa budak-budak kecik umur dalam lingkungan 4-12 tahun..kiranya lingkungan 11-12 tahun tu dah cukup besar dan cukup mengerti abou kebersihan diri..budak-budak yang 'menghiasi' mata wan tu amatlah selekeh dan 'berlemuiiihhhh...' la senang cakap orang kampung ni kan..heehee!!

Selekeh/kotor/jijik/berlemuuiiihhh bagi pandangan wan terhadap seseorang yg diletakkan dlm kategori ni
  1. keluar masuk rumah tak pakai kasut..eeuuww!!jijik kot pijak2 tanah tu..
  2. suka-suka hati kau nak pakai kasut dalam rumah..jenuh laa orang nak solat pun 'kotor' and tak pasal yang kulit allergic tu habis menggaru macam beruk sudah..
  3. bangun pagi tak gosok gigi terus ambil sarapan !! lagi-lagi menjijikkan.
  4. pegang kucing,main-main kotor kat luar,bila makan tak basuh tangan and pegang2 orang lain..kotor lahh..kotor !!
  5. bangun pepagi tak mandi..orang suruh mandi pun liatt...jenuh la weyy orang macam ni !
tak suka lahh macam nie..bagi wan,budak-budak kecik tu takkan sekotor ni,takkan seselekeh ni kalau diajar,dididik dari awal pasal kebersihan diri ni..mak ayah patut malu lah sikit nak bawak anak-anak yang selekh and kotor bebagai nak pergi tempat awam..

ni kalau nak berjalan kuku kaki pun hitam..yekk!!yekkk!!yekk!! geli weyhh..geli!!


kalau kucing pun ada rasa nak gosok gigi,kite..??kite..??

so,tak perlulah sampai sekotor yg dicakapkan..ajar lah benda-benda asas tu sejak kecil..ni yg umur 11-12 tahun bila ditegur dah meragam bebagai..sepatutnya umur macam tu dah tahu semua tu.dah reti nak gosok gigi !!

perkara macam ni takkan ada kalau mak ayah ada kesedaran nak didik anak-anak pasal kebersihan diri ni..wan percaya bukan dekat sekeliling wan je,banyak lagi benda macam ni berlaku dekat sekeliling korang kan?so fikir-fikirkan..:)

Dec 7, 2011

Kemahuan Remaja,Kerisauan Ibu Bapa

Hello readers & followers..

Nowadays, remaja semakin ghairah memberontak,meronta supaya dapat apa yang mereka mahukan. Tak percaya? Jangan tipu lah..wan pun remaja,kawan-kawan di sekeliling wan semuanya seusia dengan wan and wan pun akui kadang-kadang rasa geram sebab terbeban dengan pengawasan parents.

banyaknya kemahuan kita..so kerisauan mak ayah pun bertambah-tambah..

"mak,boleh tak kakak nak pergi holiday dengan member?kakak bosan lah duduk rumah je !"

"ayah,abang nak motor..kawan2x semua ada motor,nak berjalan mana-mana pun senang..takde la asyik ikut telunjuk ayah je..tunggu ayah free bosan la abang !!"

"ayah,angah nak ambil lesen kereta la..daftar lah angah nak test kereta.dah ada lesen senang sikit.."

when your parents say NO!!! hati remaja mana yang suka?selagi tu lah korang merayu,melutut,pujuk,menangis bebagai kat mak ayah dengan harap apa yang korang nak tercapai !! bila parents korang tetap dengan pendirian dengan automatiknya korang akan menjadi sebegini rupa...

ihsan pakcik google
ada jugak yang merajuk masuk bilik hempas pintu bilik kuat-kuat..setahun kau amalkan hempas-menghempas tu,banyak lah bajet bapak korang nak baiki pintu..haihh!

bagi korang,korang mengharapkan satu kebebasan yang abadi..


kalau boleh korang nak bunuh diri...ye dokk??

cumanya,masalah remaja sekarang diorang tak pernah mengerti kenapa mak ayah diorang tak nak kasi kebebasan yang terlampau untuk mereka..kerja nak berjalan aje !!

kononnye nak holiday ye?parents uolllss tak kasi sebab :

1.takut anak-anak dia tak reti menyesuaikan diri dgn keadaan sekeliling.

