Oct 29, 2011

Andai Diberi Peluang..

Hello readers & followers..

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi nak menconteng blog purple yg tak seberapa ni. apa pun wan nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat member-member yang jemput wan ke jamuan kelas diorang di sekolah tadi..

Andai kata korang semua diberi peluang, perkara apa yang paling utama atau yang menjadi kemestian korang nak buat?adakah korang akan...

Kembali kpd kekasih yang lama?

sanggup pulak korang kembali dekat kekasih korang..?ambil semula bekas korang tu?andai kata aku suruh korang jilat semula ludah korang or makan semula sisa makanan yg korang buang dalam tong sampah,sanggup buat? even bekas bf/gf korang tu dah siat,kelar,bunuh,sula korang sampai korang rasa macam dah setengah mati tu..TAPI!! siapa tahu niat seseorang utk berubah ke arah kehidupan yg lebih baik? boleh jadi kita sedar dgn kesalahan dulu,then kita dapat rasa cinta drp bekas bf/gf terdahulu..?mungkin sampai ke jinjang pelamin ?ngeee~ mood gatal sudahh..

Membalas jasa kedua ibu bapa

sepanjang korang hidup, korang rasa dah cukup dengan apa yang korang bagi dekat mak ayah korang? pernah tak doakan kesejahteraan diorang? pernah buat hati mak ayah terguris? atau pun senang cerita pernah mak ayah korang menangis kerana kegagalan korang?bohonglah kan..so,andai kata korang pergi dulu sebelum mak ayah korang, rasa2 sempat ke nak membalas semula jasa mak ayah? and kalau lah kita ditakdirkan untuk mati hidup semula,bila hidup balik tu korang ada tak perasaan nak balas budi mereka?=)


Luahkan isi hati yang dah lama terpendam


Setiap orang ada hati dan perasaan kan? dalam sejuta perempuan yang ada, semuanya diminati oleh seorang lelaki..dalam sejuta lelaki yang ada, kemungkinan besar 999,999 tu digilai oleh seorang perempuan..itu lumrah kan..andai kata kata korang dah kahwin dan secara tak sengaja terjumpa dengan 'secret admire' korang kat mana2 dengan husband/wife korang, korang nak tak ambil peluang tu luahkan segala isi hati yang terpendam selama berapa tahun tu?kalau berani cuba lahh..



perempuan kalau rasa nak dengar suami korang lafaz cerai, dipersilakan untuk berkelakuan sedemikian ! hueheue

Luahkan rasa tak puas hati
Sebelum ni korang simpan je rasa tak puas hati sesorang, sampaikan jantung hati korang rasa macam nak meletop seperti bom di Hiroshima dan Nagasaki !! over sudahh..
sampaikan korang dah bawa haluan masing2, tiba-tiba di takdirkan terjumpa dengan orang yg tak puas hati satu ketika dahulu,korang nak bersemuka tak cakap and lepaskan segala-galanya??contohnya, korang berkawan baik dengan seseorang tapi ada satu benda yang korang geram dengan perangai dia,benda yang korang tak suka tengok tapi kau pendam je dulu..now,dah terjumpa tu apa lagi??kasi semburr ajalah...ye dokk??*diingatkan jgn sampai diri sendiri yg termalu..konon nak luah rasa tak puas hati,tetiba ekau yang konoo..!!hahaa



so,itu je yang mampu dipointkan..sesapa yang rasa ada benda nak buat jika diberi peluang,digalakkan utk share..tak kisah..just straight to the point !! ;)

noteBMW : kalau wanda diberi peluang, wanda nak je tanya siapa yang ada guna laptop wanda tengok laman web bukan-bukan !! wanda sakit hati gila bila dapat tau..terkesann tau tak !! ingat wanda bodoh ke tak reti check dekat 'history'??oopppsss..emo !! sorry..tapi memang ini yang wanda nak buat !!

Oct 27, 2011

SEGMEN Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger. Jom Serbu !!

Hello readers & followers..

nak join boleh
KLIK SINI
ok now baru nak join segmen kan..

Latar Belakang :
ok,nama wanda ni sebenarnya Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi..I'm just SPM's candidate..ehehee!! WANDA tu datang dari mana? semuanya nama panggilan from classmate wan lahh..tak tahu apa yg unik dengan dagu wan, then diorang gabungkan nama wan and dagu jadilah wanda..ahaha!! the most important thing you have to know is...teman orang Perak..asalnya Ipoh tp tinggal aje di Gerik...sekolah di Gerik semuanya dah di tawaf..*tipu lebih..ehehe..mood wan sentiasa berubah-ubah,bak kata kawan-kawan..tapi mood yang selalunya 'bad mood' aje..baiknye kadang-kadang..tp dun worry wan tak marah tak tentu pasal and tak makan korang tau..ehehee!

