Aug 3, 2012

Perkongsian Semasa


Assalamualaikum to Muslim's reader...

entry kali ni bukan untuk merepek yang bukan-bukan atau hanya bercakap kosong.tapi untuk berkongsi dengan kalian-kalian semua berkenaan dengan satu website yang memberi kemudahan untuk muslimin & muslimat semua lebih mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih terperinci..

"dunia akhir zaman..."
ayat ini selalu kita dengar..tak dapat dinafikan sudah banyak petanda kecil mahupun petanda besar kiamat sudah berlaku di depan mata kita sendiri tanpa kita sedari..
bila berlaku perkara sebegini,ramai dalam kalangan kita mulai sedar dan berlumba-lumba menuntut ilmu sebagai bekalan di akhirat sana..
tak kurang juga perkara yang tak sedap didengari,perilaku manusia atau apa saja yang berlaku bila disebutnya "dunia akhir zaman.."

hari kiamat itu pasti,tapi kita tak tahu bila ianya berlaku kerana Allah swt Maha Mengetahui segalanya...

di sini, wan hanya nak berkongsi dengan korang semua website yg memudahkan untuk kita mempelajari Al-Quran..



sambil beronline,apa salahnya kita layari terus website ni..gunakan kemudahan yg dah tersedia..
bagi yang kurang rajin untuk membaca kitab suci Allah,now semuanya berada di hujung jari..selain mempelajari sebutan dan semuanya,kita pun boleh mengetahui makna bagi setiap baris ayat yang dialunkan..
hanya pilih surah apa yang korang nak baca,terjemahan dalam bahasa apa,and then press button play dekat bawah tu nanti..korang boleh mendengar dan mendalami segala makna yang terkandung..pendek panjang sebutan tersebut and so on..

ya,dunia akhir zaman...macam-macam kemudahan untuk umat muslimin dan muslimat untuk sentiasa dekatkan diri dengan Allah..sambila bermuka buku,bertwit,sekali sekala gunakan kata-kata dunia di hujung jari untuk mendalami ilmu agama..

jika nawaitu kita ikhlas kerana Allah swt,insyaAllah akan temui jalan-Nya..
akhir sekali,wan bukanlah sempurna dalam ilmu agama tapi hanya ingin berkongsi apa yang wan dapat & pelajari.. rasanya dengan kemudahan Al-Quran online ni,semua dalam kalangan kita akan sentiasa mengingati Allah swt.

sekian..:)

p/s : yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk itu datang daripada wan sendiri..

No comments: