Jul 9, 2011

banyak benda mematangkan kita..

kadang-kadang...semua benda yang kita buat..tak semestinya perfect je semua...even bagi kita macam dah betul..tapi ada orang yang tak puas hati...ada yang meminta kita untuk puaskan hati diorang...biasalah...MANUSIA..

dalam satu kelompok keluarga...semua boleh bersuka ria..mak,ayah,abang,kakak,adik..semua boleh bersama..tapi tak dapat dinafikan...masing2 mesti ada rasa tak puas hati kan..mesti ada yang rasa mak ayah lebih sayangkan adik beradik yang jauh lebih pandai daripada kita..kena pulak bila adik beradik ramai..mesti berebut nak bersaing...tapi biasalah..keluarga kita pun MANUSIA...(ada keluarga korang from spesis kucing?)


dalam persahabatan...lagi lah kann...KAWAN..macam-macam kita boleh huraikan...ada kawan biasa,kawan baik,kawan sejati..kawan yang dalam susah je ada..bila senang takde..(ada pulak cenggini..!) ada kawan yang always bersama..susah ke senang ke..dia sanggup...ada jugak yang dalam senang je ada..bila susah,dia tak ada bersama kita..

tapi...

boleh ke kita percaya dengan kawan-kawan sejati kita?ada jugak kes..kononnya mula-mula memang sejati,sejiwa,sebelangkas..semua ada!!tapi kita tak sedar..dalam diam,belakang kita..dia cuba nak melagakan kita dengan kawan-kawan kita yang lain..tapi kita tak nampak semua tu..but,one fine day,bila dah terbongkar...baru dia nak mengaku semuanya...baru dia mintak maaf...dan dari situlah baru kita sedar yang dia bukan kawan yang terbaik untuk kita miliki...

mungkin Allah nak tunjukkan kepada kita hikmah disebalik pertemuan tersebut...

dalam berpasangan...pun ada jugak perselisihan fahamnye..."sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula pasangan suami isteri/couple.."hahaa...benda kecil pun kadang2 saja nak buat gaduh..biasa la..nak dipujuk...tapi itu semua lumrah kehidupan...biasalah..MANUSIA...

setiap yang berlaku psti ada hikmah disebaliknya...dan semua itu memberi pengajaran kepada kita supaya lebih matang dalam menempuh ujian hidup..

**p/s: yang nak ditekankan hanya dalam persahabatan je..tapi saja nak penuhkan lagi entry..semua benda dikaitkan..;)

walaupun rambut sama hitam,sama pertalian darah,dijodohkan bersama,tapi hati seseorang sukar untuk difahami...setiap individu mempunyai keinginan yang berbeza..

1 comment:

aizamia3 said...

semakin kita besar semakin banyak cabaran yang perlu kita hadapi..

pengalaman mematangkan fikiran..