May 30, 2012

Tak Memilih Yang Terpilih

Hello readers & followers..

Apa tajuk atas tu...ada faham??tak faham..buat-buat faham !!hewwhewheww..

alhamdulillah..dimulakan dengan memanjatkan rasa syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh-Nya..aku masih lagi diberi peluang di dunia ni untuk merasai segala pemberian-Nya.sehingga hari ini,aku masih lagi merasai dan menikmati semuanya..Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah..


terima kasih politeknik kerana menawarkan jurusan ini untuk saya..tapi dukacitanya,saya tetap dengan pendirian saya untuk melanjutkan pelajaran ke STPM,bukan diploma..sorry bukan saya tak hargai tapi bidang yang saya minat ada di STPM..hehee.:) 

walaupun saya terpilih melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan, tapi saya tak memilih untuk mengikuti program yg ditawarkan tersebut..mungkin rezeki saya di tempat lain. kepada sesiapa yg berhasrat nak melanjutkan pelajaran ke politeknik, SEMOGA BERJAYA ! 

kalau betul niat kita nak belajar, akan ada ganjarannya..tapi kalau dah niat terpesong...renung-renungkanlah wahai sahabat sekalian yang disayangi ! :)

p/s : cuti sekolah ni sibuk nak complete kan semua yg berkaitan dengan Form 6..nak glamour sikit..(Pra-Universiti)hahaha !!

May 25, 2012

Semua Merasai Kesedihan Ini

Hello readers & followers..

Hari ni semua benda jadi tak tentu arah...secara automatik aku mengimbau kembali semula kenangan-kenangan lalu.biar apa pun yang terjadi,hubungan antara kami takkan pernah terputus begitu sahaja.
kenangan pahit manis akan terpahat di hati selama-lamanya ! (pergghhh ayatt...nak samad said saja !)

apa yang aku cuba sampaikan??
KUALA LUMPUR - Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal. 
"Syarikat itu meminta perintah mahkamah untuk menyita kem berkenaan berikutan pengusaha kem itu tidak dapat melunaskan hutang kepada syarikat berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis latihan koordinasi senaman tari sempena Himpunan Jutaan Belia di padang Zetro, Wangsa Maju di sini semalam. 
Abdul Hadi menambah, kesemua pelatih akan dipindahkan ke kem yang paling hampir dengan kediaman masing-masing pada 28 Mei ini.Beliau memberitahu, walaupun notis mahkamah itu diterima pada 22 Mei lalu, program di kem itu tidak terjejas kerana hanya peralatan dan kelengkapan kem yang disita.

 Sumber : KOSMO ONLINE

kalau rasa tak cukup lagi...sini pun ada..


Berita Harian 25/5/2012..
kenapa aku sedih??sebab aku one of the trainees there..batch bila?tak la lama sangat,tahun ni jugak..Kumpulan 1 Siri9/2012 pada 1/1/2012-17/3/2012..

banyak dah kami bekas-bekas pelatih Kem PLKN Tangkas Kendiri menyimpan kenangan di kem ni..sobsobbss..! kalau aku jutawan dah lama aku bayar balik semua hutang tu.nanti macam mana aku nak tunjuk dekat anak cucu aku tempat yg dah banyak mengajar aku erti kehidupan dan saling menghormati sesama kaum..huhhh ! kan dah TER skema ayat aku..tolonglahh..kami sayang sama itu kem..:(

salah satu post dari bekas pelatih
kalau nak diceritakan satu-satu,memang ramai lah post sedih-sedih kat group plkn tuh..

p/s : semoga para pelatih & jurulatih Kem PLKN Tangkas Kendiri Sauk,Kuala Kangsar tabah & sabar menghadapi semua ini..mana tahu di tempat baru nanti lebih baik dan menambahkan pengalaman kalian..be happy !

May 22, 2012

Girlfriend Boyfriend

Hello readers & followers..