2.kes jenayah sekarang bukan main seronok keluar kat tv,popular kemainnn..kalau jadi apa-apa kat korang,siapa yang tanggung kos rawatan hape kebenda semua tu??

nak-nak teruk sikit hampa mati sapa yg nak uruskan kapur barus utk hampa?tanah free kat hampa?ingat tak penat ke penggali kubur korek kubur hampa dalam-dalam..?haiyyaaa!!tu semua duit mak ayah korang..

see..sampai ke mati hampa guna duit mak ayah.nak kahwin pun tak sempat..

so,better you all semua sabar lah..tak salah korang nak ambil lesen ke apa ke,just wait for your parents' confirmtion..tak salah kalau kita ikut kemahuan diorang demi kebaikan kita..kecik-kecik dulu korang buat perangai memang la mak ayah ikut telunjuk korang sebab baby tomel omel lagi..:)

so bagi yang perempuan same gender as me especially..jangan nak bebas sangat..kamu tu anak dara.ke hulu ke hilir nanti lain tanggapan orang lain terhadap kita nanti..think before you act !!

Congratulation My Dear !!

Hello peeps..

Today I just want to share our happiness !! cewaahh..our lah sangat..but for sure lah kan, kegembiraan kawan-kawan turut menjadi kegembiraan saya ! kalau saya sedih,kawan gembira...saya takkan tunjukkan kesedihan sebaliknya kegembiraan..

Macam kawan wan seorang nih..wan turut tumpang gembira dgn perkhabaran terbaru beliau..hehee~


you see that ?? untung lah mak cik Che Puan & pakcik Pozian ada anak macam Miss Nadirah kita ni..dah dapat banggakan hati mak ayah dia,cikgu2x and kawan-kawan dia..OMOOO!! semoga berjaya ye interview itu Nad !!

Sedikit nasihat from Wan Comel+Cantik nih..kihkihhkihh...
1. kalau merantau ke negara orang tu nanti,ingat-ingatlah budaya timur kita ye..jangan cepat 'culture shock'..maklumlah negara sana lain caranya..
2. dah dapat peluang belajar jauh-jauh..jangan sia-siakan..make ur parents proud of you! jangan cepat melatah and always struggle for your success..
3. bak kata pepatah.."menuntut ilmu biar sampai ke negeri China"..but for me,kau pergi lah tuntut ilmu ke Bangladesh sekali pun,berpegang kepada prinsip hidup..kau nak belajar untuk future kau jugak..jangan peduli kata orang !!:)

ouhh ye..korang nak kenal dengan dia ye?sorry tak banyak yang aku boleh tolong..


 makcik-makcik pakcik-pakcik yang kat luar sana boleh la buat calon menantu..pandai pun pandai !! nanti dapat kerja kompem fuluusss masuk..!! bodek2 menantu sikit..hahahaa!!

Nad--> gambar dah macam ala-ala "kuchkuchhotakhangg.."heheheee..goodluck ye kawan !!

Wordless Wednesday

Dec 5, 2011

Al-Fatihah..

Hello readers & followers..

Macam biasa bila online fesbuk macam-macam status kawan keluar kan..and latest,wan ada terusha satu post from Muhammad Zamir bin Selamat,player football jugak laa..

Nak tau ape yg ditulis zamir?


Apex..for sure lah Khairul Fahmi Che Mat kan..hurrmm..agak terkejut dgn berita ni..semoga family Apex tabah dgn pemergian adik tersayang..ajal maut semuanya di tangan Tuhan..Allah lebih sayangkan arwah..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..Aminn..


Takziah kepada Apex dan seluruh family..

Dec 4, 2011

Segment Santai Blogger 3

Hello readers & followers..

Join segmen lagi kali ni..hurrmm..nampak sangat dah tak tau nak update apa kat blog kan ? (^____^)

KLIK SINI
kalau nak join..
Segmen yang senang..just ceritakan hobby korang lah ye !!