Kenapa buat blog ? 
wanda start berblogging 28/9/2010..semuanya bila wanda teringat dekat arwah ayah wanda yg meninggal pada tarikh yg sama tapi tahun 2008..time tu sedih and rasa macam perlukan seseorang nak berkongsi kesedihan tapi malangnya takde pun..so wanda create blog dgn harapan orang dapat memahami perasaan wanda..ehehee! then, sampai sekarang alhamdulillah blog ni masih jadi peneman setia..;)

Siapa yang telah menarik minat Wanda?
Orang first yang buatkan wanda tertarik untuk berblogging ni sebenarnya takde sapa pun tau..tapi takpe demi segmen Lyssa,wanda bongkarkan..ceewwaaahh!!gempak je gaya..orang first is my sister's friend, abg Amal Espraza..ehehee!! *dia taktau pun dia penyebab wanda berblogging..ahahaa. start je wanda publish first entry, saja2 gataii promot dkat kawan suruh baca and follow la sebab excited baru ada blog walaupun blog macam budak2 time tu..so,saja2 kasi dekat abg amal,tetiba dye add wanda utk masuk dlm grup Sahabat Blogger yg semakin maju sekarang...bila dapat tahu link blog dia,usha2 gaya penulisan dia hebat..so he is my inspiration in blogging..(pasti sekali dia terharu kalau dia tahu)ahahaa!!
ramai lagi sebenarnya kalau nak kata inspirasi dlm blogging, tapi yang berjaya menarik minat wan nak berblogging ni abg amal lahh..;)

so,itu je lah yg wanda boleh cerita..sekian~

Oct 26, 2011

Kawan Baik Penipu ?

Hello readers & followers..

Pernah ditipu? tertipu? menipu? atau korang sebenarnya PENIPU??

Let us talk about PENIPU..mesti ramai dalam kalangan kita pernah atau sedang hidup dikelilingi dengan insan yang suka menipu kan? hey apa aim korang yang suka sangat menipu tu ye? wan paling benci and menyampah sekali bila ditipu/tertipu dengan ayat2 cover "insan yang macam ni" !

korang yang tak suka dengan penipu pernah terfikir sebab apa insan-insan ni menipu?lagi parah bila bestfriend yang selama ni korang percaya & agungkan sangat sampai tak nampak yang sebenarnya bestfriend korang tu lah "musuh dalam selimut" korang..

Kemungkinan besar penipu SUKA menipu (let say if penipu tu bestfriend korang):

  • diorang berasa MALU dengan kelemahan diri sendiri
  • menJAGA hati kawan diorang tapi hakikatnya lebih menyakitkan hati
  • menutup kesalahan diorang terhadap kawan mereka..(means dia ada buat sesuatu tanpa pengetahuan korang)
  • bermegah-megah dengan sendiri..(tapi sebenarnya lebih menjengkelkan di mata orang)
  • degki/cemburu di atas kelebihan seseorang..kononnya bila bisnes kawan dia maju dengan usaha sendiri,dia pun taknak mengalah cerita kisah hidup dia yang kononnya buat dia berjaya..padahal tak berbisnes apa pun !! sembang kencang..
  • perlukan perhatian yang lebih..(mungkin kat rumah ada masalah keluarga,bila dengan kawan dia "lepas gian"
banyak lah alasan bagi penipu-penipu yang "disayangi" ni semua..kalau nak senaraikan tu jenuh mak nokk..!!haishh..kadang-kadang bila kita terlalu mempercayai kawan baik sendiri,semua rahsia dicerita sampaikan rahsia kau kahwin untuk kali ke 10 pun kau cerita, tiba-tiba dengar aib korang dah tersebar tak ke terkejut??siapa lagi korang nak syak kalau bukan bestfriend mengkeme tu semua??

kononnya berjanji dengan penuh sumpah setia lah simpan rahsia korang, tapi jumpa 'gu' yang lain terus dia taksub sangat sampai terkeluar cerita korang berak tak basuh..malu muka makk nokk!! sanggup cari bontot orang nak sorok muka lepas tu lahh..

kalau kucing pandai mengumpat keturunan sendiri.MANUSIA apatah lagi!
;)


Nak ceritakan tanda-tanda bestfriend korang menipu korang 'hidup-hidup' rasanya for sure ramai yg dah tau lahh..but yang paling UTAMA !! bila bestfriend korang tu cuba sedaya upaya membelit,menyimpul,mengikat,menggenggam segala cerita yang benar kepada tidak benar..itu tak perlu disangkal lagi lahh..memang sah dia sedang 'memusingkan' korang supaya percaya dengan dia..

noteBMW: Happy Deepavali to all Indians..!!;)

Oct 22, 2011

Bermulalah episod bujang-membujang

Hello readers and followers..

Semenjak SPM makin dekat menghampiri hidup wan ni, macam-macam benda kena korbankan..

kalau dulu online sampai lebam, tapi sekarang study sampai lebam

kalau dulu asyik update status fb 24 jam, tapi sekarang sehari sekali bukak and update status baru..*melainkan hari Jumaat

kalau dulu selalu tidur petang lama-lama, tapi sekarang tidur petang 30 minit sekadar hilangkan mengantuk je

kalau dulu selalu ikut mak pergi mana-mana,teman ke sana ke sini, tapi sekarang asyik terperap dalam rumah je

kalau dulu selalu buka buku sekadar siapkan homework, tapi sekarang buka buku sebab nak mengingat, buat latihan tambahkan lagi kemahiran..and others !

kalau nak disenaraikan, wallahualam lahh banyak nye benda yang 'terkorban' kan??

apa yang bakal terjadi esok, juga satu pengorbanan..sebab apa??

mak wan akan berangkat ke KL sebab nak menghadiri majlis konvokesyen kakak wan..and majlis konvo tu hari Selasa, that's mean 4 hari mak takde sebab Rabu baru balik sini balik..wan and adik bakal melalui kehidupan bujang sementara..kalau ikutkan,adik wan tu nak ikut tapi malangnya Isnin minggu depan dia exam lagi, so terpaksa lupakan hasrat tu..

wan??sudah tentu2 nye lah tak ikut kan..program sekolah banyak diorang buat tu..maklumlah SPM penentu segalanya..terpaksa wan lupakan niat nak tengok kakak berkonvo nanti..sian kakak,waktu majlis graduasi wan time form 3 dia datang tengok, tapi bila dia pulak berkonvo, wan tak dapat nak ikut..ampun my kakak??!heheehee..

so,esok wan and adik tinggal dengan opah and atuk ada dekat rumah wan ni..hehee! takde lah sunyi sangat kan..cuma tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi bila dua beradik ni hidup membujang bersama??ada perubahan ke rumah ni daripada bersepah ke kemas, atau bersepah kepada semakin bersepai-sepai??ahahaaa!!

itu semua kami yang tahu..;)






Oct 16, 2011

Pengasuh 3 jam

Hello readers..

semalam wan dah penat berjalan..sampai jugak hajat nak beli buku latihan yg baru..ececeehh!buat rajin boleh..mana tak rajin exam lagi 29 or 28 hari je lagi..SPM maaa~ bukan nak sesakkan sangat kepala otak ni waktu genting macam ni kan..cuma buku latihan yg sebelum ni finish sudah.cewwaahh!! *rajin anak makk..


btw,before pergi cari buku di Kuala Kangsar, macam biasa family wan mesti singgah kampung dulu..alang2 cousin ada balek bawak anak dia sekali, kami 'culik' seketika anaknya yang sulung..yeehhaaa!!memang 'easy going' lah kot budak ni..baru dua tahun dah pandai berjalan merata nohh..

tadaaaa!! rambut saia berserabaiii..
*pandai target muka sendiri yee..
baru bangun tidur dia dah mamai nak tangkap gambar sendiri..inilah hasilnya!! hahaaa..*comel tak saye??
macam-macam lah kan..lonely without parents..makcik dia ni pergi kidnapped dia lahh buat teman pergi kuale..sepanjang perjalanan pergi balik 3 jam tulah dok melayan kerenah dia ni..haihh!!

di kuale semua kepenatan and 'blur' taktau nak pergi mana dah after beli buku kann..berjalan sana sini masuk kedai yg terbuka pintunya,last2 nak balik tu lah kena saman..kalau tahu dah lama blahh awaii2!! mak dah pening..asyik main dengan duit je lately nih..

dalam kereta otw nak balik Lenggong hantar budak ni, bertahan lah telinga wan,adik and cousin wan dengar keluhan mak kena saman tuh..errkk!it's ok..journey from kuale ke lenggong tak lama..merepek2 sampai lah lenggong..;)

anis farhana masuk rumah dengan penuh bahagia sebab jumpa daddy and mama nye..tapi pengasuhnya yang melayan selama 3 jam tu macam mana pulak ekk??

nasib lahh ada tempat nak berehat seketika kat bawah
pokok cempedak depan rumah mak long ni..
berehat dengan penuh perasaan! sekiann..bergembiralah kamu wahai anis farhana..

