May 16, 2012

Keikhlasan & Kemuliaan

Wahai warga pendidik yang dikasihi
Jerih payah tidak kau hiraukan
Segala cabaran kau tabah tempuhinya
Demi insan yang bergelar pelajar
Mendidik kami tanpa mengenal erti jemu

Kau suntikkan semangat
Agar kami sentiasa berjuang
Menuntut ilmu sehingga ke penghujung 
nyawa
Dan tidak pernah berputus asa

Saat kami jatuh kau bangunkan semula
Saat kami leka kau sedarkan semula
Setiap leteran dan kata semangat yang kau titipkan
Akan kami semat disanubari ini
Akan kami simpan & genggamnya sebagai pendorong kami

Guru..
Jasamu terlalu banyak 
Keikhlasanmu dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa
Begitu mulia sekali jasamu kepada kami
Semoga Allah s.w.t merahmati kehidupanmu
Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian

TERIMA KASIH GURU !!

Diambil secara rawak :-
SK MAHKOTA SARI
SMK SULTAN IDRIS SHAH II
JL KEM PLKN TANGKAS KENDIRI
credit pic to CIKGU SELAN

p/s : mohon maaf dipinta andai diri ini pernah menyakiti atau menyinggung perasaan cikgu-cikgu yg pernah mendidik diri ini..andai ada tingkah laku yg tidak menyenangkan cikgu-cikgu sepanjang mengajar saya..:)


nukilan dari hati,
Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi

1 comment:

hazdnul said...

macam aku kenal lokasi dalam pic num 2 tuh..hahaha