Apr 30, 2012

We Make A Noise (Part 2)

sambungan daripada entry INI..

Tiba-tiba petang tu ayah Jiha datang menjemput kami untuk pulang ke Taiping..

stories on 26 April 2012

rutin aku pagi tu di rumah Jiha,lepak-lepak lu..ambik breakfast then bersiap untuk menikmati keseronokan dunia ! dalam pukul 11.00 am kami bertolak ke Taiping Sentral..(itu je yg ada pun kan)
tapi layannn..~

lepas beli tiket wayang maklum la orang busy macam kami kononnye baru nak layan Battleship..tapi selambat-lambat kami nak layan Battleship,ramai je yang pergi tengok movie tu..memandangkan ada lagi 10 minit movie nak start,kami contact cik farah yg on the way nak datang Taiping suruh dia rushing nanti terlepas movie tu..hehee ! akhirnya dia tiba juga dengan keadaan yg agak termengah-mengah kejar masa.. then kami pun meneruskan aktiviti menonton wayang kami ! by the way, Battleship is AWESOME !!


after menonton wayang,perut sorang2 dah berdongdang sayang nak disumbat makanan..so kami singgah di A&W untuk melunaskan nafsu kami ! yeaahhh..! sabar ye wahai perut..




woott!woottt!! muka aku tu pedulikan..biasa la kalau dah berjam-jam duduk dalam panggung wayang memang lapar la lagi-lagi perut aku yg cepat je menangis tak dapat makanan..hueehueehueee!!



for the last..aktiviti kami di pagi hari Khamis itu hanya menonton wayang dan makan saja..sempat la jugak aku shopping handbag tak mahal mana pun dekat TS tu..maklum la bag yg sedia ada macam kena makan dengan tikus..hahaa!! memandangkan dah masuk waktu zohor,kami singgah solat di surau kat Tesco..

lepas solat,kami mengerah tenaga ke Lake Garden..

p/s : nantikan entry seterusnya..memang banyak episod ! hehee

We Make A Noise (Part 1)

Hello readers & followers..!
macam yang wan buat kecoh kononnya 'teaser' dekat entry sebelum ni..(KLIK SINI) nak kongsi apa yang wan menggila dengan member selama 4 hari 3 malam di Taiping..

stories on 25 April 2012..

 tak ada apa yg menarik pada hari tersebut sebab kami masih belum memulakan misi 'gila' kami..so wan bertolak dari Gerik ke Kuala Kangsar around 9.15am..dah berjanji dari awal lagi dengan Cik Farah ni nak tunggu kat rumah dia..Taman Bougainvillea menjadi sasaran pertama..sampai di Kuala Kangsar dalam pukul 10.45am jugak la..sampai-sampai je Cik Jiha dah ada kat rumah farah tu..

ketibaan aku disambut oleh pakcik Syed ayah farah yg sangat sempoi plus ramah gila nak mati sampai aku pun penat jawab segala benda pertanyaan dia..hehee !! tapi pakcik terbaikkk!!! sementara tunggu ayah jiha yg sedang meronda satu K.Kangsar datang menjemput kami kami ke Taiping,kami rehat sebentar bersama kitkat camera..yeaahhh !! lagi-lagi muka aku nampak camera tersembul pun dah terkam macam rimauu..

tapi aksi kami taklah membahayakan sampai kena ada syarat umur yg layak melihatnya..huehueehuee !

aku,farah & jiha
ouhh ye ! ni kat rumah farah..time ni tgh cover lagi sebab ayah dia yg snap pic kami..ayah dia suruh posing tapi kami malu..cover gituu..! kan aku dah cakap ayah dia sporting habess siap jadi photographer tak berbayar kami..and after that,ayah dia cakap nak pergi Ipoh.so tinggal kami bertiga kat rumah tu..mak dia kerja,ayah dia ke Ipoh..then,misi kami diteruskan dengan...






 sedang berhavoc,dapat panggilan from Cik Fatin a.k.a Panda from Gerik..ingatkan ada urgent ke apa..rupanya tanya pasal tawaran masuk Form 6 tu..hahaa !! layann..~ biarkan farah dan jiha bergambar..




ouhh ! farah ni aku tengah bergosip pun sempat lagi snap pic yekk ! diorang ni pantang jumpa aku ada je nak korek gosip..aku jugak jadi mangsa..huehueehuee..

petang tu,tiba-tiba....

p/s : nantikan part 2..hahaa!
to be continued...

Apr 26, 2012

Teaser Photo..

pedulikan segala kekalutan yg melanda..

wait for the next entry,I'll let you all know all the stories..'behind the scene' la kononnye ! :) it's all about 'us'..

Apr 20, 2012

Sebak & Berat Hati


kenapa kucing kat atas tu sedih ? ce tengok tengok muka,mata dia tu..ada kesedihan di situ..
sebenarnya nak menggambarkan perasaan aku yg tiba-tiba rasa 'sebak'..

sebak??yes sebak..! plus dengan rasa berat hati..
bukan apa..
semenjak dua menjak ni..bila aku memikirkan nasib aku entah ke mana lepas ni aku dapat melanjutkan pelajaran..dalam masa yang sama aku memikirkan nasib seseorang jugak..
seseorang...
yang aku rasa dia perlu diberi perhatian sekarang ni..sebab aku sayang dia !

but who ???




sape jejaka bulat montel ni ? dialah adik aku..adik dan juga teman ku !
> teman dikala suka..
> teman dikala 'gila'
> teman 'bergaduh'
> teman belajar..(sbb aku selalu tlg dia dlm study)
> teman tido aku..(adik aku tu jasad je besar..hati nyamuk kott.!)*kdg2 mai tido kat aku
> teman segalanya untuk aku..


tapi ! ade tapi ye..dia BUKAN teman dikala aku sedih ye..sebabnye..
aku kalau sedih aku pendam tak cakap kat sesape pun ! hahaa..aku sorang je yg tanggung..:)

back to the main point yg aku nak cite..
bila aku fikir yg aku akan continue study satu hari nanti, aku sedih+kesian..
aku tengok adik aku..dia punya proses pembelajaran especially subjek math,lagi mudah bila aku ada dgn dia..bukan nak cakap aku bangga diri or what..at least ilmu yg aku ada sedikit sebanyak boleh tolong adik aku..

aku pun dalam masa yg sama,aku bersyukur..
sebab adik aku seorang yg mudah faham apa yg diajar..so at least takde la aku tension nak ulang berjuta kali kan..bila dia rasa macam sesuatu soalan tu rumit macam nak selesaikan masalah rumahtangga, baru dia tanya aku..bukannya semua dia tak paham kalau macam tu susah benor la kan..and senang cite keseluruhannya adik aku ni ada orang boleh 'lead' dia nak faham sesuatu subjek/subtopik kalau aku still ada kat rumah..

bila dihitung maybe sebulan dua ni aku di offer ke mane2 universiti..,sape lagi nak ade di samping adik aku??yg nak tolong dye belajar..he's a PMR's candidate..but I hope everythings gonna be OK & awesome !!! aku macam berat hati nak tinggalkan dia la pulak..abang & kakak aku semua kerja+study jauh..memang tak boleh nak tolong la kann..so I'm the only one yg masih ada kat rumah dengan adik & mak aku..mak aku nak tolong dia ? mesti la dah ingat ingat lupa je nak ajar pun kan..

sedih pulak...hahaa !! yela satu-satunya adik yg still bersekolah sekarang..
kalau boleh mahukan yg terbaik dari dia..taknak la dapat result 'atas pagar' macam abang & kakak-kakak dia..hueehueehueee !! nak jugak tengok mak aku bahagia dengan apa yg anak dia peroleh..
4 orang anak dia..3 orang dah tinggalkan zaman persekolahan,tinggal si bulat sorang ni je yg jadi harapan..
semoga dia boleh berdikari suatu hari nanti and being a good boy who can manage itself properly..believe himself and confident with all he had done !!


salam muhibbah ! (tetiba takde kaitan pun..)

p/s : aku ingat nak tulis pendek je tapi terpanjang pulak..'over feeling' kononnye...!

Apr 16, 2012

Duhai Hati..


rintik-rintik hujan yg membasahi bumi tika ini seperti mengerti apa yg kurasakan..
sedihnya hati ini tak dapat digambarkan lagi..
duhai hati..
bersabarlah...jangan kau tangisi lagi penderitaan ini..
mungkin ini hanya sementara..
kebenaran pasti akan tiba jua !

wahai engkau yg bernama CINTA,
jika engkau hadir hanya untuk mempermainkan HATI & PERASAAN si dia yg benar-benar menyayangimu..
sebaiknya kau simpan saja niatmu itu..
sesungguhnya HATI & PERASAAN si dia hanyalah untuk menerima CINTA yg benar-benar suci dan ikhlas mencintai dirinya..
mencintai dirinya kerana cinta kepada sang PENCIPTA !

bukanlah cinta yg hanya berlandaskan nafsu semata-mata..
yang hanya mengikut kata bisikan & godaan SYAITAN !



duhai hati..
jangan kau cepat menyerah..! berjuanglah demi maruahmu..
kelak kau akan temui kebahagiaan yg hakiki..
kebahagiaan yg diredhai-NYA..

nukilan dari hati,
wanda..


