Dec 13, 2012

What Else To Do?

Assalamualaikum wbt & hello readers...

How's your day?semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya..aminn..!Alhamdulillah,cuti yang panjang ni wan tak rasa bosan,tak rasa pun macam seronok sangat,tak rasa malas dan tak la rajin sangat..senang kata,"yang sedang-sedang saja..." Eh dah macam menyanyi dangdut pulak dah..

semua sedia maklum kan cuti sekolah bermula 10 November yang lepas...(eh,sekolah lagi aku tapi dah 18 tahun,pra-u la kata kan pakai uniform sekolah nampak muda sikit kot.hihii)entah la ada yang tak tahu ke apa kan.budak-budak SPM & STPM terminal pun dah habis ber-exam rasanya..kalau ada yg belum,good luck korang!
hurmm..semestinya ada yang dah mula merungut bosan kan..selalunya rasa bosan je online fb or twitter.tapi bila online bosan pulak dah..tapi offline bosan lagi,online balik bosan jugak?ini kritikal dah ni kot..just go and find other activities that make you feel enjoy and happy!

tak tahu apa nak buat?nah ni sikit yang wan boleh kongsikan dengan adik,kakak,abang,pakcik,makcik,atok,nenek,moyang semua..

1.Baca novel..
ni selalunya gegurl gegurl la yg selalu feeling ala-ala romantik gitu ye dokk?tapi laki pun dah ada tau sekarang yang berjinak dengan novel..haa,yang perempuan tak payah nak buat muka pelik seposen bila nampak kawan lelaki korang ke,abang ke,sepupu laki ke yg bermanja dengan novel..diorang pun ada 'heart & soul' tau tak?yaa..tengah baca-baca tu mula la bayangkan diri tu heroin/hero dalam novel tu kan...apa ingat wan tak tau ke?sebab wan NoveLover tau..apa tak percaya?


sometimes sampai terbawa je watak tu..eh,tapi bukan selalu tau nanti korang ingat wan syok sendiri pulak..now wan berusaha habiskan novel ni..



membaca pun satu aktiviti,boleh timbulkan rasa seronok dalam diri seseorang..tapi bukan untuk mereka yang tak suka membaca.hahaa!

2.Jogging/walking...
Err...agak-agak kalau rasa cuti ni boleh menternak lemak korang menjadi berkilo-kilo,dengan rasa rendah dirinya wan menyeru korang untuk segera berjogging..hikhokk!!Sebenarnya wan takde la rajin sangat nak berjogging..cuma sekali sekala ambil angin pagi tengah padang kan fresh..sambil cuci mata..eh,hahaa!



Hehh.Antara ayat paksaan berbaur ugutan yg diterima daripada jiran wa ni haa..Hakikatnya tak belanja sesape pun.Macam aku ni malas sangat je kan? Hahaa..
Macam-macam jenis kawan wa berjogging bersama.Tapi yang pasti lepas jogging sarapan nasi lemak..ouhh,sangat tidak berhasil!Hahaa..So korang yg nak jogging tu sila jog sampai pengsan dan sarapan ala kadar je.:)

3.Mencari 'kudapan' di kenduri kendara..
Hehh.Kudap kau kata...kat kenduri tu semua makanan yang boleh bikin perut uollss macam ikan buntal kalau diambil ikut nafsu makan hengkorang semua.So carilah kenduri mana yg ada pergi serang ye..belek la kad jemputan kahwin mana yg ada kat rumah janji jangan kad jemputan doploh tahun lepas zaman mak ayah hengkorang menikah!Ok bab kenduri ni wa tak suka sebab jemputan yg ada semuanya time wa ada hal..ada la pergi kenduri doa selamat anak maklong berkhatan beberapa minggu yg lepas..


hehehee..gambar before tu muka cuak kemain sampai terkeluar gigi arnab tu hoo.. sambil pakcik wa saja nak tenangkan dia.gambar after dah macam orang mabukss je..masih di bawah pengaruh ubat katanya..tapi dia ni 4 hari baru,dia dah cycling ronda kampung..ishh ishh ishhhh...hebat sungguh! Ok,takde apa yg menarik..banyak terlepas kenduri..kalau pergi pun tergesa-gesa,hanya memenuhi undangan saja.;)

Banyak lagi sebenarnya..macam kawan wan ramai yg pergi kerja part time,pergi vacation,school driving..bagi yg tak reti-reti lagi nak memandu tu..*aku la tu* cuma pengecut nak belajar je.Hahaa..cari lah benda alah apa yg berfaedah.Cumanya,jangan merempit klu nak merempit cari litar lumba,jangan berzina kalau nafsu tak dapekk nak nolong pergi menikah untuk rasa yg halal..*ehh* Jangan nak jenjalan cari pasal klu rasa nak marah istighfar or pergi restoran cari makan terus..and whatever je lah ye..

Selamat bercuti sekolah adik-adik semua,
Selamat bekerja pakcik makcik abang kakak..
 ~_~

p/s : jogging pagi tadi dapat cuci mata jumpa abang kacak badan ketak-ketak! Hahaa..bye,Assalamualaikum :)