Jul 28, 2012

Terima Kasih..

Alhamdulillah...

cuma perkataan ini saja yang mampu aku luahkan sebaik tibanya hari ulang tahun aku yang ke 18 hari ini.(ohhmaiii..dah tua !)


sepanjang 18 tahun hidup,aku dikurniakan sebuah keluarga yang penyayang dan sentiasa memahami,memberi sokongan bila aku dalam situasi up & down..terima kasih mak,abang,akak & adik ! I heart uolls...:)


dalam usia 18 tahun ini juga Tuhan perkenalkan aku dengan rakan-rakan yang pelbagai kerenah tak kira lah asal usul,latar belakang mereka dari keluarga yang macam mana..aku dapat menilai mana satu sahabat yang sejati,mana satu musuh dalam selimut dan mereka yang benar-benar setia berada di samping aku tak kira susah atau senang mahupun kawan yang hanya berada dengan aku ketika diperlukan dan terus melupakan aku tatkala mereka sudah temui kebahagiaan...semoga Allah merahmati hidup kalian.:)

di usia ini juga aku telah diuji dengan pelbagai ujian daripada-Nya dan aku pasti andai umurku masih panjang..,masih banyak lagi liku-liku kehidupan yang perlu aku lalui untuk meneruskan dan menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan aku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil disisi Mu.
semoga aku tabah menghadapi segala ujian Mu ya Allah..aminn.

khas buat keluarga,sanak saudara & rakan-rakan..

ok I know this is very annoying & gedikss one..

terima kasih buat kalian di atas ucapan ulang tahun wan yang ke 18..rakan-rakan yang memberi ucapan di fb(walaupun aku tahu korang wish sebab reminder di fb tu yg bagitahu) terima kasih sangat-sangat,di twitter mahupun handset..dan untuk sesiapa yg memberi ucapan melalui handset tu, A BIG SORRY tak dapat membalasnya..hehee ! maklum lah dah sebulan tak topup muka aku ni memang muka tak reti nak hargai kemudahan teknologi but don't worry, I'll try my best to reply on fb..^__^




 thank you...thank you..thank you..!



Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak !


p/s : orang kata umur 18 tahun ni dah umur remaja bukan under age lagi dah..dalam usia macam ni la kita kena tabah dengan segala cabaran di luar sana supaya sentiasa berada di landasan yg betul..tak terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yg tidak akan menjamin masa depan kita..usia remaja penuh dengan pancaroba..:) so kita harus bijak menilai mana baik dan buruk.




1 comment:

Nelly The Strange said...

salam ramadhan wanda !
dah besar dia . :p