Oct 14, 2011

Please Respect Them Too

Salam hari Jumaat guys..

Perempuan, ibu atau wanita..apa saja yg berkaitan dengan seorang perempuan, selalu saja kita baca satu artikel about perempuan..besarnya pengorbanan seorang ibu, istimewanya seseorang wanita tu and etc.

but, have u ever know about men/boys ? diorang pun ada keistimewaan tersendiri..ada jugak sesetengah part kita harus beri perhatian terhadap LELAKI..banyak artikel yg mengagungkan perempuan tapi macam mana dengan lelaki? adakah diorang dipinggarkan? apa guna kaum lelaki dicipta di bumi tapi tak pernah ada sesiapa pun nampak kelebihan mereka?

so, kat sini wan memang respect for those yang dah menulis about lelaki yang wan rasa memang betul and tepat sekali apa dia cakap tu..korang pernah terfikir tak melalui penulisan dia ni..

if tak nampak, just klik gambar
see..besarnya pengorbanan seorang lelaki. if pengorbanan seorang perempuan kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri, tapi lelaki ? semua pengorbanan diorang kita susah sangat nak tengok..mungkin lelaki tak suka menunjuk, atau perempuan yg tak menghargai lelaki? itu tak tahu lahh..

apa yang penting, bila wan baca text ni wan rasa lelaki memang penat dalam mencari sesuap nasi untuk ibu,isteri-isteri or anak-anak diorang demi kejayaan mereka sendiri..tak kira lah isteri diorang pun ada kerjaya ke takde, tanggungjawab lelaki menjadi ketua keluarga amatlah berat..

kalau takde duit boleh survive ke?think about it ok !

but in my opinion, sebanyak mana pun kelebihan seorang perempuan atau pun seorang lelaki tu diceritakan,diagung-agungkan,difikirkan or wateva, itu semua bergantung kepada sifat seseorang..kalau diorang sedar tanggungjawab diorang, diorang laksanakan lah..kalau tak sedar,itu pandai2 lah muhasabah diri..sebab kelebihan or keistimewaan dah macam2 sangat di beri..

bergantung lah kepada kita macam mana nak uruskan/laksanakan tanggungjawab sebagai lelaki or perempuan di muka bumi ni..

noteBMW : semalam ayah sedara baru je meninggal..sangat lah tak sangka. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang beriman..Al-Fatihah

Oct 12, 2011

Real 'Baby Face'

Hello..hello..

Sementara ada masa terluang ni, nak tunjuk la real 'baby face' ni kan..kalau asyik-asyik trick laki nak mengorat awek dahi licin sikit mesti ada je yang guna ayat,"muka you ni baby face laa..comel sangat tau !" 
aaauuuwwww!! geli betiss makkk nakk...

awek mana yang terlalu baby face sangat tu hentahh la..susah kalau puji perempuan..diorang ni suka dengan pujian tapi tak tahu cara menerima pujian..asyik dok puji nanti diorang cerita habis kat semua orang yang boyfie dia kata dia ni baby face..tak ke dikategori sebagai riak/perasan??

kalau nak baby face sangat..just couple je dengan 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

kan..baby face betul punya..!!tapi malangnya dia lelaki..so lelaki tak boleh nak isi borang..;) 
perempuan kalau teringin nak cop jadi bakal menantu pun bolehh..hahaa! sekian~

Oct 8, 2011

Tua Muda

Hello readers and followers..

