May 11, 2012

Menangani Stress

Hello readers & followers..

Ini 'entry kilat' !

Memandangkan aku dah mengambil langkah untuk menyambungkan pelajaran ke Tingkatan 6, so aku kena menjadi matang dari segi mental,fizikal,rohani & jasmani.

Batch Form 6 2012 Perintis Bagi Sistem Modular (SISTEM BAHARU)

YA ! pembelajaran kami bakal dijalankan sebagaimana cara di universiti (mengikut semester) dan TIDAK LAGI perlu mengulangkaji topik-topik daripada tingkatan 6 bawah untuk menduduki STPM seperti pelajar-pelajar Tingkatan 6 sebelum ini.

*tak perlu tulis panjang-panjang..pandai-pandailah tahu macam mana sistem baharu ni..

Stress??
semestinya sebab terikat dengan peraturan sekolah..
semestinya sebab pakaian masih lagi pakaian seragam sekolah
semestinya sebab terpaksa bekerja keras untuk mencapai pointer yg memuaskan atau tinggi
semestinya sebab 'mind set' seseorang tu tetap dengan "ouhh..ambil Form 6 susah la !"
semstinya sebab 'mind set' sesorang tu tetap dengan perasaan MALU (menganggap Form 6 pilihan terakhir sebab tak dapat tawaran ke mana-mana IPTA,matrik or politeknik..so thats mean diri dia macam tak berjaya)

see?? aku jamin 100% masih ada lagi yg berfikiran macam ni even dah mendaftar masuk Form 6 pun sekarang ! sebab apa? sebab aku pun mula-mula mengalami perasaan yg sama tapi tak berlarutan sebab bila dilihat balik, pembelajaran dekat mana sekalipun ada advantages & disadvantages..normal ok ! 

so korang kalau setakat sebab kena pakai pakaian seragam sekolah sebagai sebab tak nak masuk ke Form 6..cuba korang fikir balik,korang ni dah betul-betul matang atau belum?ke masih lagi berfikiran seperti 'budak-budak'?bukan nak salahkan korang,sebab aku pun sehari sebelum daftar masuk Form 6,aku pun berfikiran yang sama sebab aku paling malas bab-bab nak menggosok uniform sekolah..tapi dah itu yg kita terpaksa terima, dah tak ada benda lain yg boleh mengubah fakta itu ! hewwheww...

percayalah lama-kelamaan korang akan terima jugak semua ini ! cuma bergantung kepada tempoh seseorang itu nak menjadi matang untuk tidak lagi berfikiran sebegini..kalau sampai tamat pembelajaran pun tak boleh terima itu aku tak tahu nak kategorikan macam mana..dan percayalah, pembelajaran tetap sama dekat mana-mana pun..jangan anggap diri tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, anda gagal selama-lamanya ! Fikirlah kebaikan bukan keburukan..

ihsan encik google
Jangan jadikan sebab-sebab yg remeh sebagai punca anda mengalami stress ! Cubalah perbaiki diri ke arah kebaikan..aku berkata sedemikian sebagai peringatan untuk aku jugak bukannya aku nak berlagak ! ini hanya pandangan aku terhadap segelintir rakan-rakan sebaya aku yg ambil Form 6 yg masih lagi tak dapat nak menyesuaikan diri or whatever yg remeh temeh tu..perbaikilah demi kebaikan dan masa depan kita bersama..

p/s : entry ini bukannya untuk Cara-cara Menangani Stress..hueehueehuee !! dan entry kilat ini ditaip secepat mungkin..Terima Kasih!

2 comments:

kura said...

rilek la. jgn lah stress sgt. cool! hehhe

Amalina Ulya said...

entri ni bagus . hehe :)
untuk adik2 lpasan spm .
gunakan peluang yg ada .
tgkatan 6 pun fast track ape , kann ?
(: