Oct 8, 2011

Tua Muda

Hello readers and followers..

Sikap saling menghormati memang sentiasa diajar dalam diri setiap orang orang orang kat dunia ni kan? just depends sama ada seseorang tu nak praktikkan macam mana pun..
if nak dibandingkan cara orang muda dulu2 hormat orang tua diorang, memang jauh beza lah dengan zaman sekarang ! bukan nak cakap orang muda zaman sekarang kurang ajar tapi ada la segelintir yang dah 'dilantik' untuk bersikap sedemikian..

kalau dulu pendidikan untuk anak2 muda sangat tegas, sampaikan anak tak berani nak ingkar, tapi sekarang setegas mana pun pendidikan mak ayah beri, belum tentu anak2 patuh mak ayah diorang...bak kata pepatah orang melayu lah kan.."sayangkan anak tangan-tangankan" tapi now,kalau mak ayah kasi 'backhand' laju je nak packing barang lari rumah..pengaruh tengok drama melayu ke?;)

tak kurang jugak, if mak ayah nasihat untuk kebaikan rumahtangga anak2 yg dah kahwin..cepat je melenting konon nak jaga hati suami/isteri masing2..contoh kes ni:-

KANGAR: Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.
Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi, kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.
Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.
Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .
Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak, katanya.
*tengah syok baca akhbar online,tangan ni gatal nak klik baca berita tahun-tahun yang lepas..and this is petikan akhbar pada 14 Jan 2010..

Sumber : SINI

just imagine macam mana seorang anak SANGGUP tinggalkan darah daging sendiri tepi jalan..sadisss !! kalau zaman tok nenek mak ayah aku kita dulu, jangan harap lah ada berita macam ni nak keluar di dada-dada akhbar..hisshh! tak fikir ke zaman dia kecik dulu, ayah dia sanggup mencari rezeki nak besarkan dia?nak didik dia?cubalah berakal sikit sebelum bertindak bodoh..hati orang tua ni lah yang paling kita kena jaga betul-betul sebab diorang ni lagi sensitif ! sekali hati diorang 'disentuh' dengan benda yang tak elok, cepat je hati diorang remuk renyuk segala bagai macam kertas yang nipis tu..


so, hati-hati bila bertutur dengan orang tua especially our parents !! kalau kita yang muda hormat diorang, insyaallah kita yang muda ni disayangi..

Yang tua dihormati, yang muda disayangi..;)

Note : Miss Wanda pun kadang2 ada juga buat hati mak terguris..tapi seriously, rasa tak tenteram kalau kita buat salah dengan mak ayah tak mintak ampun..korang mesti ada rasa camni kan? tipu la kalau korang takde buat salah dengan parents korang..





No comments: