Jun 14, 2012

Sabar Bersabar Kesabaran

Bersabar itu perlu.

Firman Allah swt :
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
 Setiap kali teringatkan ayat ini,rasa marah dan sedih atau secara menyeluruh perasaan geramji dalam diri ini sedikit demi sedikit hilang kerana ayat ini memberi motivasi dalam diri ini.

Ya,sejak kebelakangan ini pemilik Blog Miss Wanda yang bernama Wan Nursyahirah bt Wan Mohd Rasdi ini sedang hebat ditimpa ujian demi ujian yang melanda. Kalau ikutkan nafsu ni, memang setiap masa setiap saat nak je mengeluh mengeluh dan mengeluh....tapi apa yang kita dapat dengan keluhan ?

bila ditimpa masalah, nak uruskan sesuatu masalah mesti mengambil masa yang lama..jadi aku kena sabar dan terus bersabar. kena tingkatkan lagi tahap kesabaran supaya iman ini sentiasa menang. 


percayalah..
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
ya..ini yang sedang penulis alami...bersabar bersabar bersabar..

apa yang sedih sekarang ni, masalah yang penulis alami ini melibatkan pengurusan pertukaran penulis dari tempat sekarang ke tempat yang lain..'tempat' yg penulis tak pasti boleh terima suasana itu atau pun tidak. keserasian dengan tempat sekarang membuatkan penulis berusaha menghantar surat rayuan ke pihak atasan.

"Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan rayuan ini secepat mungkin agar hamba-Mu ini dapat meneruskan perjuangan di tempat sekarang yg sudah serasi dengan diri ini.." Aminnn...


p/s : penulis berharap pembaca blog ini dapat mendoakan penulis tabah menghadapi dugaan ini..supaya proses rayuan penulis untuk kekal di SMK Sultan Idris Shah II berjalan lancar dan dapat meneruskan pembelajaran Pra-U seperti biasa..

1 comment:

Nur Cahaya said...

hope wanda bnyakkn b'sabar dlm setiap ujian yg mndatang...<3<3
jom jenguk cahaya kat cnie..
http://nurcahaya0812.blogspot.com/2012/02/belajar-untuk-memaafkan-orang.html