Dec 13, 2012

What Else To Do?

Assalamualaikum wbt & hello readers...

How's your day?semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya..aminn..!Alhamdulillah,cuti yang panjang ni wan tak rasa bosan,tak rasa pun macam seronok sangat,tak rasa malas dan tak la rajin sangat..senang kata,"yang sedang-sedang saja..." Eh dah macam menyanyi dangdut pulak dah..

semua sedia maklum kan cuti sekolah bermula 10 November yang lepas...(eh,sekolah lagi aku tapi dah 18 tahun,pra-u la kata kan pakai uniform sekolah nampak muda sikit kot.hihii)entah la ada yang tak tahu ke apa kan.budak-budak SPM & STPM terminal pun dah habis ber-exam rasanya..kalau ada yg belum,good luck korang!
hurmm..semestinya ada yang dah mula merungut bosan kan..selalunya rasa bosan je online fb or twitter.tapi bila online bosan pulak dah..tapi offline bosan lagi,online balik bosan jugak?ini kritikal dah ni kot..just go and find other activities that make you feel enjoy and happy!

tak tahu apa nak buat?nah ni sikit yang wan boleh kongsikan dengan adik,kakak,abang,pakcik,makcik,atok,nenek,moyang semua..

1.Baca novel..
ni selalunya gegurl gegurl la yg selalu feeling ala-ala romantik gitu ye dokk?tapi laki pun dah ada tau sekarang yang berjinak dengan novel..haa,yang perempuan tak payah nak buat muka pelik seposen bila nampak kawan lelaki korang ke,abang ke,sepupu laki ke yg bermanja dengan novel..diorang pun ada 'heart & soul' tau tak?yaa..tengah baca-baca tu mula la bayangkan diri tu heroin/hero dalam novel tu kan...apa ingat wan tak tau ke?sebab wan NoveLover tau..apa tak percaya?


sometimes sampai terbawa je watak tu..eh,tapi bukan selalu tau nanti korang ingat wan syok sendiri pulak..now wan berusaha habiskan novel ni..



membaca pun satu aktiviti,boleh timbulkan rasa seronok dalam diri seseorang..tapi bukan untuk mereka yang tak suka membaca.hahaa!

2.Jogging/walking...
Err...agak-agak kalau rasa cuti ni boleh menternak lemak korang menjadi berkilo-kilo,dengan rasa rendah dirinya wan menyeru korang untuk segera berjogging..hikhokk!!Sebenarnya wan takde la rajin sangat nak berjogging..cuma sekali sekala ambil angin pagi tengah padang kan fresh..sambil cuci mata..eh,hahaa!



Hehh.Antara ayat paksaan berbaur ugutan yg diterima daripada jiran wa ni haa..Hakikatnya tak belanja sesape pun.Macam aku ni malas sangat je kan? Hahaa..
Macam-macam jenis kawan wa berjogging bersama.Tapi yang pasti lepas jogging sarapan nasi lemak..ouhh,sangat tidak berhasil!Hahaa..So korang yg nak jogging tu sila jog sampai pengsan dan sarapan ala kadar je.:)

3.Mencari 'kudapan' di kenduri kendara..
Hehh.Kudap kau kata...kat kenduri tu semua makanan yang boleh bikin perut uollss macam ikan buntal kalau diambil ikut nafsu makan hengkorang semua.So carilah kenduri mana yg ada pergi serang ye..belek la kad jemputan kahwin mana yg ada kat rumah janji jangan kad jemputan doploh tahun lepas zaman mak ayah hengkorang menikah!Ok bab kenduri ni wa tak suka sebab jemputan yg ada semuanya time wa ada hal..ada la pergi kenduri doa selamat anak maklong berkhatan beberapa minggu yg lepas..


hehehee..gambar before tu muka cuak kemain sampai terkeluar gigi arnab tu hoo.. sambil pakcik wa saja nak tenangkan dia.gambar after dah macam orang mabukss je..masih di bawah pengaruh ubat katanya..tapi dia ni 4 hari baru,dia dah cycling ronda kampung..ishh ishh ishhhh...hebat sungguh! Ok,takde apa yg menarik..banyak terlepas kenduri..kalau pergi pun tergesa-gesa,hanya memenuhi undangan saja.;)