    Hobi Wan??
Blogging lahh for sure..but if rasa rajin..hehee

Membaca novel..memang tak tinggal !! lagi2x dah habis SPM ni..:) pelanggan tetap kedai buku..hehehee

ok..tu je hobi wan..hahaa!! :) wan nak tag dua orang ni..

Rara Nasuha
Pinkylicious

Dec 3, 2011

Review Cerekarama Nur Ain TV3

Hello readers & followers..

Malam ni dengan 100% kepastian wan rasa ramai yang menonton cerekarama dekat TV3 malam nie kan? memang penuh pengajaran..



Lakonan Fasha Sandha & Fahrin Ahmad sebagai pelakon utama dalam cerita ni..berlakon sebagai pasangan suami isteri ye..rasanya baru ni la wan tengok Fasha Sandha ni jadi ibu..:) hiiihiii.. 

Sinopsis :-

Nur Ain Afwa,seorang anak yatim piatu yang mendiami sebuah rumah kebajikan,telah diambil oleh pasangan Azhar dan Marina untuk dijadikan sebagai anak angkat. Tapi, Azhar & Marina ni tak pernah mengamalkan suruhan Allah swt. Namun begitu, Nur Ain ni sabar dengan perbuatan ibu bapa angkat dia ni. Walaupun selalu pulang lambat,mabuk,dia always sabar dan berharap suatu hari nanti mak ayah dia berubah. Akhirnya,Azhar & Marina terbuka pintu hati untuk kembali ke jalan Allah. Takdir menentukan segalanya..Nur Ain menghidap penyakit barah otak.
tu je la yang wan boleh nak membebel bebagai..kalau nak tahu cerita or kesudahan tengok sendiri la kalau sempat..hehee!! tapi,berdasarkan komen-komen orang ramai, diorang mengatakan Fasha Sandha semakin tembam+berisi+temokk sikitt..and wan pun sependapat dengan diorang..agak terkejut dengan perubahan badan dia..*winkkwinkk..hihii

Kepastian

dalam setiap tutur kata..
pasti inginkan kepastian.

dalam setiap perbuatan..
pasti memerlukan kepastian.

dalam setiap persoalan..
pasti memerlukan kepastian.

dalam setiap pernyataan..
pasti inginkan kepastian.

dalam setiap amarah tanpa 'punca'..
pasti memerlukan kepastian.

dalam setiap duka..
perlu ada kepastian.

dalam setiap tawa..
pasti inginkan kepastian.

dalam setiap liku kehidupan..
pasti inginkan kepastian.


Kerana KEPASTIAN itu perlu untuk tidak menimbulkan sebarang salah faham

Nov 25, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

KLIK SINI jika nak join

Kali ni join GA pulak..dah lama tak join apa2..harini,godek2 blog ternampak blogger famous cute miut kita tu buat GA..
siapa lagi kalau bukan sis IRINE NADIA..tak kenal tipu !!;)

Mengapa saya nak product MIRACLE TAB ni from Irine??
-firstly, memandangkan harga satu set produk ni amatlah mahal..so wan tak mampu nak beli..;(
-second,banyak testimoni yang wan tengok,semuanya berhasil so kalau boleh wan nak cuba lahh..memandangkan muka wan now dah macam kerak nasi..ooppss!!hehee.. tidur tak menentu sebab banyak kerja kena buat,so macam-macam lah timbul & menyinggah dekat muka wan ni..
- yang penting,muka wan ni penuh dengan blackhead & whitehead..banyak produk dah dicuba tapi tak berkesan..malah lagi teruk so kadang2 keluar rumah wan tak yakin..muka kusam je !

so,itu je..apa yang wan harapkan wan dapatlah produk ni secara free from irine ye..hee~(^_^) kalau tak,hanya mampu melihat kecantikan wajah orang lain saja lahh..;)
ok,tenkiuu..assalamm~


Luahan atau Keluhan

hanya segaris senyuman dapat ku berikan
sungguh aku bersyukur kerna masih bernafas di bumi ciptaan-Nya..