Sikap saling menghormati memang sentiasa diajar dalam diri setiap orang orang orang kat dunia ni kan? just depends sama ada seseorang tu nak praktikkan macam mana pun..
if nak dibandingkan cara orang muda dulu2 hormat orang tua diorang, memang jauh beza lah dengan zaman sekarang ! bukan nak cakap orang muda zaman sekarang kurang ajar tapi ada la segelintir yang dah 'dilantik' untuk bersikap sedemikian..

kalau dulu pendidikan untuk anak2 muda sangat tegas, sampaikan anak tak berani nak ingkar, tapi sekarang setegas mana pun pendidikan mak ayah beri, belum tentu anak2 patuh mak ayah diorang...bak kata pepatah orang melayu lah kan.."sayangkan anak tangan-tangankan" tapi now,kalau mak ayah kasi 'backhand' laju je nak packing barang lari rumah..pengaruh tengok drama melayu ke?;)

tak kurang jugak, if mak ayah nasihat untuk kebaikan rumahtangga anak2 yg dah kahwin..cepat je melenting konon nak jaga hati suami/isteri masing2..contoh kes ni:-

KANGAR: Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.
Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi, kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.
Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.
Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .
Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak, katanya.
*tengah syok baca akhbar online,tangan ni gatal nak klik baca berita tahun-tahun yang lepas..and this is petikan akhbar pada 14 Jan 2010..

Sumber : SINI

just imagine macam mana seorang anak SANGGUP tinggalkan darah daging sendiri tepi jalan..sadisss !! kalau zaman tok nenek mak ayah aku kita dulu, jangan harap lah ada berita macam ni nak keluar di dada-dada akhbar..hisshh! tak fikir ke zaman dia kecik dulu, ayah dia sanggup mencari rezeki nak besarkan dia?nak didik dia?cubalah berakal sikit sebelum bertindak bodoh..hati orang tua ni lah yang paling kita kena jaga betul-betul sebab diorang ni lagi sensitif ! sekali hati diorang 'disentuh' dengan benda yang tak elok, cepat je hati diorang remuk renyuk segala bagai macam kertas yang nipis tu..


so, hati-hati bila bertutur dengan orang tua especially our parents !! kalau kita yang muda hormat diorang, insyaallah kita yang muda ni disayangi..

Yang tua dihormati, yang muda disayangi..;)

Note : Miss Wanda pun kadang2 ada juga buat hati mak terguris..tapi seriously, rasa tak tenteram kalau kita buat salah dengan mak ayah tak mintak ampun..korang mesti ada rasa camni kan? tipu la kalau korang takde buat salah dengan parents korang..





Oct 1, 2011

Manusia & Tohmahan

Hello readers ! hope semuanya sihat dan gembira..

Tohmahan..
hey manusia semua ! dalam hidup ni memang setiap manusia takkan terlepas daripada tohmahan..even sebaik mana pun seseorang tu, dia akan tetap mendapat tohmahan..sebab apa?

sebab manusia dilahirkan dengan bermacam-macam sifat,salah satu sifat yang wajib ada is HASAD DENGKI!
it's a FACT ok ! kalau manusia takde sifat ni,alhamdulillah hidup masing-masing bahagia menjalani kehidupan seharian..

cara seseorang menerima tohmahan tu berbeza setiap orang..let say someone tu BAIK BUDI PEKERTI, ada orang yang dengki dengan kebaikan tu..and ayat yg selalunya kita boleh dengar dr mulut 'kaki dengki' ni.."ouhh...dia tu buat-buat sopan sebab nak tarik perhatian lah tu..nak suruh orang kata dia baik lah tu kan?"

wahai pedengki, jangan mencaci sampai macam tu sekali,kebaikan tu hanya dia dan Tuhan(Allah) je yang tahu..kalau kebaikan dia tu dibuat-buat..wallahualam..kalau kebaikan dia tu semula jadi..jangan dipertikaikan..apa yang baik pada diri dia tu jadikan lah contoh..

let say someone tu AGAK MENJENGKELKAN,ayat korang wajiblah macam ni kan.."omgg!aku tak sanggup si minah/polan tu menggedik bukan main sakan..entah hape-hape je la dia tu hegeh sana hegeh sini..."

hello guys !! stop saying like that stupid thing ok?korang mengata macam tu, korang sedar tak apa yang korang mengata tu?sifat korang yang suka melemparkan tohmahan tu,dah habis bagus??jangan nak buruk sifat sangat la..yang buruk pada dia,JANGAN dijadikan contoh..kan simple !! tak perlu mengata..kalau org tu tau korang mengata,tak ke susah nanti,dia mengata korang,korang marah pulak kan?macam tu lah masing-masing rasa..

macam-macam lah tohmahan..dengki dgn kesenangan org lain,dengki dgn kejayaan org lain,suka tengok kesusahan org lain..ouhh!!too many !!

cnclusion is,
JANGAN TENGOK ORANG TAK BAGUS KALAU DIRI SENDIRI TAK BAGUS..
bye!