Jun 19, 2011

terima kasih abah..

korang semua mesti dah get ready kan nak celebrate abah/ayah/daddy/papa/walid/baba korang kan?apa-apa pun Selamat Hari Bapa untuk bapa2 diluar sana...
and sebenarnya nak sambut hari bapa or hari ibu,bukannya nak kene ada special day utk diorang..hari-hari sebenarnya hari diorang sebab diorang dah banyak berkorban untuk kita semua..

Abah...
sebenarnya akak bangga dengan apa yang akak ada sekarang ni...sebab akak ada seorang abah yang yang betul2 sayang dan prihatin dengan anak2nya...abah membesarkan akak,abang,kakyong and adik dengan titik peluh abah sendiri...abah kerja kuat semata-mata nak tengok akak and yang lain berjaya...abah bertungkus lumus..pagi,petang,siang,malam...menghabiskan waktu di pejabat untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Pertanian di RISDA...

bermula dari kecil,abah sentiasa nak tengok anak2 abah sentiasa dekat dengan abah...sebab tu bila kami semua nak masuk TADIKA,abah daftarkan kami dekat tadika dekat dengan pejabat abah...abah nak tengok kami selamat..and dalam masa yang sama,abah nak jimatkan masa hantar and ambil kami dari sekolah...bila abah sibuk,kami boleh jalan kaki pergi pejabat abah bila masa sekolah dah tamat..tapi takpe abah..,akak sabar menunggu..akak seronok jalan pergi pejabat abah..sebab makcik kantin dekat pejabat abah baik sangat..suka belanja akak..hehee!!

abah berusaha keras...sampaikan abah tak bagi mak kerja...lagi2 kerja yang mak pilih tu sebagai seorang guru sekolah rendah...abah taknak anak2 abah terabai..sebab tu abah nak mak jadi suri rumah sepenuh masa..menjaga kebajikan anak2 abah..abah sanggup mencari rezeki tanpa bantuan mak..abah nak tengok anak2 abah berjaya dlam pelajaran...tapi abah tak pernah tunjuk semua tu..sebab abah sentiasa suruh mak memantau kerja2 sekolah kami..akak tau..abah memang tak pernah tunjuk semua tu dekat kami..abah diam...tapi dalam diam tu abah sentiasa memikirkan kerja abah di pejabat...sebab itu lah punca rezeki kita sekeluarga..

abah tak tahu betapa gembira dan terharunya akak bila akak dah berjaya buktikan yg akak berjaya dalam pelajaran..semua tu akak buktikan dalam keputusan UPSR...akak berjaya dapat 5A...waktu tu hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan akak..tapi dlam masa yang sama,akak fikir,ke mana akak pergi menuntut ilmu di alam sekolah menengah pulak??dah tentu abah kena cari duit yang banyak sebab nak tanggung kos akak nanti...walaupun abah gembira,tapi ada yang lebih penting abah fikirkan waktu tu...ye..akak tahu..abah gembira sebab abang and kakyong tak berjaya dalam upsr sebelum ni..kejayaan akak amat bermakna bagi abah sebab harapan abah sebelum ni nak tengok abang and kakyong berjaya tak dapat...tapi akak dah tunjukkan kat abah..and akak satu2nya anak abah yang berjaya waktu tu..

tapi semuanya dah berubah...sewaktu akak berjaya masuk mrsm pdrm kulim,akak dah tak tahu apa yang abah lakukan setiap hari...tapi sentiasa bermain di fikiran akak..akak rindu abah,mak,abang,kakyong n adik..akak lah anak abah yang pertama dapat masuk sekolah berasrama dalam usia muda...tapi,lama kelamaan akak dapat biasakan diri...akak gembira..and abah pun dah dapat terima terpaksa berpisah jauh dengan akak..kalau sebelum ni akak selalu dekat dengan abah,tapi abah rela melepaskan akak..sebab abah tahu ini semua untuk kebaikan akak..walaupun abah terpaksa keluarkan banyak bajet untuk akak...

hujung tahun 2007,satu keluarga terkejut dengan berita yang menimpa abah...abah jatuh sakit..sakit tu memang tak dapat diterima kami sekeluarga...tapi,abah tetap sabar..masa tu masih pada tahap normal...namun,tak sampai setahun abah menanggung kesakitan,28.9.2008 adalah pengakhiran untuk selamanya...pemergian abah dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri telah menukarkan kegembiraan kami untuk menyambut aidilfitri..akak memang tersentap waktu tu...sebab akak yang tunggu abah...akak yang bawak abah masuk bilik air dengan kakyong sebab abah dah tak larat nak berjalan..masa tu abah mintak macam2 makanan sebab abah lapar..

