Dec 16, 2011

Perlu Ke Cari Gosip atau Buat Gosip ?

Hello readers & followers..

Gosip??

Well..sape pun pernah bergosip kan ? laki ke perempuan ke,ada je gosip cuma lain je style gosip tu..even wan sendiri pun bergosip jugak kadang-kadang tu kan..hihii!

cuma terfikir jugak,kadang-kadang yg bergosip tu saja mencari gosip or membuat gosip sendiri or memfitnah ? ehh apa tu?lebih kurang sama je kan..*merapu tengah malam..


kadang-kadang pelik jugak aku sebab dalam hidup memang perlukan gosip eh ? let say kata korang terjumpa ayah kawan korang keluar makan dengan seorang gadis cantik yang pasti bukan mak kepada kawan kau tu..







aku jamin 200% persepsi pertama korang mesti akan kata,"eh,ayah minah keluar dengan pompuan lain la..agak2 makcik joyah tahu tak?minah tahu tak?"


aku kompem punya korang cakap macam tu..padahal sebenarnya gadis cantik tu..


rupa-rupanya rakan sekerja ayah minah tu..see..gosip tak betul ! sama sekali tidak..hahaa!! aku berani mengaku kadang-kadang aku gosip dengan member pun ada yang tak betul..kahkahhkahh!! tula yakin sangat dengan apa yang nampak depan mata kan..hahaa

tapi..lain lah kalau korang dapat kad undangan perkahwinan and bila pergi kenduri...


memang betul ayah si minah tu ada affair dengan gadis cantik tu..siap dah lafaz akad nikah semua bebagaii..tangkap gambar pengantin semua baru perasan.."eh,ayah minah memang betul la jumpa haritu..tengok dah kahwin dah sekarang."


ada gambar kan??ada bukti kukuh??so korang boleh lah cakap and tunjuk dekat minah kawan baik kau tu..tak cukup dengan minah,makcik joyah mak kepada minah kau kasi..kan..dah perang antara madu nanti..runtuh institusi keluarga..ceewaahh!!

from that kita nampak..gosip jugak penting dalam membuktikan kebenaran..tapi,keburukan memang banyak..boleh merenggangkan sesuatu perhubungan,boleh menunjukkan yang kau tu mulut jahat ke apa ke..


so before berkata,lebih baik berfikir dahulu..

p/s : peringatan untuk aku jugak sebenarnya..aku tulis sebagai pengajaran korang tak jadi macam aku..tapi aku tahu gosip dengan manusia tak dapat dipisahkan..assalamualaikum!!(:

2 comments:

kim heeruul said...

pasang telinga dengar gosip penah la. hahaha

Pendamba Mawar said...

jauhi gocip gocip