Jun 24, 2012

These All From Sabah Borneo

Hello readers & followers..

Salam hujung minggu..Salam 1Malaysia ! 

hujung minggu sila rehatkan diri serta minda anda daripada segala kekusutan yang melanda..peace no war !

btw,I'm not going to tell uolss yg iolss pergi bercuti ke Sabah ye..maklum la iollsss tak berkesempatan lagi nak terbang terbang ke udara lagi..masih belum ada rezeki..doa-doakan saja lah ye..:)

baru-baru ni aku dapat souvenirs from my kenalan rapat or someone lah ye..saudara?kawan?teka..teka ! hewhewheww..dia ada kerja kat sana and as usual,kalau ke Sabah mesti terus terlintas 'mutiara Sabah' ye dokk?? someone ni sambil-sambil ada tugas kerja kat sana,dia berkesempatan lah memborong sebentar..

beruntungnya,even aku tak berkesempatan ke sana,dapat rasa souvenirs from Sabah pun jadi la bahh..berkilau mata nak memilih tau..and the result was....



ni yang iolss pilih ye..banyak sangat pilihan sudahnye ini yang digapai..



ini pilihan akak aku..taste dia yg banyak-banyak warna gitu tapi tetap cantik menarik kau memang da bombb lah mutiara sabah..:)

ikutkan hati nak je aku kebas semua tapi otak ni waras lagi la..nanti banyak-banyak buat koleksi aje la tak tahu nak pakai bila kan ? so dah dapat pun kira bersyukur la even diri ni tak dapat nak terapung kat udara lagi..kehhkehhkehh..btw,a big thank you untuk si kakak yg bagi souvenir ni ye..
(dalam hati berdoa mudah-mudahan satu hari nanti dapat merasai keindahan semula jadi kurniaan Allah swt di negeri lain..amiin..)

p/s : InsyaAllah awal bulan Julai wan dan kakak akan menjalankan perniagaan perfume yang diambil khas dari pengilangnya..untuk lelaki & perempuan.antara jenama yg ada Escada,Gucci & banyak lagi..cuma permulaan hanya dibuat melalui 'Direct Selling'.dan kemungkinan akan membuat jualan secara online..sesiapa yg berminat boleh la menghubungi kami..sebarang maklumat akan diberitahu kemudian..TQ

Jun 22, 2012

Jangan Benci Cinta

Salam Jumaat..

Baru sudah layan telemovie dekat TV3 yang buat aku sentap bagai nak rakk..tengah-tengah layan Jangan Benci Cinta ni,tetiba hati terasa syahdu dan sayu dengan lagu yang diselitkan di pertengahan cerita. dah la sebak dengan jalan cerita tak habis lagi, tup tupp dah tambah kesayuannye pun aduii..tak perasan cerita ni tahun bila punya sebab Raja Farah pun masih muda lagi gamaknye..adi putra pun kurus lagi nokss.. kelasss uollsss..iolss suka tau ! :)banyak pengajarannye..


Jun 16, 2012

Kenapa Assignment Susah Nak Siap Dengan Cepat?

Hello readers & followers..

Fuhh..fuhh..fuhh..! lega rasanya segala nota is completely DONE ! cumanya kerja-kerja yg perlu aku mengerah idea je yang tinggal but its ok,malam ni boleh buat..bersengkang mata sampai pagi pun boleh sebab tomorrow is cuti..:)

nota ni nak kata lambat nak siap tak jugak sebab nota buat as a rujukan utk kita mudah faham..so buatlah bila & macam mana pun cikgu just right,faham tak faham lain cerita sebab yg nak study untuk exam is me bukannya cikgu..hewhewwhew !

kalau ikut style aku, buat dulu nota sebelum nak buat latihan bebagai..bila nota siap dulu,then kita buat revision sikit baca yg penting baru boleh nak teruskan dengan latihan..yg masalahnya sekarang,cepat atau lambat nak siapkan assignment tu je..

Kenapa assignment susah sangat nak siap dengan cepat ?
ni aku tahu bukan setakat jadi masalah aku,but almost semua students yg ditugaskan siap assignment..menjadi lagi malas bila assignment perlu ditaip..sebenarnya tak susah bila taip,tapi punca malas :

*bila bukak Microsoft Word or Power Point..benda wajib bukak is..

bukak internet,tab kemain kau banyak bukak..

see..belum masuk tab youtube segala kejadahnya lagi..habis segala word segala power point kau tinggal..kononnya bukak internet cari information..tapi tangan tu lagi gatal nak bukak jugak laman so-sial itu..hehee ! penyudahnya assignment yg tertinggal dekat mcrosoft word/power point tu intro pun tak siap sepenuhnya lagi kot..kihkihhkihhhh

tuptupp..sedar sedar je dah sampai due date lecturer nak..kelam kabut makk kauu..baru sibuk nak cabut bulu ketiak taip lelaju sampai 1000++ km/j kan?hahaa..lepas tu cerita satu dunia kau stress kerja tak siap-siap ! *macam aku je tu gayanye..

ihsan google..kau hadoo??

tudia buku tebal gila habaq hangg..sapa pernah dalam situasi macam ni?its not good for you ok ! pesanan ikhlas ini untuk penulis blog ini juga..huehuee!

ihsan google..
jangan stress stress ye nokk..?senyum sokmo dehh..:)
*tapi kalau tak sebab internet ni,kalau yang malas tu malas jugak la..tak dapekk nak nolongnye..

p/s : perkara ini takkan berlaku kepada si ulat buku atau yg memang jenis punctual gila vavii..yg pasti aku tergolong dalam kalangan mereka yg seperti ini..hohoo !

