Aug 28, 2011

sambutan raya di taman perumahan tak kurang hebat juga

Salam sayang daripada Wanda..

macam mana semua-semua??mesti dalam mood excited nak raya kan..??alaalaaa..jangan tipu la kata korang tak excited,aku nampak muka sorang2 tengah dok belek baju raya,test baju depan cermin..buat kuih raya,kemas rumah,main mercun segala bagai lagi kan ??ececeehh..tak nak mengaku lagi tu !

bila kita sebut je nak balik kampung,mesti ada sesetengah orang terbayangkan kawasan kampung betul tak??and selalunya sambut raya dekat kampung lahh paling hebat kan sebab masih ada lagi orang yang mengamalkan tradisi turun temurun tuhh..gotong-royong buat ketupat sambil mengumpat-mengumpat  betul tak kan??hahaa!!rasa seronok aje menambah dosa..haiihh!!tidakk..tidakk...

tapi kan,berbeza dengan rumah aku..duduk dalam 'taman perumahan' la orang kata..betul-betul dalam pekan pulak kan.susah sangat nak rasa kemeriahan sambutan dekat kampung..melainkan aku balik kampung opah aku di Lenggong tuhh !! baru la dapat rasa tau..haaiiihh!!kesiann..jiran-jiran sebelah rumah pun dah balik kampung diorang..,aku tak balik2 lagi membantu bonda tersayang mengemas rumah+buat kuih raya yang sememangnya sekarang ni tengah tunggu turn untuk dibakar di dalam oven kat dapur tu ! (aku dengan enak sekali mengupdate blog!!) 

tungguuu!!
sapa cakap tak meriah sambut raya dekat taman perumahan aku???*aku la bodohh pegi tanya pasal pe??
memandangkan 3-4 tahun kebelakangan ni bilangan budak semakin meningkat di taman perumahan aku ni,so aku dapat syak ada segelintir makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat taman perumahan aku ni ada buat kilang tambah anak la..muaahhahaa!!yelahh,mana taknye..diorang lah yang paling semangat tahun ni main mercun sana sini tak kira hujan ke tak..then,makcik pakcik yang dah ada cucu pun,anak-anak diorang balik sini..kereta diorang pun penuh sampai kadang-kadang park depan rumah aku..almaklumlah..,taman perumahan lah katakan..bukannya ada halaman besar-besar macam kat kampung tu lain cerita..satu halaman tu,untuk kereta satu family besar !!
so..conclusion is,bila jiran-jiran aku balik kampung,jiran-jiran aku yang di perantauan pulak balik rumah diorang di taman perumahan aku ni,takde la sunyi macam 6-7 tahun yang lepas macam raya dalam gua je..


budak-budak kemain lagi hebatnya menyambut hari raya,lagi-lagi tahun ni kena pulak sama dengan Hari Kemerdekaan,ada la sorang budak laki yang montel+comel+tembam ni berlari-lari depan rumah aku  bawak bendera,but nyanyi lagu Suasana Hari Raya by Anuar & Elina..hamekk kau!!budak-budak lagi patriotik daripada orang yang tua daripada diorang !! kite??kite??ada nak lari-lari bawak bendera Malaysia??rasanya kalau ada,pandangan orang lain terhadap kita mesti pelik and statement membunuh yang keluar dari mulut diorang mesti.."ehh,kau tengok orang tu..kenapa dengan dia hahh??gila kott agaknya.." peerrggghhh...time tu kalau dengar dekat telinga kita kalau kita yg jadi mangsa hinaan macam tu,mesti rasa macam nak kasi penumbuk jaa!! wa tengok lu kecik besar kecik besar je derr!! hahaa!!

and jangan pelik even halaman rumah dekat kawasan taman perumahan ni tak sebesar halaman rumah di kampung,ramai je yang pasang pelita..lampu raya kemain lip lap lip lapp lagii..!!aaauuww..!! i loikee..=)
pelita yang dipasang luar rumah pun menyenangkan kerja-kerja pembakaran bunga api budak-budak kecik yang berduyun dekat taman perumahan aku ni..muaahhaa!!gembira lahh haaii mereka..lagi satu,sesi bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga pun adaa...kau bagi rendang ayam,aku kasik rendang daging..kau pagi ketupat,aku bagi lemang..waaahhh!! kelas gituu..hihiikksss !!

so,secara rambangnye...sambutan raya ni semakin meriah tak kira di kampung,pekan,bandar,or wateva lahh!!semuanya sama je..cuma nikmat yang kita dapat je berbeza setiap kawasan kann???

SELAMAT BERHARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARIPADA PEMILIK BLOG:

Miss Wanda..

1 comment:

Pendamba Mawar said...

ngah try kasut baru.lala

taman sy ni noting..xd pape smngat nk raya pun