Banyak lagi sebenarnya..macam kawan wan ramai yg pergi kerja part time,pergi vacation,school driving..bagi yg tak reti-reti lagi nak memandu tu..*aku la tu* cuma pengecut nak belajar je.Hahaa..cari lah benda alah apa yg berfaedah.Cumanya,jangan merempit klu nak merempit cari litar lumba,jangan berzina kalau nafsu tak dapekk nak nolong pergi menikah untuk rasa yg halal..*ehh* Jangan nak jenjalan cari pasal klu rasa nak marah istighfar or pergi restoran cari makan terus..and whatever je lah ye..

Selamat bercuti sekolah adik-adik semua,
Selamat bekerja pakcik makcik abang kakak..
 ~_~

p/s : jogging pagi tadi dapat cuci mata jumpa abang kacak badan ketak-ketak! Hahaa..bye,Assalamualaikum :)

Nov 17, 2012

Muslims...Pray For Gaza

Hello readers..



Saudara-saudara Islam di Gaza bertarung nyawa.berjuang mempertahankan segala yang mereka ada daripada kekejaman Israel.
banyak gambar-gambar yang dikongsikan di facebook yang membuatkan sesiapa saja yang melihat mengalirkan air mata kerana tak sanggup melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam,ibu bapa yang berusaha sedaya upaya melindungi anak mereka daripada menjadi mangsa bunuh..saudara Islam yang gugur syahid kerana mempertahankan negara mereka..

sesungguhnya mereka tidak mempunyai apa-apa senjata yang canggih untuk melakukan serang balas terhadap tentera-tentera Israel,hanya dengan beberapa ketulan batu sahaja yang menjadi senjata mereka untuk melindungi diri.

so,let us take our responsibilty as a Muslim..pray for them in Gaza,recite the du'a so that Allah can save them from this violence,they can rest in peace and keep praying so that Israel will be destroyed!!

PRAY FOR GAZA!!!


Malaysians must appreciate what we have ! Praise to Allah..syukur Alhamdulillah for living in such a peaceful country..

Surah Ali Imran, Verse 13

SubhanAllah..Alhamdulillah...ALLAHUAKBAR !!

Nov 12, 2012

Bertemu & Berpisah

Finally..first semester met the end and now I'm going to be crazy to do such many things this holiday!
after pressure-ing my brain to study,seriously I feel good...~ 
habit baca novel akan kembali dan mengupdate blog akan menjadi satu kemestian..dan wan akan kembali aktif berbisnes perfume..:)

before that,last Friday is the last day me & friends di sekolah..so,ramai yg decide nak buat jamuan kelas hari Jumaat tu except my class!(nampak kedekutan di situ) 
but it's ok..next year ada lagi..tahun ni just hantam makanan kelas lain je..hihii!

while we had fun with the party,almost all of us were sad because Syamiera will leave us..she'll be going to Polytechnic Arau Perlis..not only her but also another two boys..I'm not sure where they'll continue to study because I'm not so close to them..hikhikk!it's a little bit sad..we knew each other,had fun together,only for 6 months..
tak mengapa..walau jauh di mata,tapi dekat di hati.apa guna facebook,kalau dengan kawan sendiri pun tak nak tanya khabar kan?manfaatkan laman so-sial anda menjadi wadah untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa..acewaahhh!!


oh noo..!my face is so damn bored..seperti tak merelakan pemergian Miera je..HAHA!oh ye,Miera is on the right..she's the one who looks very sad.relax Miera,you go there for the sake of your future..to become a successful person.


us..last day at school memang mebosankan sebab dah tak tahu nak buat apa tapi we're trying so hard to enjoy it very much..hewheww!
ibarat paksa rela je datang tapi bagus jugak,pinjam buku untuk semester 2 kat cikgu..cikgu pertama jadi sasaran ialah cg yati..berusaha dapatkan buku Makroekonomi daripada dia.akhirnya dapat juga..:) thank you very much cikgu..


ok..adik,kakak,abang,pakcik,makcik semua..nak promote bisnes I kejap..variety of fragrances are here..!!ini adalah tester & kalau berminat boleh la datang mencuba wangian pilihan kesukaan anda.:) macam mana?come & see me,we have a date everywhere,anytime..inbox me at fb Wan Nursyahirah.

p/s : nak sambung membaca novel.untuk Miera,Good Luck di sana !

