Nov 25, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

KLIK SINI jika nak join

Kali ni join GA pulak..dah lama tak join apa2..harini,godek2 blog ternampak blogger famous cute miut kita tu buat GA..
siapa lagi kalau bukan sis IRINE NADIA..tak kenal tipu !!;)

Mengapa saya nak product MIRACLE TAB ni from Irine??
-firstly, memandangkan harga satu set produk ni amatlah mahal..so wan tak mampu nak beli..;(
-second,banyak testimoni yang wan tengok,semuanya berhasil so kalau boleh wan nak cuba lahh..memandangkan muka wan now dah macam kerak nasi..ooppss!!hehee.. tidur tak menentu sebab banyak kerja kena buat,so macam-macam lah timbul & menyinggah dekat muka wan ni..
- yang penting,muka wan ni penuh dengan blackhead & whitehead..banyak produk dah dicuba tapi tak berkesan..malah lagi teruk so kadang2 keluar rumah wan tak yakin..muka kusam je !

so,itu je..apa yang wan harapkan wan dapatlah produk ni secara free from irine ye..hee~(^_^) kalau tak,hanya mampu melihat kecantikan wajah orang lain saja lahh..;)
ok,tenkiuu..assalamm~


Luahan atau Keluhan

hanya segaris senyuman dapat ku berikan
sungguh aku bersyukur kerna masih bernafas di bumi ciptaan-Nya..

namun,entah dimana silapnya..
hari-hariku bagaikan semalam..
menanti sesuatu yang tak kunjung tiba..
dengan penuh harapan.

puas ku menunggu
puas ku mencari...
namun hanya kedinginan angin yg bertiup datang menampar lembut pipiku.

tak ada yang lain aku harapkan,
cuma sebaris kata-kata semangat..
sudah cukup membahagiakan aku..

aku tak pernah memaksa,
waima sekalipun aku terdesak,
kerna aku mengerti kebebasan yang kau inginkan..

namun ingatlah hati yang memerlukan seseorang..
hati yg menginginkan 'ubat' daripada seseorang..
hanya kamu

kegembiraan yg tak dapat diungkap dengan kata-kata
disaat aku mendengar suaramu..
namun itu semua mimpi..

aku hanya menanti kehadiranmu disaat aku terlantar keseorangan di hospital..
mananggung kesakitan yg bisanya seperti jelatang..
tapi aku pasti kehadiranmu dapat mengubati segalanya.
aku berdoa agar kau hadir menemaniku..

kasih sayang yang diimpikan sejak dulu..
hanyalah kasih sayang daripada mu..


sesekali terlintas difikiran..
menyesalkah aku mempunyai seorang insan seperti kau?
yang aku harapkan dapat menjaga aku ketika aku sakit..
tapi rupanya kau hanya menambahkan kesakitan ku..

tapi aku tabah..
aku yakin..
bahawa kau akan hadir tatkala nyawa ku masih ada.

dan aku yakin..
disaat aku menghembuskan nafas terakhir,
kau pasti datang.

meskipun aku sudah tidak dapat menatap wajahmu..
namun aku harap aku sentiasa ada di dalam HATI mu.
aku masih menyayangi kamu..
wahai ANAKKU..

p/s : apa yg aku cuba sampaikan hanyalah luahan/keluhan hati seorang ibu atau ayah yang mengharapkan kehadiran anak-anaknya disisi.;)

happy reading !

Nov 22, 2011

Banyak Hajat Selama Berdiam Diri

Hello readers & followers..

First,aku nak luahkan rasa simpati dekat blog purple aku ni sebab dah 2 minggu dibiar tanpa berupdate.berhabuk dah pun..nak update but schedule pack dengan exam SPM yang sedang dijalankan sekarang ni..tarikh sebenar tamat exam SPM is 14/12 but alhamdulillah aliran wan habis awal..hujung bulan ni jugak..30/11

So,lepas ni memang penat lah blog ni nak keluar entry setiap hari..(^_^) Apa-apa pun,doakan kejayaan wan ye kawan2x..sekarang ni pun curi masa sikit sebab takut nanti blog jadi apa je.Sepanjang blog wan ni sunyi tanpa visitors,banyak hajat wan sebenarnya..yang agak-agak berangan sikit pun ada.

Nak tahu apa tak?hee~ buat syok je..tapi kesah ape,cuma ini yang diinginkan..;)

> first,mesti lah mengharapkan yang terbaik untuk SPM ni kan..memandangkan aku sedar kemampuan aku macam mana,so aku harap aku dapat sekurang-kurangnya 5A..aminnn...
> aku harap,bila aku dah melalui zaman remaja yg penuh cabaran tu,ceewwaahhh...!!aku masih dengan identiti aku tersendiri..masih sama & tak berubah walau pelbagai pengaruh yg datang..;)
> bila dah tiba masa aku perlu melalui kehidupan di universiti,aku harap aku dapat belajar sama ada dalam 3 bidang ni je..Business/Sains/Akaun..
> yang pasti,bila dah berjaya,aku akan pastikan mak aku gembira dengan apa yg aku kecapi..betul apa yg aku hadapi sekarang semua realiti..kejap je aku dah nak melangkah ke alam yg betul2x memerlukan kesabaran.haishhh...
> akhir sekali,hajat yg ni aku taktau nak dikategorikan dalam kelas apa,sama ada hajat gedik,berangan,kesungguhan or what..tapi bagi aku hajat ni sedikit kelakar,tapi kalau terjadi dengan betul,apa salahnya....aku nak jumpa dengan....ehemmm..ehemmm...