Apr 15, 2012

Biarkan Berlalu...


biarkan hidup ini kesepian..kerna disebalik kesepian itu akan terukir kebahagiaan..

biar kosong jiwa ini..disebalik kekosongan itu akan ada yg sudi mengisi ruang itu..

biar perit diri ini menanggung derita..disebalik kesabaran yg terbina di atas penderitaan itu, akan terselit satu sinar dalam kehidupan..

kekuatan yg terlihat di luaran bukanlah sesuatu yg menggambarkan perasaan sebenar diri ini..

sebaliknya hanya ingin melitupi kelemahan ini daripada disalah ertikan..demi mengejar sesuatu yg belum pasti pengakhirannya..

kesilapan lalu menjadi satu permulaan..permulaan untuk memulakan hidup yg baru..

yang lepas dibiarkan ianya berlalu tanpa perlu sesiapa pun menghentikannya..

dibiarkan berlalu..seperti angin yg ditiup entah ke mana penghujungnya !


nukilan dari hati,
wanda...


Apr 11, 2012

Wordless Wednesday


Karnival Pendidikan MARA 2012

Hello readers & followers..

By the way,aku sangat gembira macam baru je lepas beranak anak yang pertama ! hahaa..ada aku kesah korang nak cakap aku gila ? tak sikit ponn..... sebab ape aku happy ? rahsia la !

ni haa..aku nak cerita jugak pasal Karnival Pendidikan MARA 2012 hari Sabtu lepas..apa? biarlahh dah lambat pun kan event ni baru 3 hari berlalu je pun..hihii..so,korang dengar lah aku nak membebel ni kan ? lantak lah korang sakit mata nak baca pun ! 

eheemm...!
karnival yang berlangsung selama dua hari di Stadium Indera Mulia Ipoh ni diadakan bagi memudahkan pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang tepat berdasarkan keputusan peperiksaan yg telah dicapai & melalui minat seseorang itu dalam sesuatu bidang supaya pelajar tidak tersasar jauh daripada apa yang diminati..
sebanyak 49 buah booth kolej serta universiti yg hadir di karnival tersebut..antaranya KUIS,KPTM,KLMU,Taylor's University,IKM,TIC(Taj International College),ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE of Medical Sciences,ITP and etc..memang pening kalau tengok setiap booth yg nak lariskan institusi  masing2 kan..macam-macam lah ayat kata pensyarah yg berpengetahuan tinggi lah,lengkap dengan kemudahan lahh..kedudukan strategik..lagi apa lagi ??
but for me..semuanya sama ! ikut lah rajin or malas someone tu nak belajar kan?

selain tu,ada booth-booth yg menerangkan about pinjaman,biasiswa and etc..semua tu diterangkan oleh pegawai-pegawai MARA yg ditugaskan di bahagian yg berkenaan..nak tanya apa-apa,tanya je lah ! dua hari tu beb..mau kering tekak diorang nak bertugas bagi penjelasan yg sama..haiyyaaa !!

di kesempatan itu jugak la aku pergi usha-usha setiap tempat yg ada..yelah,dah ada cousin yg kerja dkt MARA pun turun kat karnival tu,sambil2 ikut dia boleh aku amek peluang yg ada...aku jalan2 teliti setiap booth IPT and cuba dengar apa yg diorang terangkan..tangan aku pun laju je tarik pamplet yg diorang sediakan..hihii ! my sister menjadi mangsa dalam aktiviti ini..yehhaaa!!


ye,dah penat berjalan kami duduk di kerusi2 yang ada..sambil aku belek-belek setiap pamplet dr universiti yg ada,kakak aku gila nak snap pic..btw,aku bajet je tu x nk snap..hahahaa !! dia pun dok promote kolej dia kat aku..btw,aku x nak lah ikut kolej yg sama dgn siblings kan ?? hihii..tapi tak salah nak tahu course apa yg ada dekat kolej dia..:)


warna kuning tu..sticker yg ditampal dkt baju pengunjung yg datang melawat ke karnival itu ye..dekat pintu masuk lg diorang dah menempek nye dgn 'rakus' di baju ku..ouhh tidakk !! tp takpe,itu maknanye aku salah seorang pelawat yg mengunjungi karnival itu..^_^


antara hasilnya...and rasa macam dah jumpa apa yang aku minat..tapi aku kena fikir dengan sebaik mungkin lagi supaya aku tak 'tersesat'..hihii..


maybe ini ?? btw, tunggu dan lihat..semua terletak di tangan-Nya..kita hanya merancang,tapi DIA yang menentukan yang terbaik ! :)

so,semuanya berjalan dengan lancar..aku just pergi hari Sabtu tu je sebab waktu yg selebihnya aku luangkan masa bersama yang tersayang laa..~ 

penat sampai tertido..

hariku dipenuhi dengan telatah anak saudara ku yg comel,manja,nakal & melucukan..rindu la pulak dengan diorang ni kan..~hurmmm..