Sep 19, 2011

Entri Jelas Tentang Status di Facebook

Situasi 1 ( ayat first bila someone stalk fb,twitter,octove or etc. sorang girl yg tak bertudung nih..)
"Ehh...si cewek ni tak pakai tudung, gila huduss gaya ! nih kompem solat tak penuh, puasa tak penuh, hentah2x mandi wajib pun tak sah rambut macam mandi air karat !!"

(ok lah rambut karat daripada kena air loji kumbahan watt?)

Situasi 2 (bila nampak perempuan freehair lalu depan mata..)
"Gila ahh pompuan tu ! dah macam kafir je gaya..ingat ni Amarikaa??tudung pun hilang ! mak tak ajar kot kecik dulu.."

(agak-agak derr nak main nama mak pulak...!)

agak-agak korang selalu or pernah tak dengar orang yang cakap-cakap macam ni bila jumpa perempuan freehair??mesti ada kan??and majority, diorang yang suka 'menghukum' perempuan freehair ni mostly hanya lihat pada luaran seseorang perempuan tu saja..ada diorang selidik, bedah, kaji, buat experiment hati budi seseorang perempuan freehair tu? bila wan keluarkan pendapat wan di akaun fesbuk semalam, macam2 persepsi wan dapat daripada diorang..yess !! people was born to give their own's perception..I never put a blame on them even some of them put a blame on me..i don't care ! ;)

klik untuk tumbesaran !

first,apa yang aku nak tegakkan..DOSA MENUNJUK AURAT LEBIH BESAR DARIPADA DOSA MELIHAT AURAT !
and itu dah pasti sebab perkara WAJIB yang Allah perintahkan untuk hamba-Nya yang muslimin dan muslimah dan kadar menutup aurat pun dah dijelaskan dalam perintah-Nya..

tapi, merujuk kepada aurat seseorang wanita, bila ada perempuan tak bertudung, perlu ke nak menghukum diorang dengan kata-kata nista?seolah-olah mereka ni 'buruk' dari segala aspek pada diri diorang..

perempuan yang bertudung. Alhamdulillah mereka mengikut hukum Allah..tapi macam mana dengan mereka yang bertudung, tapi..:-
1) tak ada rasa malu
2) berzina..sedar2x dah tinggal seminggu je lagi nak meletup badan tu macam mane? banyak juga kelebihan bertudung labuh ni kan..perut memboyot pun orang tak sedar..
3) mengumpat,memfitnah and macam2 lagi, dah jadi 'HOBI' bagi sesetengah perempuan bertudung ! bukan ke Dosa Memfitnah Lebih Besar Daripada Dosa Menbunuh? Maaf jika tersalah fakta tapi berdasarkan pengetahuan aku..
4) depan khalayak, tak pernah menjaga adab..jerit terpekik terlolong macam kena rasuk Hantu Susu...;)
5) solat lima waktu belum tentu dijaga dengan sempurna
6) tahu suruhan dan larangan Allah, tapi macam mana kalau dia yang MURTAD?
---->bukan ke lagi buruk dipandang orang?jika luar dah bagus tapi dalam tak seperti yang diharapkan?wallahualam..

perempuan yang tak bertudung, memang diakui mereka ni masih belum mengikut perintah Allah, mungkin dalam proses untuk ke arah bertudung itu tapi memerlukan masa mungkin ? tapi...:-
1) mereka tahu erti malu, hormat dengan orang sekeliling..
2) menjaga tutur kata..sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain..
3) menjaga solat lima waktu sebab sedar Solat Merupakan Tiang Agama..tanpa 'tiang' tak mungkin iman kita akan kukuh sekukuh konkrit..!
4) berbudi bahasa
---->bukan ke lagi manis dipandang?biar apa orang nak kata terhadap mereka 'without hijab' tapi jangan senang nak menghukum melalui luaran..kadangkala mereka ini lebih tahu banyak tentang agama berbanding kita yang mengikut perintah Allah..

kat sini, aku bukan nak cakap semua ! ada je perempuan yang bertudung cantik luar & cantik dalam..penuh dengan pengetahuan agama.it's just depend to how someone handle their 'IMAN'...and for those yang tak berhijab tu, itu maybe hak masing-masing..tak salah menegur ke arah kebaikan. Kalau tak bertudung, luar pun dah bagi bayangan yang buruk and dalam pun busuk, tak jadi jugak..aku yang menaip entri sempurna or tak sempurna ni pun tak perfect ! nama pun MANUSIA  ! 


Aku tak menyebelah pihak perempuan bertudung, tak juga menyebelah pihak perempuan yang tak bertudung..aku sekadar beri pendapat sendiri tentang perkara ni. memandangkan banyak sangat perkara ni berlaku kat persekitaran kita sekarang ni..apa yang aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri berhadapan dengan situasi ini sendiri.


JANGAN 'MENGHUKUM' SESEORANG DENGAN MELIHAT LUARAN & JANGAN 'MEMUJI' SESEORANG DENGAN MELIHAT LUARAN SAHAJA...HATI MEREKA SIAPA YANG TAHU??ITU SEMUA HAK ALLAH UNTUK MENENTUKAN BAIK BURUK SESEORANG HAMBA-NYA

---->harap-harap faham dengan apa yang cuba aku sampaikan melalui pandangan aku sendiri..but if ada yang nak marah or nak kata apa pun, aku tak kisah sebab hak individu masing-masing lain caranya..;)

2 comments:

Ku Azhar said...

gud2!! :D

vampire and his lady said...

hoho. nice entry sister. sometimes, yeah, what u have wrote, it is totally true.. tapi ada jugak yang bukan macam tu.

heh.

actually, i got 3.709 for my result. #okbai