Girlfriend boyfriend memang topik hangat ! meletopp tip top gitu..kononnya dah ada couple masing-masing bahagia la nak cerita kat semua..

macam mana seseorang yg bahagia dilamun cinta tu mengambil alternatif untuk hebahkan cinta sejati kat orang ramai??

facebook - tangkap gambor bebanyak dengan gewe (pakwe/makwe) lepas tu ekau haplodd satu special album title 'dia milik saya' or 'buah hati tercenta sayeww' or 'dia milikku selamenyeww' . biasala ayat budak-budak nak kene ada 'w' hujung ayat tu..then ramai la kekawan ekau yg like dan tak kurang jugak yg komen "sweetnye korang","jelesnye..nak ada pakwe/makwe macam ni jugak" and etc..
ihsan pakcik google

twitter - lebih kurang sama je hapelodd bebanyak gambar dgn buah hati korang yg bezanya main twit twit je..takde komen and like ye..mihhmihhmihh

blog - ini lagi syiokk..boleh luahkan rasa cinta dan sayang korang panjang berjela-jela macam menulis esei dalam exam SPM or STPM tapi malangnya markah exam B.Melayu takde la dapat markah yg begitu cemerlang di mata dunia. entry khas ada je tiap tahun tiap bulan nak nak pulak kena anniversary tarikh couple hampa tuu...mau dipuji puja pakwe makwe hampa tu..datang readers korang nak baca mau pedih mata mengadap lappy nak baca..(mana la nak tau kot kot ada yg setia follow blog korang or jadi silent reader)
ihsan pakcik google

tapi takpe la korang nak buat apa sekali pun janji bahagia..tapi jangan tetiba nanti ada pulak gambar peluk cemolott di haplod pulak..itu memang dah jual maruah diri la kiranya..kalau nak berkasih-kasihan pun berpada-pada..jangan sampai sekali putus kiciwa merana tak ingat dunia sampai nak bertindak di luar kawalan ..

orang kata kebahagiaan kemesraan jangan terlalu ditunjuk dekat orang ramai,takut nanti hubungan yang ada terputus di pertengahan jalan..kononnya dah merancang nak nikah,tetiba break !! mau pecah bederai gelas kaca semua..lagi-lagi hati kita bila kiciwaa..mestilah hancur kan kononnya??eloklah kebahagiaan korang disimpan dipegang ketat-ketat antara korang dan pasangan..wheww~ kalau berkekalan sampai ke jinjang pelamin lagi bahagia korang meletop letop..terexplode segala rindu dendam tu..cewwaahhh !! 

AKU PUN NAK CAKAP AKU ADA GIRLFRIEND..LESBIAN??
NO..NO..NO..

cantik kan??cute aje..
saya memang malas..tidur itu hobi saya ! :)
amacam??ada rasa tercabar tak dengan girlfriend aku..?cantik tu..susah nak dapat.hehee

p/s : kucing aku baru je 5 hari dekat rumah..dalam proses nak kenal setiap ruang dalam rumah lagi ni..hihii

May 16, 2012

Keikhlasan & Kemuliaan

Wahai warga pendidik yang dikasihi
Jerih payah tidak kau hiraukan
Segala cabaran kau tabah tempuhinya
Demi insan yang bergelar pelajar
Mendidik kami tanpa mengenal erti jemu

Kau suntikkan semangat
Agar kami sentiasa berjuang
Menuntut ilmu sehingga ke penghujung 
nyawa
Dan tidak pernah berputus asa

Saat kami jatuh kau bangunkan semula
Saat kami leka kau sedarkan semula
Setiap leteran dan kata semangat yang kau titipkan
Akan kami semat disanubari ini
Akan kami simpan & genggamnya sebagai pendorong kami

Guru..
Jasamu terlalu banyak 
Keikhlasanmu dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa
Begitu mulia sekali jasamu kepada kami
Semoga Allah s.w.t merahmati kehidupanmu
Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian

TERIMA KASIH GURU !!

Diambil secara rawak :-
SK MAHKOTA SARI
SMK SULTAN IDRIS SHAH II
JL KEM PLKN TANGKAS KENDIRI
credit pic to CIKGU SELAN

p/s : mohon maaf dipinta andai diri ini pernah menyakiti atau menyinggung perasaan cikgu-cikgu yg pernah mendidik diri ini..andai ada tingkah laku yg tidak menyenangkan cikgu-cikgu sepanjang mengajar saya..:)


nukilan dari hati,
Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi

May 13, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Hello readers & followers..

