May 25, 2012

Semua Merasai Kesedihan Ini

Hello readers & followers..

Hari ni semua benda jadi tak tentu arah...secara automatik aku mengimbau kembali semula kenangan-kenangan lalu.biar apa pun yang terjadi,hubungan antara kami takkan pernah terputus begitu sahaja.
kenangan pahit manis akan terpahat di hati selama-lamanya ! (pergghhh ayatt...nak samad said saja !)

apa yang aku cuba sampaikan??
KUALA LUMPUR - Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal. 
"Syarikat itu meminta perintah mahkamah untuk menyita kem berkenaan berikutan pengusaha kem itu tidak dapat melunaskan hutang kepada syarikat berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis latihan koordinasi senaman tari sempena Himpunan Jutaan Belia di padang Zetro, Wangsa Maju di sini semalam. 
Abdul Hadi menambah, kesemua pelatih akan dipindahkan ke kem yang paling hampir dengan kediaman masing-masing pada 28 Mei ini.Beliau memberitahu, walaupun notis mahkamah itu diterima pada 22 Mei lalu, program di kem itu tidak terjejas kerana hanya peralatan dan kelengkapan kem yang disita.

 Sumber : KOSMO ONLINE

kalau rasa tak cukup lagi...sini pun ada..


Berita Harian 25/5/2012..
kenapa aku sedih??sebab aku one of the trainees there..batch bila?tak la lama sangat,tahun ni jugak..Kumpulan 1 Siri9/2012 pada 1/1/2012-17/3/2012..

banyak dah kami bekas-bekas pelatih Kem PLKN Tangkas Kendiri menyimpan kenangan di kem ni..sobsobbss..! kalau aku jutawan dah lama aku bayar balik semua hutang tu.nanti macam mana aku nak tunjuk dekat anak cucu aku tempat yg dah banyak mengajar aku erti kehidupan dan saling menghormati sesama kaum..huhhh ! kan dah TER skema ayat aku..tolonglahh..kami sayang sama itu kem..:(

salah satu post dari bekas pelatih
kalau nak diceritakan satu-satu,memang ramai lah post sedih-sedih kat group plkn tuh..

p/s : semoga para pelatih & jurulatih Kem PLKN Tangkas Kendiri Sauk,Kuala Kangsar tabah & sabar menghadapi semua ini..mana tahu di tempat baru nanti lebih baik dan menambahkan pengalaman kalian..be happy !

2 comments:

mastura aziz said...

nice blog...follow wan..jom follow balik.
http://strawberrysgurls.blogspot.com/

Hafiza Izati said...

Saya laa mangsa yang kena berpindah ke kem lain T_T