namun,entah dimana silapnya..
hari-hariku bagaikan semalam..
menanti sesuatu yang tak kunjung tiba..
dengan penuh harapan.

puas ku menunggu
puas ku mencari...
namun hanya kedinginan angin yg bertiup datang menampar lembut pipiku.

tak ada yang lain aku harapkan,
cuma sebaris kata-kata semangat..
sudah cukup membahagiakan aku..

aku tak pernah memaksa,
waima sekalipun aku terdesak,
kerna aku mengerti kebebasan yang kau inginkan..

namun ingatlah hati yang memerlukan seseorang..
hati yg menginginkan 'ubat' daripada seseorang..
hanya kamu

kegembiraan yg tak dapat diungkap dengan kata-kata
disaat aku mendengar suaramu..
namun itu semua mimpi..

aku hanya menanti kehadiranmu disaat aku terlantar keseorangan di hospital..
mananggung kesakitan yg bisanya seperti jelatang..
tapi aku pasti kehadiranmu dapat mengubati segalanya.
aku berdoa agar kau hadir menemaniku..

kasih sayang yang diimpikan sejak dulu..
hanyalah kasih sayang daripada mu..


sesekali terlintas difikiran..
menyesalkah aku mempunyai seorang insan seperti kau?
yang aku harapkan dapat menjaga aku ketika aku sakit..
tapi rupanya kau hanya menambahkan kesakitan ku..

tapi aku tabah..
aku yakin..
bahawa kau akan hadir tatkala nyawa ku masih ada.

dan aku yakin..
disaat aku menghembuskan nafas terakhir,
kau pasti datang.

meskipun aku sudah tidak dapat menatap wajahmu..
namun aku harap aku sentiasa ada di dalam HATI mu.
aku masih menyayangi kamu..
wahai ANAKKU..

p/s : apa yg aku cuba sampaikan hanyalah luahan/keluhan hati seorang ibu atau ayah yang mengharapkan kehadiran anak-anaknya disisi.;)

happy reading !

Nov 22, 2011

Banyak Hajat Selama Berdiam Diri

Hello readers & followers..

First,aku nak luahkan rasa simpati dekat blog purple aku ni sebab dah 2 minggu dibiar tanpa berupdate.berhabuk dah pun..nak update but schedule pack dengan exam SPM yang sedang dijalankan sekarang ni..tarikh sebenar tamat exam SPM is 14/12 but alhamdulillah aliran wan habis awal..hujung bulan ni jugak..30/11

So,lepas ni memang penat lah blog ni nak keluar entry setiap hari..(^_^) Apa-apa pun,doakan kejayaan wan ye kawan2x..sekarang ni pun curi masa sikit sebab takut nanti blog jadi apa je.Sepanjang blog wan ni sunyi tanpa visitors,banyak hajat wan sebenarnya..yang agak-agak berangan sikit pun ada.

Nak tahu apa tak?hee~ buat syok je..tapi kesah ape,cuma ini yang diinginkan..;)

> first,mesti lah mengharapkan yang terbaik untuk SPM ni kan..memandangkan aku sedar kemampuan aku macam mana,so aku harap aku dapat sekurang-kurangnya 5A..aminnn...
> aku harap,bila aku dah melalui zaman remaja yg penuh cabaran tu,ceewwaahhh...!!aku masih dengan identiti aku tersendiri..masih sama & tak berubah walau pelbagai pengaruh yg datang..;)
> bila dah tiba masa aku perlu melalui kehidupan di universiti,aku harap aku dapat belajar sama ada dalam 3 bidang ni je..Business/Sains/Akaun..
> yang pasti,bila dah berjaya,aku akan pastikan mak aku gembira dengan apa yg aku kecapi..betul apa yg aku hadapi sekarang semua realiti..kejap je aku dah nak melangkah ke alam yg betul2x memerlukan kesabaran.haishhh...
> akhir sekali,hajat yg ni aku taktau nak dikategorikan dalam kelas apa,sama ada hajat gedik,berangan,kesungguhan or what..tapi bagi aku hajat ni sedikit kelakar,tapi kalau terjadi dengan betul,apa salahnya....aku nak jumpa dengan....ehemmm..ehemmm...

