Aug 27, 2012

The Happiness Is Owned by Us

Assalamualaikum semua...

so how's your Eid Day??happy??simple??tak semeriah sebelum ni or 'over meriah'??whatever it is,I'm here just wanna wish u all

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

semoga Syawal yang dirai memberi seribu satu makna buat kalian dan keluarga tercinta.dan sesungguhnya hari ni hari yang paling malas untuk kita memulakan tugasan masing-masing di tempat kerja/belajar setelah seminggu beraya sakan sebabnya hati di kampung halaman..;)

ohh please..please...kembalikan semangat aku! harini aku masih lagi extend cuti..hehee.jangan jealous uollsss !

now,I want to thank to all my lovely families & friends yang sudi datang ke rumah saya...korang tersangatlah awesome !! i loikee..

before revealing the pictures of my members,let me post the pictures of my family..
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" kepada semua followers & readers blog ni.ikhlas daripada Wanda & families...


dari kiri;adik,mak,aku,kakak..tapi sayangnya orang akan ingat aku ialah kakak! betapa matured nye gua..


dari kiri;abang adik aku & kakak..ze sibling !;)


ze families...ini semua sebelah omakk nye gua ! aunty,cousins,niece,nephew,semua ada dalam gambar ni..tapi tak semua sebab ada yang tak balik,raya rumah mak mentua..hehee


ze families....ini sebelah arwah abah nye saya ! ze uncles..ze aunties..ze nephews..ze niece..ze cousins dan segala zee yg ada..thank you kamu-2 semua sudi datang ke rumah kami..hehee! tapi ada lagi families yg tak ada tak dapat join bersama..miss them so much !


see my lil bro at the front...looks like he was very excited in this picture ! LOL..semua bersungguh-sungguh duduk rapat-2 nak bagi muat masuk dalam gambar..hikkss


p/s : sakan beraya,blogshop pun tak terupdate...nanti akan diaktifkan semula nak mempromosikan produk yg ada.


Aug 12, 2012

Ini Kerja Tahap Maksima Punya Bosan

Hello readers & followers..

suddenly I found it via facebook..and sekali gus terasa nak gelak guling-guling bila ingat kenangan ni tahun lepas punya cerita.

memandangkan muka-muka kami...siapa kami??(sila scroll ke bawah)


4 sekawan yang tak tahu la kenapa bila waktu-waktu pembelajaran subjek yg berkaitan dengan Sains je mesti akan tersangkut di pertengahan waktu ! ohmaiii..adik-2 sekalian jangan tiru habit kak wan kau and the geng ni ye..

Chemistry,Physics,Biology & Add Math...

jangankan kata stress,lebih teruk lagi kami boleh buat kilang tahi mata dalam makmal biology,makmal physics & makmal chemistry..cikgu-cikgu pun dah nak tercabut gigi tegur kami anak-anak dara yang selalu letih jadi suri rumah tolong mak ni haa..(kononnye)

tapi bila dah hampir-hampir nak SPM baru kami push diri kami untuk tidak ketiduran di dalam kelas dan cuba buat sehabis baik setiap latihan yg cikgu kasi..ouhhh,ini lagi satu bad attitude yg tak perlu dicontohi oleh adik-adik yang nak exam tahun ini..

but one day,bila dah push last minute,nak faham balik the previous topic yg selalu je ketiduran bila cikgu ajar,kami menjadi sedikit biol di makmal biology ketika itu..maka datanglah idea yang entah betul ke tidak otak kami waktu tu,ada lah salah seorang rakan wan yang...
errr...tak dapat nak diklasifikasikan macam mana..

haishh..
tengok je lah apa jadi dengan dengan tulang temulang yg dah diubahsuai ini..


lokasi kejadiannya adalah di dalam makmal biology tahun lepas bertarikh 18/8/2011..
AUGUST??
yupp..lagi dua bulan nak exam baru kami struggle habis habisan...and result SPM pun berbaloi dengan usaha last minute kami tu..so watlek sudahh..semua ok ! hehee..

nice pose from that skeleton ! gaya dia macam terkejut sambil berkata "OMG..!!"  sampai terkangkang..ooppsss ! adakah ini sesuai untuk above 18 only ?? hahaa..

and actually bukanlah kami berempat je..ada jugak kerjasama daripada classmates..nampak sangat united of 5SC1 kan??hehee..cuma ideanya daripada geng iolss la..
kerja-kerja pengubahsuaian ni dilakukan ketika dah habis kelas biology..cuma kami keluar lambat sikit la daripada Mdm Noraini yg kami kasihi tu..

agak-agak ada cikgu lain yg guna makmal lepas tu terkejut tak? sesungguhnya kami tidak tahu menahu kesudahan nasib skeleton yang berposing seksi itu..ahh rindunya zaman bersama rakan-rakan ini..


sporting classmates of 2011 ! :)


Aug 5, 2012

They Are Super Duper Cute !