Oct 27, 2012

Majlis Jamuan MPP Pra-U

Hello readers & followers...

Alhamdulillah...segala beban dah selamat berlalu pergi cuma lagi satu beban je tak terlepas lagi..final exam untuk semester pertama 5 Nov nanti..fuhhh! doakan ye.

btw,21/11/2012 hari Ahad yg lepas..tudia basi punya cerita! tak kisah la cerita jugak..:) telah berlangsungnya 'farewell party' untuk meraikan pelajar-pelajar Pra-U 2011/2012 atau istilah di sekolahnya pelajar tingkatan 6 atas.tahun akhir mereka lah nak rasa zaman sekolah ni kata kau....
so kami bebudak(bebudak lah sangat) pra-u 2012/2013 harus mengurus acara ni..arahan dikeluarkan dah lama cuma disebabkan kami exam trial,so terpaksa tangguh dulu apa benda semua tu..
kesimpulannya kami uruskan last minute acara ni..:)

ouhh ye,malas nak menulis panjang(kononnye..) so layan la secebis dua cebis tiga cebis gambar ye..


ze models..mai & miera yg akan automatik melentik badan bila nampak lensa kamera terpancar ke arah mereka.*gua cakap diorang padahal gua pun sama*




see..! yang lain sibuk bekerja tapi aku excited dapat bergambar dgn che ta..eh bukan rozita che wan,tapi mashitah..:)


the classmates...


ze performances..


Nurasha.orang yg dengar nama dia untuk pertama kali mesti ingat dia malay.she's my buddy since in standard 1 hokayy.! terpisah waktu form 1 sampai form 5 then jumpa balik satu sekolah bila dedua masuk form 6..so we're pre-u students.


gambar atas : ze upper sixers with the teachers..
gambar bawah : ze lower sixers who organized the event..:)

sebenarnya aku ni bukan lah 'orang besar' pun nak mengurus acara ni..cuma mendengar arahan orang atasan je..:) hewheww..
whatever it is,we enjoyed a lot during this farewell party..

p/s : sebenarnya gambar ni official dari tuan tanah kedaung Amigo Bella..sini hanya menceritakan serba sedikit apa yg berlaku di majlis ni..



Oct 15, 2012

Dua Dua Dua

Hello readers & followers...

tahu apa itu dua ?
ya,dua itu nombor !
dan tahu apa itu dua+dua+dua ?
ya,jumlahnya enam..

kalian,sangat pandai...:D

tapi bukan itu yang dimaksudkan..tapi ini...


Happy belated birthday my blog ! maafkan I tak perasan birthday you dah lama berlalu..jangan merajuk.sesungguhnya kekasih mu ini sangatlah sibuk lately ni..dan hari ni cantik punya nombor I ambil tau..dua dua dua. HAHAA
ok,sekian..

dua hati jadi satu,
dua jiwa kau dan aku,
doakan aku pakwe baru,
baru boleh "I love u".

ehhh..sorry ter..

kau buruk aku cantik,
ayu pakai kain batik,
esok mungkin cinta berputik,
jangan harap dengan kau lah taik!

opppsss..hanya suka-suka.tak ada kaitan langsung pun pantun aku tu.malam macam ni mengantuk je.goodnight semua.selamat menjalankan tugas dan mulakan isnin anda dengan kentut yg melegakan..:D assalamualaikum

Oct 2, 2012

A Month To Go...