boleh sesiapa sampaikan hajat aku nak berjumpa dengan Nazmi Faiz Mansor??ahahaaa..!! terpikat sudah dgn kelincahan dia bermain dlm pasukan Malaysia semenjak Sukan SEA nih..takboleh??ada sesape marah ke??alahh..dia sebaya dgn saya je pun..yg membezakan,dia tak amik SPM aku pulak amik SPM..huaahuaahuaaa!! **kompem lah aku kena habis2x dgn awek dia kalau terbaca post aku nih..Nazmi ada awek ke??kalau takde alhamdulillahh..kalau ada,ampun bebanyak ye kat awek dia..aku minat style dia je..dun worry..aku tak suka rampas merampas,rebut merebut nih..;)

p/s : kalau lah Nazmi sendiri terbaca post aku ni kan lagi bagus..hahahahaa!!!angau nohh hang wan..pi jawab paper SPM biar perabihh haihh.. Nazmi bila pulak nak amik SPM??;)

jangan terlalu emosi ye gegurl sekalian yg baca post angan2 aku nih..nanti ada pula yg benci aku sbb Nazmi ja..hahahhaaa!!wehhh..perasan petang2x mcm nih syok woo...mintak2 la Nazmi terjumpa post aku nih kan..wkakakakaa!!


Nov 8, 2011

Manusia Si Pendera Sejati

Hello readers & followers..

Lagi-lagi pasal manusia kan? memang semua yang terjadi sebab 'sifat' yg telah dikurniakan kepada manusia. Baik buruk sesuatu perkara semua berkaitan dengan 'Manusia' !

Penderaan pun manusia yang lakukan. Memang kejam kan?Manusia sekarang akal diorang dah "lost".
Tak kira lah sama ada suami dera isteri,isteri dera suami,mak ayah dera anak sendiri/bf or gf mak ayah dera 'bakal anak tiri' kononnya.

Tak terlepas jugak la manusia dera binatang ! heyy,apa salah binatang hentah sampai nak dera bebagaii..manusia dera manusia tu memang dah tak tahu la nak buat macam mana lagi sebab diorang sama2 ada akal yang boleh guna tapi taknak guna & tak reti nak guna. Si pelaku pun sama,manusia yang menjadi mangsa dera tu pun maybe? yelah mana tahu ada salah masing2x kan..

Kalau manusia dengan binatang?

Manusia boleh fikir binatang buat salah apa pun,diorang tu dikira 'innocent' la..binatang ada otak tapi tak boleh fikir.Kalau manusia,ada otak boleh berfikir tapi taknak berfikir boleh lah disamakan dengan binatang.iye dokk??


Mr.Hero ni kesian kan?Dia lapar so dia curi la ikan sebab maybe takde sapa nak kasi dia makanan kott.tapi apa dia dapat??kaki depan dia dua2x kena potong dengan manusia keji yang tak berhati perut ! Kalau iye pun marah,guna lah otak tu and tak perlu nak tunjuk kuasa manusia yang kau ada.!

Sapa pun bila kucing curi ikan mesti la ada sikit rasa bengang,tapi relax je sebab nama pun kucing yang tak mengerti apa-apa.Ingat dekat binatang ni ada 'hukum hudud' ke?mencuri je potong kaki depan dia..kalau macam ni,pemotong kaki hero ni memang boleh cari manusia kat luar sana yang mencuri/merompak..potong tangan manusia kejam macam tu lagi bagus daripada buat dekat binatang.

Aku tak sanggup nak letak gambar contoh penderaan dekat manusia sebab aku takut..ngee~ korang pun pandai2 lah tahu kan penderaan dekat manusia cemana.Aku dulu dengar anjing jiran depan rumah aku kena dera pun aku tak sanggup dengar suara anjing tu merayu and menangis lah kott..kalau nak dera anjing baik tak payah bela.Tiap-tiap malam mesti dengar libasan rotan kat badan anjing tu..eee..seram !! Nasib baik dia dah pindah..;)


Nov 3, 2011

1/11/11..-With Love-

Hello readers & followers..