boleh sesiapa sampaikan hajat aku nak berjumpa dengan Nazmi Faiz Mansor??ahahaaa..!! terpikat sudah dgn kelincahan dia bermain dlm pasukan Malaysia semenjak Sukan SEA nih..takboleh??ada sesape marah ke??alahh..dia sebaya dgn saya je pun..yg membezakan,dia tak amik SPM aku pulak amik SPM..huaahuaahuaaa!! **kompem lah aku kena habis2x dgn awek dia kalau terbaca post aku nih..Nazmi ada awek ke??kalau takde alhamdulillahh..kalau ada,ampun bebanyak ye kat awek dia..aku minat style dia je..dun worry..aku tak suka rampas merampas,rebut merebut nih..;)

p/s : kalau lah Nazmi sendiri terbaca post aku ni kan lagi bagus..hahahahaa!!!angau nohh hang wan..pi jawab paper SPM biar perabihh haihh.. Nazmi bila pulak nak amik SPM??;)

jangan terlalu emosi ye gegurl sekalian yg baca post angan2 aku nih..nanti ada pula yg benci aku sbb Nazmi ja..hahahhaaa!!wehhh..perasan petang2x mcm nih syok woo...mintak2 la Nazmi terjumpa post aku nih kan..wkakakakaa!!


Nov 8, 2011

Manusia Si Pendera Sejati

Hello readers & followers..

Lagi-lagi pasal manusia kan? memang semua yang terjadi sebab 'sifat' yg telah dikurniakan kepada manusia. Baik buruk sesuatu perkara semua berkaitan dengan 'Manusia' !

Penderaan pun manusia yang lakukan. Memang kejam kan?Manusia sekarang akal diorang dah "lost".
Tak kira lah sama ada suami dera isteri,isteri dera suami,mak ayah dera anak sendiri/bf or gf mak ayah dera 'bakal anak tiri' kononnya.

Tak terlepas jugak la manusia dera binatang ! heyy,apa salah binatang hentah sampai nak dera bebagaii..manusia dera manusia tu memang dah tak tahu la nak buat macam mana lagi sebab diorang sama2 ada akal yang boleh guna tapi taknak guna & tak reti nak guna. Si pelaku pun sama,manusia yang menjadi mangsa dera tu pun maybe? yelah mana tahu ada salah masing2x kan..

Kalau manusia dengan binatang?

Manusia boleh fikir binatang buat salah apa pun,diorang tu dikira 'innocent' la..binatang ada otak tapi tak boleh fikir.Kalau manusia,ada otak boleh berfikir tapi taknak berfikir boleh lah disamakan dengan binatang.iye dokk??


Mr.Hero ni kesian kan?Dia lapar so dia curi la ikan sebab maybe takde sapa nak kasi dia makanan kott.tapi apa dia dapat??kaki depan dia dua2x kena potong dengan manusia keji yang tak berhati perut ! Kalau iye pun marah,guna lah otak tu and tak perlu nak tunjuk kuasa manusia yang kau ada.!

Sapa pun bila kucing curi ikan mesti la ada sikit rasa bengang,tapi relax je sebab nama pun kucing yang tak mengerti apa-apa.Ingat dekat binatang ni ada 'hukum hudud' ke?mencuri je potong kaki depan dia..kalau macam ni,pemotong kaki hero ni memang boleh cari manusia kat luar sana yang mencuri/merompak..potong tangan manusia kejam macam tu lagi bagus daripada buat dekat binatang.

Aku tak sanggup nak letak gambar contoh penderaan dekat manusia sebab aku takut..ngee~ korang pun pandai2 lah tahu kan penderaan dekat manusia cemana.Aku dulu dengar anjing jiran depan rumah aku kena dera pun aku tak sanggup dengar suara anjing tu merayu and menangis lah kott..kalau nak dera anjing baik tak payah bela.Tiap-tiap malam mesti dengar libasan rotan kat badan anjing tu..eee..seram !! Nasib baik dia dah pindah..;)


Nov 3, 2011

1/11/11..-With Love-

Hello readers & followers..

1/11/11 paling hebat sekali tarikh yang dipilih untuk sesiapa yang nak melahirkan anak,nak berkahwin,propos or menyambut hari bersejarah dengan yang tersayang..

Bagi Wan, tarikh ni hari yang memberi peluang untuk mengumpul lemak yang begitu banyak sekali...sampai terkentut-kentut bila dapat makan..nyumm nyumm !!

Jamuan kelas untuk tahun terakhir di sekolah, sangat happening dan marvelous !! lepas ni wan bukan lagi budak sekolah selepas saja tarikh 30/11/11 berakhir..alam remaja bakal menanti diriku..yeahhh!!lepas belajar & kerja semua sedar2 dah kahwin !! errkkk..gataii!!


AMARAN !! SILA JANGAN LAPAR..;)

semoga anda semua berseronok dengan gambar di atas..ngee~


perhatikan di dalam bulatan merah :-
1.Pemilik blog ni seolah-olah tak pernah makan kerepek bawang
2.Gambar semakin membongkarkan segalanya..kerepek masih ditangan tanpa menyedari kehadiran paparazzi..
3.Untuk gambar kelas pun,pemilik blog Miss Wanda sedang asyik menyuruh rakannya menyimpan kerepek itu..
4.Konklusinya, paparazzi bijak mengorek rahsia yang aku kuat makan !!


'Ibu' kami sangat bahagia di hari tersebut..mana taknya makanan banyak ! hehehee



Akhir sekali,gambar kami 4 sekawan wajib lah ada !! walaupun kami semua sihat-sihat tapi kami tetap COMEL+HOT !! errkk..okbaii!

mohon ampun kepada pemilik gambar-gambar ini semua yaa...Akif & Hanisah..I do not own these pictures ! I took it from your album..;)