Hello readers & followers..
haa..it's been a long time I didn't update my blog right?naahhh...here for you!
seriously don't know where to start..?__?
sooo much things happened for me la.

but I think,no need to share with uollsss about bla bla bla...2 weeks ago wasn't important anymore,what pass is passed!
my trial examination is done!and that's why I'm not too focus to update anything for my blog and now I wanna grab the chance to make it shining again...hewheww

during my study week,I felt like..urrgghhh!!what's the nonsense and am I did something good to succeed before?when I look at the books on the table,it just messed me up..I just hate reading! I'm nearly to give up..this is serious! I never feel this way before..

yess ! imma troublemaker..;)
*ouuhh ya..actually I'm still have an examination tomorrow but for MUET only..

luckily,my mom & my teachers cheered me up..they're very concerned about me.alhamdulillah..I became lazy so sudden..they gave me some advices for not being such a useless person.I just act like I didn't hear anything from them..but when I'm alone,I realized that what I did is wrong and I've to change my attitude before it become worst..

and then I realized,how precious I am to have them beside me..support me when I'm up and down..that always remember me to always pray to the almighty Allah swt..there's a miracle when we as a muslim always pray for Him,and struggle to succeed..double efforts and at the same time always make the du'a to Allah to give us a happiness and a peaceful in our life..
and yet,it would be a sweet memory to us..Allah always learn the prayers from ummah Nabi Muhammad saw. believe that There is no God except ALLAH.

there's actually less than a month to seat for final semester of STPM for first term..even I'm just done for trial,I've to strive for it.to achive my goals..make my dream comes true..and get the best result for my final STPM in first sem..insyaAllah..

here,I'm seeking for your forgiveness..if I did anything wrong during writing in these posts or everything such a harsh words to all of you..any posts that make you guys feel uneasy with my way..forgive me and pray for my friends' & my success.5 November 2012 is the most important date for us batch '94.
a month to go....
:)


Sep 15, 2012

Meski Jejak Pisahkan Kita...



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..





p/s : the pictures,song & it's lyric...what's the relation between em?

Sep 7, 2012

Percubaan Pertama Berjaya

Assalamualaikum...

alhamdulillah percubaan pertama telah mencapai target yg ditetapkan..


kesemua tempahan minyak wangi ini telah berjaya dimiliki oleh customer masing-masing..:)


nampak tak kotak-kotak yg sama tinggi tu??and nombor-nombor kat atas kotak tu??haa..nombor tu adalah kod bagi setiap jenis wangian perfume tu..

semoga kalian dapat menyokong Fasya's Online Shop (boleh jemput like page tu) untuk lebih maju ke depan..:) sokongan anda amat saya hargai..

Terima Kasih

Sep 2, 2012

Kahwin

Assalamualaikum..

hai,semoga kalian menikmati hari hujung minggu yang menyeronokkan..dan wan nak ucapkan "Selamat Datang September" untuk tahun ini..

awal bulan September ni dah mula jadual ketat bak pakai baju sendat lagi menonjolkan..ehh!ye,semalam hari pertama bulan 9 tapi tersangatlah penat..dari awal pagi,pergi kelas sampai tengah hari..seterusnya ke kenduri..kenduri..kenduri...malam pun ada kenduri,balik tu pulak contact member about barang-barang yang ditempah dan diteruskan dengan menghabiskan segala kerja yang bertimbun tapi tak terhabis lagi ni..nafsu nak update blog yang terlampau ni tak dapat diatasi..huhuu!

almost jemputan kenduri yang diadakan semalam  semua kenduri kahwin..bermula dengan kenduri tengah hari tu perkahwinan anak kepada kawan rapat arwah abah masa di tempat kerja..anak sulung so its a little bit sedih bagi kedua-dua ibu bapa nye but at the same time happy la sebab dapat menantu kan??hehee..

ok,itu cerita siang..entah kenduri apa lagi yang kitorang attend entah la..
but malam nye kenduri my cousin..takdela sepupu sangat..sebab keturunan kami dah dikembang-kembang...jadi lah tiga pupu..tunggu kami ada anak,diorang tu empat pupu pulak..lama-lama ramai sangat beranak,keluar kupu-kupu..ehh..sorry gurau di petang hujung minggu !!:) walaupun jarak kami dah jauh,tapi kami masih rapat ye..^^


while waiting my mom & my sista to touch up diri masing-2 nak pergi kenduri,haa...sompat lagi teman bergedik sat...ehh,it's annoying right??hahhaa..