1/11/11 paling hebat sekali tarikh yang dipilih untuk sesiapa yang nak melahirkan anak,nak berkahwin,propos or menyambut hari bersejarah dengan yang tersayang..

Bagi Wan, tarikh ni hari yang memberi peluang untuk mengumpul lemak yang begitu banyak sekali...sampai terkentut-kentut bila dapat makan..nyumm nyumm !!

Jamuan kelas untuk tahun terakhir di sekolah, sangat happening dan marvelous !! lepas ni wan bukan lagi budak sekolah selepas saja tarikh 30/11/11 berakhir..alam remaja bakal menanti diriku..yeahhh!!lepas belajar & kerja semua sedar2 dah kahwin !! errkkk..gataii!!


AMARAN !! SILA JANGAN LAPAR..;)

semoga anda semua berseronok dengan gambar di atas..ngee~


perhatikan di dalam bulatan merah :-
1.Pemilik blog ni seolah-olah tak pernah makan kerepek bawang
2.Gambar semakin membongkarkan segalanya..kerepek masih ditangan tanpa menyedari kehadiran paparazzi..
3.Untuk gambar kelas pun,pemilik blog Miss Wanda sedang asyik menyuruh rakannya menyimpan kerepek itu..
4.Konklusinya, paparazzi bijak mengorek rahsia yang aku kuat makan !!


'Ibu' kami sangat bahagia di hari tersebut..mana taknya makanan banyak ! hehehee



Akhir sekali,gambar kami 4 sekawan wajib lah ada !! walaupun kami semua sihat-sihat tapi kami tetap COMEL+HOT !! errkk..okbaii!

mohon ampun kepada pemilik gambar-gambar ini semua yaa...Akif & Hanisah..I do not own these pictures ! I took it from your album..;)

Oct 29, 2011

Andai Diberi Peluang..

Hello readers & followers..

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi nak menconteng blog purple yg tak seberapa ni. apa pun wan nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat member-member yang jemput wan ke jamuan kelas diorang di sekolah tadi..

Andai kata korang semua diberi peluang, perkara apa yang paling utama atau yang menjadi kemestian korang nak buat?adakah korang akan...

Kembali kpd kekasih yang lama?

sanggup pulak korang kembali dekat kekasih korang..?ambil semula bekas korang tu?andai kata aku suruh korang jilat semula ludah korang or makan semula sisa makanan yg korang buang dalam tong sampah,sanggup buat? even bekas bf/gf korang tu dah siat,kelar,bunuh,sula korang sampai korang rasa macam dah setengah mati tu..TAPI!! siapa tahu niat seseorang utk berubah ke arah kehidupan yg lebih baik? boleh jadi kita sedar dgn kesalahan dulu,then kita dapat rasa cinta drp bekas bf/gf terdahulu..?mungkin sampai ke jinjang pelamin ?ngeee~ mood gatal sudahh..

Membalas jasa kedua ibu bapa

sepanjang korang hidup, korang rasa dah cukup dengan apa yang korang bagi dekat mak ayah korang? pernah tak doakan kesejahteraan diorang? pernah buat hati mak ayah terguris? atau pun senang cerita pernah mak ayah korang menangis kerana kegagalan korang?bohonglah kan..so,andai kata korang pergi dulu sebelum mak ayah korang, rasa2 sempat ke nak membalas semula jasa mak ayah? and kalau lah kita ditakdirkan untuk mati hidup semula,bila hidup balik tu korang ada tak perasaan nak balas budi mereka?=)


Luahkan isi hati yang dah lama terpendam


Setiap orang ada hati dan perasaan kan? dalam sejuta perempuan yang ada, semuanya diminati oleh seorang lelaki..dalam sejuta lelaki yang ada, kemungkinan besar 999,999 tu digilai oleh seorang perempuan..itu lumrah kan..andai kata kata korang dah kahwin dan secara tak sengaja terjumpa dengan 'secret admire' korang kat mana2 dengan husband/wife korang, korang nak tak ambil peluang tu luahkan segala isi hati yang terpendam selama berapa tahun tu?kalau berani cuba lahh..