Jun 14, 2012

Sabar Bersabar Kesabaran

Bersabar itu perlu.

Firman Allah swt :
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
 Setiap kali teringatkan ayat ini,rasa marah dan sedih atau secara menyeluruh perasaan geramji dalam diri ini sedikit demi sedikit hilang kerana ayat ini memberi motivasi dalam diri ini.

Ya,sejak kebelakangan ini pemilik Blog Miss Wanda yang bernama Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi ini sedang hebat ditimpa ujian demi ujian yang melanda. Kalau ikutkan nafsu ni, memang setiap masa setiap saat nak je mengeluh mengeluh dan mengeluh....tapi apa yang kita dapat dengan keluhan ?

bila ditimpa masalah, nak uruskan sesuatu masalah mesti mengambil masa yang lama..jadi aku kena sabar dan terus bersabar. kena tingkatkan lagi tahap kesabaran supaya iman ini sentiasa menang. 


percayalah..
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
ya..ini yang sedang penulis alami...bersabar bersabar bersabar..

apa yang sedih sekarang ni, masalah yang penulis alami ini melibatkan pengurusan pertukaran penulis dari tempat sekarang ke tempat yang lain..'tempat' yg penulis tak pasti boleh terima suasana itu atau pun tidak. keserasian dengan tempat sekarang membuatkan penulis berusaha menghantar surat rayuan ke pihak atasan.

"Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan rayuan ini secepat mungkin agar hamba-Mu ini dapat meneruskan perjuangan di tempat sekarang yg sudah serasi dengan diri ini.." Aminnn...


p/s : penulis berharap pembaca blog ini dapat mendoakan penulis tabah menghadapi dugaan ini..supaya proses rayuan penulis untuk kekal di SMK Sultan Idris Shah II berjalan lancar dan dapat meneruskan pembelajaran Pra-U seperti biasa..

Jun 8, 2012

Segmen : Bloglist With Yana

Hello readers & followers..

Taknak merepek banyak-banyak..jom join segmen sis Yana ni.

Klik SINI kalau mau join..
Link blog : Miss Wanda
Link twitter : wan_nursyahirah
Link page : Blog Miss Wanda

gambar saya ?alaahh...MALU ^_^ hehee

ok ini gambar gedik+mesti hampa menyampah..HAHA
ini gambar confirm bajet ayu dgn berbaju kurung..:D
ok dahh..terover lak letak sampai dua gambar sendiri..:)

Jun 7, 2012

Remember Childhood Time

Hello readers & followers

"Childhood Is A Time Of Innocence"

Tak percaya ?? korang refresh balik zaman kanak-kanak korang macam mana? benda yang tak kelakar pun kau kata kelakar..gelak guling-guling sampai tak cukup tanah ! ok..hiperbola semata-mata.

sebenarnya aku saja nak share lagu-lagu yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak aku..ehh,korang pun sama kot ?! dengar lagu comel-comel sikit gelak sesorang nyanyi sesama dengan tv..hewhewheww.(sekarang pun sama rasanya cuma genre yg berbeza)








comel kan lagu ni?kalau waktu muzik,mesti cikgu muzik tu selitkan jugak lagu bahasa Inggeris.then murid-murid pun nyanyi la terjerit-jerit even grammar,sebutan semua tunggang tebalik lidah berbelit nak menyebut..yelahh budak-budak baru nak belajar bahasa antarabangsa..hehee!

tak kurang jugak lagu-lagu bahasa Melayu contoh Rasa Sayang,Kereta Kecil Warna Merah and macam-macam lagi..

lagu ni..ingat??HAHAA



banyak lagi sebenarnya nak list kan lagu zaman kanak-kanak dulu..seriously awesome and like crazy ! memang tak malu pun nyanyi masa tu depan orang ramai pun boleh terpekik terlolong..tapi dah besar ni tetiba jadi pemalu..*ok tipu semuanya..!

p/s : nak kembali zaman kanak-kanak semula tapi apakan daya umur dah meningkat..ceewwaaahhh!

Jun 6, 2012

Wordless Wednesday

"Kadang-kadang perangai atau sikap seseorang tak dapat kita selami & fahami..Tapi belajarlah memahami mereka. Apa pun sebelum memahami diri orang lain,selami & fahami diri sendiri terlebih dahulu supaya sedar akan kekurangan & kelebihan kita. Maka, dapatlah kita fahami hati budi serta sikap orang lain dan menilai dengan sebaik-baiknya."- Wan Nursyahirah