Orang kata kalau nak ramai kenalan jangan sombong & berusaha dengan pelbagai cara untuk beramah mesra..huehueehue!!

tiba-tiba tadi rajin nak blogrunning+blogwalking semua ada..terjumpa satu segmen so aku nak join memandangkan mood aku tengah rajin..:)

join KLIK SINI
follower Blog Miss Wanda setakat ini 350..
dan dengan bangganya SAYA ANAK JATI PERAK !!

yang comel,
wanda

May 11, 2012

Menangani Stress

Hello readers & followers..

Ini 'entry kilat' !

Memandangkan aku dah mengambil langkah untuk menyambungkan pelajaran ke Tingkatan 6, so aku kena menjadi matang dari segi mental,fizikal,rohani & jasmani.

Batch Form 6 2012 Perintis Bagi Sistem Modular (SISTEM BAHARU)

YA ! pembelajaran kami bakal dijalankan sebagaimana cara di universiti (mengikut semester) dan TIDAK LAGI perlu mengulangkaji topik-topik daripada tingkatan 6 bawah untuk menduduki STPM seperti pelajar-pelajar Tingkatan 6 sebelum ini.

*tak perlu tulis panjang-panjang..pandai-pandailah tahu macam mana sistem baharu ni..

Stress??
semestinya sebab terikat dengan peraturan sekolah..
semestinya sebab pakaian masih lagi pakaian seragam sekolah
semestinya sebab terpaksa bekerja keras untuk mencapai pointer yg memuaskan atau tinggi
semestinya sebab 'mind set' seseorang tu tetap dengan "ouhh..ambil Form 6 susah la !"
semstinya sebab 'mind set' sesorang tu tetap dengan perasaan MALU (menganggap Form 6 pilihan terakhir sebab tak dapat tawaran ke mana-mana IPTA,matrik or politeknik..so thats mean diri dia macam tak berjaya)

see?? aku jamin 100% masih ada lagi yg berfikiran macam ni even dah mendaftar masuk Form 6 pun sekarang ! sebab apa? sebab aku pun mula-mula mengalami perasaan yg sama tapi tak berlarutan sebab bila dilihat balik, pembelajaran dekat mana sekalipun ada advantages & disadvantages..normal ok ! 

so korang kalau setakat sebab kena pakai pakaian seragam sekolah sebagai sebab tak nak masuk ke Form 6..cuba korang fikir balik,korang ni dah betul-betul matang atau belum?ke masih lagi berfikiran seperti 'budak-budak'?bukan nak salahkan korang,sebab aku pun sehari sebelum daftar masuk Form 6,aku pun berfikiran yang sama sebab aku paling malas bab-bab nak menggosok uniform sekolah..tapi dah itu yg kita terpaksa terima, dah tak ada benda lain yg boleh mengubah fakta itu ! hewwheww...

percayalah lama-kelamaan korang akan terima jugak semua ini ! cuma bergantung kepada tempoh seseorang itu nak menjadi matang untuk tidak lagi berfikiran sebegini..kalau sampai tamat pembelajaran pun tak boleh terima itu aku tak tahu nak kategorikan macam mana..dan percayalah, pembelajaran tetap sama dekat mana-mana pun..jangan anggap diri tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, anda gagal selama-lamanya ! Fikirlah kebaikan bukan keburukan..

ihsan encik google
Jangan jadikan sebab-sebab yg remeh sebagai punca anda mengalami stress ! Cubalah perbaiki diri ke arah kebaikan..aku berkata sedemikian sebagai peringatan untuk aku jugak bukannya aku nak berlagak ! ini hanya pandangan aku terhadap segelintir rakan-rakan sebaya aku yg ambil Form 6 yg masih lagi tak dapat nak menyesuaikan diri or whatever yg remeh temeh tu..perbaikilah demi kebaikan dan masa depan kita bersama..

p/s : entry ini bukannya untuk Cara-cara Menangani Stress..hueehueehuee !! dan entry kilat ini ditaip secepat mungkin..Terima Kasih!

May 7, 2012

Allah's Plan Is The Best

Hello readers & followers..

