Oct 29, 2011

Andai Diberi Peluang..

Hello readers & followers..

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi nak menconteng blog purple yg tak seberapa ni. apa pun wan nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat member-member yang jemput wan ke jamuan kelas diorang di sekolah tadi..

Andai kata korang semua diberi peluang, perkara apa yang paling utama atau yang menjadi kemestian korang nak buat?adakah korang akan...

Kembali kpd kekasih yang lama?

sanggup pulak korang kembali dekat kekasih korang..?ambil semula bekas korang tu?andai kata aku suruh korang jilat semula ludah korang or makan semula sisa makanan yg korang buang dalam tong sampah,sanggup buat? even bekas bf/gf korang tu dah siat,kelar,bunuh,sula korang sampai korang rasa macam dah setengah mati tu..TAPI!! siapa tahu niat seseorang utk berubah ke arah kehidupan yg lebih baik? boleh jadi kita sedar dgn kesalahan dulu,then kita dapat rasa cinta drp bekas bf/gf terdahulu..?mungkin sampai ke jinjang pelamin ?ngeee~ mood gatal sudahh..

Membalas jasa kedua ibu bapa

sepanjang korang hidup, korang rasa dah cukup dengan apa yang korang bagi dekat mak ayah korang? pernah tak doakan kesejahteraan diorang? pernah buat hati mak ayah terguris? atau pun senang cerita pernah mak ayah korang menangis kerana kegagalan korang?bohonglah kan..so,andai kata korang pergi dulu sebelum mak ayah korang, rasa2 sempat ke nak membalas semula jasa mak ayah? and kalau lah kita ditakdirkan untuk mati hidup semula,bila hidup balik tu korang ada tak perasaan nak balas budi mereka?=)


Luahkan isi hati yang dah lama terpendam


Setiap orang ada hati dan perasaan kan? dalam sejuta perempuan yang ada, semuanya diminati oleh seorang lelaki..dalam sejuta lelaki yang ada, kemungkinan besar 999,999 tu digilai oleh seorang perempuan..itu lumrah kan..andai kata kata korang dah kahwin dan secara tak sengaja terjumpa dengan 'secret admire' korang kat mana2 dengan husband/wife korang, korang nak tak ambil peluang tu luahkan segala isi hati yang terpendam selama berapa tahun tu?kalau berani cuba lahh..



perempuan kalau rasa nak dengar suami korang lafaz cerai, dipersilakan untuk berkelakuan sedemikian ! hueheue

Luahkan rasa tak puas hati
Sebelum ni korang simpan je rasa tak puas hati sesorang, sampaikan jantung hati korang rasa macam nak meletop seperti bom di Hiroshima dan Nagasaki !! over sudahh..
sampaikan korang dah bawa haluan masing2, tiba-tiba di takdirkan terjumpa dengan orang yg tak puas hati satu ketika dahulu,korang nak bersemuka tak cakap and lepaskan segala-galanya??contohnya, korang berkawan baik dengan seseorang tapi ada satu benda yang korang geram dengan perangai dia,benda yang korang tak suka tengok tapi kau pendam je dulu..now,dah terjumpa tu apa lagi??kasi semburr ajalah...ye dokk??*diingatkan jgn sampai diri sendiri yg termalu..konon nak luah rasa tak puas hati,tetiba ekau yang konoo..!!hahaa



so,itu je yang mampu dipointkan..sesapa yang rasa ada benda nak buat jika diberi peluang,digalakkan utk share..tak kisah..just straight to the point !! ;)

noteBMW : kalau wanda diberi peluang, wanda nak je tanya siapa yang ada guna laptop wanda tengok laman web bukan-bukan !! wanda sakit hati gila bila dapat tau..terkesann tau tak !! ingat wanda bodoh ke tak reti check dekat 'history'??oopppsss..emo !! sorry..tapi memang ini yang wanda nak buat !!

1 comment:

diana said...

cuma nak dipermudahkan segala urusan je..
itu je,..tak nak yang lain,..