nak pergi kenduri nye sekejap je tapi nak bersiapnye lama..maklum la perempuan..eh sorry,sebelah saya tu bukan perempuan ye..HAHA.he's my lil bro.


here's the bride & my mom..she's my cousin,tahniah kak farah & husband..:)


this  pic is credit to my cousin yg mengada tu,firdaus..adik kak farah tu ha..btw,nice jugak mamat ni snap pic kan?hahaa..ouh ye,yg kiri tu kawan kakak aku,yg datang beraya kat rumah aku dua tiga hari..alang-alang tu angkut dia sekali mencekik kat kenduri kak farah ni haa...murah rezeki ye..ahahaa!

apa pun,tahniah la untuk sesiapa yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam bulan Syawal yang masih belum habis ni haa..semoga perkahwinan kalian diredhai dan kekal hingga ke anak cucu & ke akhir hayat..aminn...



Sep 1, 2012

True Friends Are Always By Your Side

Hello readers & followers..

entry yang lepas wan ada cerita tentang keseronokan menyambut lebaran dengan keluarga mertua famili besar wan..they're meant to me.love them lahh..
however,kawan-kawan tak dilupakan untuk menyambut raya bersama..a very big thank you to all of them yang sudi beraya ke rumah wan pada hari raya ke-5 tempoh hari..ouh ye punyalah basi cerita ni kan tapi tetap nak share..

mostly yang datang beraya rumah wan haritu ialah kawan-kawan yang senang brkongsi masalah & sentiasa disisi sama ada susah or senang,support each other and ada sesetengah daripada diorang yang wan dah kenal dari kecik cenonet lagi..hehee.

you guys are awesome ok !!
makanan yang terhidang tak lah sebanyak dan segah yang selalu dibuat,hanya sesimple habis sebab dah lari dari bajet sebenar.lagipun saja nak meraikan kedatangan kalian sahaja..again,THANK YOU!!


the girl with black hijab is one my friends..since I was in primary school already..lebiuu ani!;)


from front;salmy,me,bella & the only boy at the back is haziq..terinterframe je tu.
these two girls are besties in my secondary school..they're so funny and crazy lol !!


haziq,arep,alan,syam..they're very trouble maker!!:) kenal dari sekolah rendah sampai ada yg dapat kem plkn sekali..saja tak nak berpisah le tu..huhuu !


sesi mencekik bersama rakan-rakan..sambil mencekik sambil kita mengeluarkan stok-stok gosip terbaru terhangat terpanas terhangit...!!


ini hanya jejaka-jejaka yg senang berkawan di sekolah menengah masa form 4 & form 5..muka-2 budak milo je nih..ehh,muka-2 budak aktif sukan,mereka lah yg famous bila bab-2 sukan ni..*famous la sangat..kann?

btw,I'm very happy to have them as my friends..thanks for always support me and also each other from school time untill now..bagus bagus bagus !!:)

Sometimes,you just need to distance yourself from people.If they care,they'll notice.If they don't,you know where you stand.
-MAMLMR- 


Aug 27, 2012

The Happiness Is Owned by Us

Assalamualaikum semua...

so how's your Eid Day??happy??simple??tak semeriah sebelum ni or 'over meriah'??whatever it is,I'm here just wanna wish u all

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

semoga Syawal yang dirai memberi seribu satu makna buat kalian dan keluarga tercinta.dan sesungguhnya hari ni hari yang paling malas untuk kita memulakan tugasan masing-masing di tempat kerja/belajar setelah seminggu beraya sakan sebabnya hati di kampung halaman..;)

ohh please..please...kembalikan semangat aku! harini aku masih lagi extend cuti..hehee.jangan jealous uollsss !

now,I want to thank to all my lovely families & friends yang sudi datang ke rumah saya...korang tersangatlah awesome !! i loikee..