Selamat petang semua !! 
harini semua pelajar lepasan SPM 2011 sibuk mengonlinekan diri ke laman web UPU untuk semakan kemasukan termasuklah aku..yess AKU pun turut bersama-sama menyibukkan diri..

bengang mula-mula line busy tak boleh nak check,dalam hati macam dah kata takkan dapat je upu..tapi dalam masa yang sama berdoa mana la tahu ada peluang nak jadi mahasiswi..hueehuehuee!! sejam menunggu akhirnya boleh jugak aku godek-godek laman web upu tu..

and the result was very......!!!


so tak dapat jadi mahasiswi punn...!! yeayy..hihii..
okok..! sebenarnya sebelum check UPU ni aku dah ready mental & physical for not being in an uncontrolled situation..so bila dapat tau yg aku tak diterima masuk matrik,ipg & upu ni takdela sampai frust menonggeng macam ibu hilang anak meroyan tak sudahh...tapi bohonglah kalau perasaan kecewa tu takde sekelumit pun dalam diri ni kan..? cuma apa yg boleh dikatakan, "belajar menerima hakikat" dan fikir dengan positif & secara rasionalnya ! 

mungkin semua ni dah tertulis untuk aku yang aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, tapi percaya dengan diri kita,percaya kepada yg Maha Esa yg Allah telah merancangkan yg terbaik untuk setiap hambaNya..

alhamdulillah..sebelum ni aku dah terfikir nak masuk Form 6 memandangkan sistem modular yg diperkenalkan sekarang tak membebankan mendorong pelajar-pelajar untuk bersedia menghadapi alam universiti nanti..kira pra-universiti lah ! tapi sebenarnya kalau ikut kata hati aku ni, aku pun tak yakin nak masuk Form 6 ni..tapi,tulah kena fikir sebaik mungkin dulu..esok dah kena daftar masuk Form 6 tapi aku tak ready apa pun lagi..so tak tahu lah macam mana,tengok lah apa yg boleh aku usahakan..doakan yg terbaik untuk saya yep !! tq..

p/s : TAHNIAH untuk kawan-kawan seangkatan yg berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti or matrikulasi ! semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan..Aminn..kepada yg tak berjaya macam aku, hehee..jgn sedih ! Allah's plan is the best..kejayaan & kebahagiaan pasti menanti KITA ! InsyaAllah..

May 5, 2012

We Make A Noise (Part 3)

sambungan daripada entry INI

Petang 26 April 2012
Rancangan kami nak ke Lake Garden mula-mulanya kami tak pasti sebab keadaan cuaca macam nak hujan tak nak hujan je..tapi dalam pukul 4.40 tu cuaca cerah pulak, so kepala otak kami dah set nak jugak pergi Lake Garden menunaikan hajat kami yang nak bergambar sana sini..huehueehuee!!

Dalam 5 minit rasanya perjalanan nak ke sana dari Taiping Sentral..akhirnya tiba juga kami ! so bermulalah sesi 'photoshoot' tak berbayar yg dianjurkan oleh cik Farah & cik Jiha..maklum la aku takde camera secanggih mereka so mangsa pertama yg diorang aim nak jadikan model segera adalah aku ! kihh3..









*candid.!
see my shock face ??! yupp !! waktu ni memang diwajibkan untuk terkejut sebab ada perkara yg tak diingini berlaku..
btw,dalam tengah terkejut tu pun si farah ni sempat tersnap gambar muka terkejut badak aku tu..
aku ternampak.....


nampak tak itu pakcik biawak sedang menjaga kawasan ?? mana tak terkejut kan !
dah la besauu..aku ingat mula2 buayesss darat ! haihh..lintang pukang kami lari..terkejut pun sempat lagi tangkap gambarnye..
untung kau biawak dapat masuk blog tatapan ramai...huehueehuee!

dah penat berlari kami cari port baik punya..tapi tak sampai berapa minit hujan turun mencurah-curah ke bumi..kami lari dan lari dan lari dan terus berlari mengejar mimpi ! pergghh..metafora habess!


dah penat berlari..jom rehat dulu ! then,hujan mengganas kami pun siaplah untuk berangkat pulang..basah lenjun lah kami di dalam kereta ayah jiha..


selamatlah cerita kami...pukul 5.30 petang baru lah sampai ke rumah jiha dan teruskan dengan sesi memanjakan diri di atas katil..layann ! cadangnya esok tu, 27 April nak tengok The Avengers tapi kepenatan masih belum hilang so duduk rumah saja..^_^

p/s : semakin bahagia hidup bila seseorang datang menceriakan hari aku..:)