Hello readers & followers..

"Kucing antara haiwan yang dikatakan amat memahami perasaan kita terutama ketika kita bersedih. Sifat kucing yang jinak dan manja dapat memberi ketenangan jiwa dan menimbulkan mood yang ceria."

ayat ni di ambil dari blog Arisyahjahirah di ruangan tips.

bila aku is in an unstable mood,rasa macam nak hempukss itu semua muka yang ada depan mata..aku akan cepat-cepat keluar belakang rumah.
sebab apa belakang tak depan?
this is because kucingss semua berada di belakang rumah bukan di halaman depan rumah ye..
kucing belaan?
bukan sama sekali..kucingss belaan semua dah mati and ada yang hilang..sedih ! so sadiss..
kucingss jalanan lah yang menjadi peneman.tapi mereka ni bukan la kategori jalanan sangat sebab nasib mereka terbela juga.penghuni taman perumahan ni semua murah hati..ada makanan lebih diberi kepada kucingss ini..

kehidupan kucingss ini banyak dihabiskan di belakang rumah aku.nak kata aku ada jampi suruh diorang melekat kat rumah aku ni tak jugak,tapi mungkin faktor persekitaran belakang rumah aku ni kot..

they're one happy family..cute kittens ! they're just be borned by their
mom..#ohmyenglish
anak-anak itu baru saja diberanakkan..nak jalan pun in trouble lagi.and see!it looks like they're seeking for some food..pity them.


and no wonder la this cute kitten play hide and seek when my lil brother tried to snap her/his pic...?still afraid and sometimes the kittens ada hati nak marah konon..btw,I still can't recognize their gender..hewheww!

inilah caranya mereka meluangkan masa lapang..:)


ouhh ye..i love this pic very muchyy muchyy..did you see?


ohmaiii....so cute beb ! i adore you..
see..segala tension nak exam next week hilang seketika bila bersama awekss dan pakwess ini semua..
baru 2 bulan lebih dah nakal..dah besar nanti tak tahu la nakal macam mana lagi dahh..semputtt!!

p/s : doakan kejayaan saya untuk menghadapi peperiksaan minggu depan..:)

Aug 3, 2012

Perkongsian Semasa


Assalamualaikum to Muslim's reader...

entry kali ni bukan untuk merepek yang bukan-bukan atau hanya bercakap kosong.tapi untuk berkongsi dengan kalian-kalian semua berkenaan dengan satu website yang memberi kemudahan untuk muslimin & muslimat semua lebih mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih terperinci..

"dunia akhir zaman..."
ayat ini selalu kita dengar..tak dapat dinafikan sudah banyak petanda kecil mahupun petanda besar kiamat sudah berlaku di depan mata kita sendiri tanpa kita sedari..
bila berlaku perkara sebegini,ramai dalam kalangan kita mulai sedar dan berlumba-lumba menuntut ilmu sebagai bekalan di akhirat sana..
tak kurang juga perkara yang tak sedap didengari,perilaku manusia atau apa saja yang berlaku bila disebutnya "dunia akhir zaman.."

hari kiamat itu pasti,tapi kita tak tahu bila ianya berlaku kerana Allah swt Maha Mengetahui segalanya...

di sini, wan hanya nak berkongsi dengan korang semua website yg memudahkan untuk kita mempelajari Al-Quran..



sambil beronline,apa salahnya kita layari terus website ni..gunakan kemudahan yg dah tersedia..
bagi yang kurang rajin untuk membaca kitab suci Allah,now semuanya berada di hujung jari..selain mempelajari sebutan dan semuanya,kita pun boleh mengetahui makna bagi setiap baris ayat yang dialunkan..
hanya pilih surah apa yang korang nak baca,terjemahan dalam bahasa apa,and then press button play dekat bawah tu nanti..korang boleh mendengar dan mendalami segala makna yang terkandung..pendek panjang sebutan tersebut and so on..

ya,dunia akhir zaman...macam-macam kemudahan untuk umat muslimin dan muslimat untuk sentiasa dekatkan diri dengan Allah..sambila bermuka buku,bertwit,sekali sekala gunakan kata-kata dunia di hujung jari untuk mendalami ilmu agama..

jika nawaitu kita ikhlas kerana Allah swt,insyaAllah akan temui jalan-Nya..
akhir sekali,wan bukanlah sempurna dalam ilmu agama tapi hanya ingin berkongsi apa yang wan dapat & pelajari.. rasanya dengan kemudahan Al-Quran online ni,semua dalam kalangan kita akan sentiasa mengingati Allah swt.

sekian..:)

p/s : yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk itu datang daripada wan sendiri..