cuma akak masih lagi belum faham semua tu..akak terpaksa tunggu abah keluar dr bilik air..mak,abang and adik keluar beli mee goreng untuk abah...akak terkejut..akak sedih..sebab tak dapat nak jaga abah waktu abah sakit..akak ade di asrama waktu tu..tapi akak tetap puas dapat tunggu abah...akak pelik kenapa abah lama sangat dalam bilik air...akak dah rasa semacam...akak call mak..sampai mak balik...tengok abah macam dah tak bernyawa..tapi akak kuatkan semangat...
sampailah akak dah tak tertahan...sewaktu bacaan talkin di tanah perkuburan abah..akak tak percaya akak sekuat tu...sebab selalunya perempuan tak tahan menangis...tapi akak tak...anak2 abah yang lain je menangis..
abah...hari raya aidilfitri tahun tu memang tak bermakna apa2 lagi...lepas abah pergi...akak teringat dengan tingkah laku abah..banyak tanda-tanda yg akak nampak..
waktu akak bangun sahur dekat asrama,abah selalu call akak..abah selalu tanya akak makan apa..abah selalu gurau2 buat akak jeles dgn makanan di rumah...

pernah satu hari..,waktu akak tlg mak buat biskut raya..abah mintak nak makan..abah mintak banyak sgt..abah cakap,'mana la tahu abah dah tak dapat rse kuih raya hangit yg akak buat..'waktu tu akak geram sangat..tapi akak tetap ketawa..sebab waktu tu akak memang tak perasana ape2 pun dekat dapur..
abah pernah cakap...abah taknak baju raya untuk tahun tu...abah cakap abah sayang baju raya tahun sebelum tu..elok lagi..abah pun tak bagi mak pilih kain baju kurung utk akak and kakyong..sebab abah nak pilihkan..abah cakap nak pilih yg sama corak,pattern cuma warna je lain...abah beriya2 pilih warna baju melayu utk abng and adik..tapi bile mak nak beli kat abah,abah taknak..
abah cakap...abah taknak sambut raya dekat kampung tok..abah nak sambut kat rumah je..
abah hembuskan nafas terakhir 11.45 pagi...tapi mesej abah pukul 10.30 pagi..abah bagitau semua kwan2 abah...kalau nak jumpa abah time raya,balik kampung di lenggong...

dan haritu..semuanya betul...abah dikebumikan di kampung abah di lenggong...hari raya memang ramai kawan abah datang rumah opah..sebab nak 'jumpa' abah..nak ziarah kubur abah..nak melawat family abah...
akak terasa kehilangan abah..sampaikan akak keluar drp mrsm...

kadang2x akak rasa menyesal sebab tak dapat nak berbakti utk abah...abah terlalu awal meninggalkan kami...kini,setelah 3 tahun abah meninggalkan kami,kami sudah semakin matang menjalani kehidupan seharian..abang pun dah bekerja...kakyong pun dah nak sambung degree...akak sedang berusaha utk berjaya dalam SPM tahun ni...adik dah berjaya upsr..5A..akak pasti..ini yg abah nak tengok dekat anak2 abah..abah jangan risau...kami sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana...kami sentiasa titipkan di dalam doa kami...

walaupun kawan2 akak semua bergembira dengan adanya ayah mereka disisi...tapi akak tak kisah...sebab semua pesanan abah untuk kami.kami ingat sampai bila2..mak masih lagi tabah membesarkan kami..sentiasa memberikan semangat untuk akak and anak2 abah yang lain..setiap hari adalah hari abah...tak ada hari yang khusus untuk meraikannya...

akak bangga dengan apa yang abah usahakan selama ni...akak takkan sia-siakannya...memang akak tak sempat nak berjasa untuk abah,tapi sekurang-kurangnya akak dah puaskan hati abah sebelum abah pergi...akak ingat kenangan upsr 5A dari akak sampai bila-bila...terima kasih abah...
akak doakan abah sentiasa tenang di sana..Al-Fatihah...

p/s:maaf amat panjang...dan aku takde gambar arwah abah sebab arwah abah aku orang yang tak suka bergambar..;) dan penyakit arwah abah aku tak boleh cerita..menyakitkan hati aku je nanti...semoga 'orang itu' mendapat balasan setimpal oleh Allah s.w.t

4 comments:

Athirah Liyana said...

selamat hari bapa (:

զιɛℓαʓмαи said...

sedih nye post nie.;'( btw al-fatihah for your dad :)

pijut said...

menarik kisah ini..setiap org mempunyai bapa n cerita disebaliknya..apa2 pun doa lah yg terbaik utk seorang insan yg bergelar ayah..

Artie said...

kak atie nangis bila bca entry nihh.. huhu.. yes, slama ni kak atie xpernah komen kat belog wan.. tp kak atie slalu baca.. it's like being your silent reader n hari nihh da xleh jd silent reader da.. hehe.. oke, serius kak atie cakap yg kak atie nangis! sedihh oo.. hope your abah ditempatkan dlm kalangan org2 beriman.. aminn.. stiap yg jd ad hikmahnya.. btw, gud luck in SPM yea dear! love your theme song.. lagu akim kannn?? jelesjeles.. haha :D