perempuan kalau rasa nak dengar suami korang lafaz cerai, dipersilakan untuk berkelakuan sedemikian ! hueheue

Luahkan rasa tak puas hati
Sebelum ni korang simpan je rasa tak puas hati sesorang, sampaikan jantung hati korang rasa macam nak meletop seperti bom di Hiroshima dan Nagasaki !! over sudahh..
sampaikan korang dah bawa haluan masing2, tiba-tiba di takdirkan terjumpa dengan orang yg tak puas hati satu ketika dahulu,korang nak bersemuka tak cakap and lepaskan segala-galanya??contohnya, korang berkawan baik dengan seseorang tapi ada satu benda yang korang geram dengan perangai dia,benda yang korang tak suka tengok tapi kau pendam je dulu..now,dah terjumpa tu apa lagi??kasi semburr ajalah...ye dokk??*diingatkan jgn sampai diri sendiri yg termalu..konon nak luah rasa tak puas hati,tetiba ekau yang konoo..!!hahaa



so,itu je yang mampu dipointkan..sesapa yang rasa ada benda nak buat jika diberi peluang,digalakkan utk share..tak kisah..just straight to the point !! ;)

noteBMW : kalau wanda diberi peluang, wanda nak je tanya siapa yang ada guna laptop wanda tengok laman web bukan-bukan !! wanda sakit hati gila bila dapat tau..terkesann tau tak !! ingat wanda bodoh ke tak reti check dekat 'history'??oopppsss..emo !! sorry..tapi memang ini yang wanda nak buat !!

Oct 27, 2011

SEGMEN Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger. Jom Serbu !!

Hello readers & followers..

nak join boleh
KLIK SINI
ok now baru nak join segmen kan..

Latar Belakang :
ok,nama wanda ni sebenarnya Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi..I'm just SPM's candidate..ehehee!! WANDA tu datang dari mana? semuanya nama panggilan from classmate wan lahh..tak tahu apa yg unik dengan dagu wan, then diorang gabungkan nama wan and dagu jadilah wanda..ahaha!! the most important thing you have to know is...teman orang Perak..asalnya Ipoh tp tinggal aje di Gerik...sekolah di Gerik semuanya dah di tawaf..*tipu lebih..ehehe..mood wan sentiasa berubah-ubah,bak kata kawan-kawan..tapi mood yang selalunya 'bad mood' aje..baiknye kadang-kadang..tp dun worry wan tak marah tak tentu pasal and tak makan korang tau..ehehee!

Kenapa buat blog ? 
wanda start berblogging 28/9/2010..semuanya bila wanda teringat dekat arwah ayah wanda yg meninggal pada tarikh yg sama tapi tahun 2008..time tu sedih and rasa macam perlukan seseorang nak berkongsi kesedihan tapi malangnya takde pun..so wanda create blog dgn harapan orang dapat memahami perasaan wanda..ehehee! then, sampai sekarang alhamdulillah blog ni masih jadi peneman setia..;)

Siapa yang telah menarik minat Wanda?
Orang first yang buatkan wanda tertarik untuk berblogging ni sebenarnya takde sapa pun tau..tapi takpe demi segmen Lyssa,wanda bongkarkan..ceewwaaahh!!gempak je gaya..orang first is my sister's friend, abg Amal Espraza..ehehee!! *dia taktau pun dia penyebab wanda berblogging..ahahaa. start je wanda publish first entry, saja2 gataii promot dkat kawan suruh baca and follow la sebab excited baru ada blog walaupun blog macam budak2 time tu..so,saja2 kasi dekat abg amal,tetiba dye add wanda utk masuk dlm grup Sahabat Blogger yg semakin maju sekarang...bila dapat tahu link blog dia,usha2 gaya penulisan dia hebat..so he is my inspiration in blogging..(pasti sekali dia terharu kalau dia tahu)ahahaa!!
ramai lagi sebenarnya kalau nak kata inspirasi dlm blogging, tapi yang berjaya menarik minat wan nak berblogging ni abg amal lahh..;)

so,itu je lah yg wanda boleh cerita..sekian~