May 7, 2012

Allah's Plan Is The Best

Hello readers & followers..

Selamat petang semua !! 
harini semua pelajar lepasan SPM 2011 sibuk mengonlinekan diri ke laman web UPU untuk semakan kemasukan termasuklah aku..yess AKU pun turut bersama-sama menyibukkan diri..

bengang mula-mula line busy tak boleh nak check,dalam hati macam dah kata takkan dapat je upu..tapi dalam masa yang sama berdoa mana la tahu ada peluang nak jadi mahasiswi..hueehuehuee!! sejam menunggu akhirnya boleh jugak aku godek-godek laman web upu tu..

and the result was very......!!!


so tak dapat jadi mahasiswi punn...!! yeayy..hihii..
okok..! sebenarnya sebelum check UPU ni aku dah ready mental & physical for not being in an uncontrolled situation..so bila dapat tau yg aku tak diterima masuk matrik,ipg & upu ni takdela sampai frust menonggeng macam ibu hilang anak meroyan tak sudahh...tapi bohonglah kalau perasaan kecewa tu takde sekelumit pun dalam diri ni kan..? cuma apa yg boleh dikatakan, "belajar menerima hakikat" dan fikir dengan positif & secara rasionalnya ! 

mungkin semua ni dah tertulis untuk aku yang aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, tapi percaya dengan diri kita,percaya kepada yg Maha Esa yg Allah telah merancangkan yg terbaik untuk setiap hambaNya..

alhamdulillah..sebelum ni aku dah terfikir nak masuk Form 6 memandangkan sistem modular yg diperkenalkan sekarang tak membebankan mendorong pelajar-pelajar untuk bersedia menghadapi alam universiti nanti..kira pra-universiti lah ! tapi sebenarnya kalau ikut kata hati aku ni, aku pun tak yakin nak masuk Form 6 ni..tapi,tulah kena fikir sebaik mungkin dulu..esok dah kena daftar masuk Form 6 tapi aku tak ready apa pun lagi..so tak tahu lah macam mana,tengok lah apa yg boleh aku usahakan..doakan yg terbaik untuk saya yep !! tq..

p/s : TAHNIAH untuk kawan-kawan seangkatan yg berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti or matrikulasi ! semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan..Aminn..kepada yg tak berjaya macam aku, hehee..jgn sedih ! Allah's plan is the best..kejayaan & kebahagiaan pasti menanti KITA ! InsyaAllah..

14 comments:

hazdnul said...

xpe wan..sbr2... xder rezeki lagi..yup..ALLAH dh plan yg terbaik untuk setiap orang...law masuk form 6 aku doakan unk berjaya t.. gud luck..chaiyok2 my frenzz

wanda said...

@hazdnultq haznul..hihii !

kura said...

boleh mohon utk 2nd intake punya, jgn cepat mengalah :0

wanda said...

tq kura..:) sdg cuba utk bfikir scare positif..:)

Riz said...

Salam,,,
Salam kenal..

*zafirah elfishy* said...

Macam tu la bagus,always think positive,semoga berjaya dalam hidup :)

Myshdorm said...

xpe3..kita senasib...sabo jelah..kecewa tapi xkuar lagi air mata....

wanda said...

@*zafirah elfishy*tq..:)

wanda said...

@Myshdormtakpe..rezeki kita kt lain la tu..:)

MISS Z BERCELOTEH said...

boleh masuk form 6..sapa tahu lpas form 6 giliran awak msuk U

TINA ROSLI said...

Assalamualaikum


bersabar la awak. ALLAH S.W.T sebaik-baik perancang. rezeki dekat mana-mana saja

wanda said...

@MISS Z BERCELOTEH iye..insyaallah klu ada rezeki adalah pluang..:)

wanda said...

@TINA ROSLIyupp btul..thanks tina..:)

fierul said...

usaha lagi ye .. :)

selagi ada tempat yang boleh dikorek ilmunya .. pergi je .. yakin awk msti bole :)