before revealing the pictures of my members,let me post the pictures of my family..
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" kepada semua followers & readers blog ni.ikhlas daripada Wanda & families...


dari kiri;adik,mak,aku,kakak..tapi sayangnya orang akan ingat aku ialah kakak! betapa matured nye gua..


dari kiri;abang adik aku & kakak..ze sibling !;)


ze families...ini semua sebelah omakk nye gua ! aunty,cousins,niece,nephew,semua ada dalam gambar ni..tapi tak semua sebab ada yang tak balik,raya rumah mak mentua..hehee


ze families....ini sebelah arwah abah nye saya ! ze uncles..ze aunties..ze nephews..ze niece..ze cousins dan segala zee yg ada..thank you kamu-2 semua sudi datang ke rumah kami..hehee! tapi ada lagi families yg tak ada tak dapat join bersama..miss them so much !


see my lil bro at the front...looks like he was very excited in this picture ! LOL..semua bersungguh-sungguh duduk rapat-2 nak bagi muat masuk dalam gambar..hikkss


p/s : sakan beraya,blogshop pun tak terupdate...nanti akan diaktifkan semula nak mempromosikan produk yg ada.


Aug 12, 2012

Ini Kerja Tahap Maksima Punya Bosan

Hello readers & followers..

suddenly I found it via facebook..and sekali gus terasa nak gelak guling-guling bila ingat kenangan ni tahun lepas punya cerita.

memandangkan muka-muka kami...siapa kami??(sila scroll ke bawah)


4 sekawan yang tak tahu la kenapa bila waktu-waktu pembelajaran subjek yg berkaitan dengan Sains je mesti akan tersangkut di pertengahan waktu ! ohmaiii..adik-2 sekalian jangan tiru habit kak wan kau and the geng ni ye..

Chemistry,Physics,Biology & Add Math...

jangankan kata stress,lebih teruk lagi kami boleh buat kilang tahi mata dalam makmal biology,makmal physics & makmal chemistry..cikgu-cikgu pun dah nak tercabut gigi tegur kami anak-anak dara yang selalu letih jadi suri rumah tolong mak ni haa..(kononnye)

tapi bila dah hampir-hampir nak SPM baru kami push diri kami untuk tidak ketiduran di dalam kelas dan cuba buat sehabis baik setiap latihan yg cikgu kasi..ouhhh,ini lagi satu bad attitude yg tak perlu dicontohi oleh adik-adik yang nak exam tahun ini..

but one day,bila dah push last minute,nak faham balik the previous topic yg selalu je ketiduran bila cikgu ajar,kami menjadi sedikit biol di makmal biology ketika itu..maka datanglah idea yang entah betul ke tidak otak kami waktu tu,ada lah salah seorang rakan wan yang...
errr...tak dapat nak diklasifikasikan macam mana..

haishh..
tengok je lah apa jadi dengan dengan tulang temulang yg dah diubahsuai ini..


lokasi kejadiannya adalah di dalam makmal biology tahun lepas bertarikh 18/8/2011..
AUGUST??
yupp..lagi dua bulan nak exam baru kami struggle habis habisan...and result SPM pun berbaloi dengan usaha last minute kami tu..so watlek sudahh..semua ok ! hehee..

nice pose from that skeleton ! gaya dia macam terkejut sambil berkata "OMG..!!"  sampai terkangkang..ooppsss ! adakah ini sesuai untuk above 18 only ?? hahaa..

and actually bukanlah kami berempat je..ada jugak kerjasama daripada classmates..nampak sangat united of 5SC1 kan??hehee..cuma ideanya daripada geng iolss la..
kerja-kerja pengubahsuaian ni dilakukan ketika dah habis kelas biology..cuma kami keluar lambat sikit la daripada Mdm Noraini yg kami kasihi tu..

agak-agak ada cikgu lain yg guna makmal lepas tu terkejut tak? sesungguhnya kami tidak tahu menahu kesudahan nasib skeleton yang berposing seksi itu..ahh rindunya zaman bersama rakan-rakan ini..


sporting classmates of 2011 ! :)