Apr 15, 2012

Biarkan Berlalu...


biarkan hidup ini kesepian..kerna disebalik kesepian itu akan terukir kebahagiaan..

biar kosong jiwa ini..disebalik kekosongan itu akan ada yg sudi mengisi ruang itu..

biar perit diri ini menanggung derita..disebalik kesabaran yg terbina di atas penderitaan itu, akan terselit satu sinar dalam kehidupan..

kekuatan yg terlihat di luaran bukanlah sesuatu yg menggambarkan perasaan sebenar diri ini..

sebaliknya hanya ingin melitupi kelemahan ini daripada disalah ertikan..demi mengejar sesuatu yg belum pasti pengakhirannya..

kesilapan lalu menjadi satu permulaan..permulaan untuk memulakan hidup yg baru..

yang lepas dibiarkan ianya berlalu tanpa perlu sesiapa pun menghentikannya..

dibiarkan berlalu..seperti angin yg ditiup entah ke mana penghujungnya !


nukilan dari hati,
wanda...


No comments: