Dec 2, 2013

Goodbye and thank you memories

Alhamdulillah.. semuanya sudah berakhir. The STPM is...
The End...

Masa habis SPM dua tahun lepas, macam yakin je yang diri ni dah takkan sarung uniform sekolah lagi. Macam confirm je kononnya..tapi dah nasib badan. Result masa SPM yg dulu tak berapa nak bagus kan so tercampak lah beta ke lembah form 6. Mula-mula macam yakin je kata "ouh lepas ni aku takkan masuk form 6.rimas kot dah besar nak pakai uniform sekolah bagaii..."

guyss..believe me! 
sometimes apa yg kita tak suka dan selalu disebut-sebut tu la yg akan kita hadapi.frankly said, aku dulu selalu pandang rendah terhadap form 6.maybe because I wasn't too matured enough to judge something?? maybe jugak dulu aku selalu tengok senior-senior yg masuk form 6 ni macam seksa diri tahu?? dah besar but still nak beruniform sekolah.

tapi itu semua duluuu...
bila habis SPM dua tahun lepas, tetiba dengar pulak berita kata form 6 dah guna sistem modular(semester), aku macam tertarik.mana tak nye, before this form 6 semua macam nak mati la study dari lower six to upper six then hujung tahun baru exam penting. but actually I think sistem baru lagi membunuh pelajar,bezanya sistem baru bagi peluang utk students repeat paper yg dapat result tak memuaskan untuk semester yg lepas..berbanding dgn sistem terminal yg takde peluang nak repeat dah. It's okay la, masing-masing ada pros and cons. sistem sekarang ni dibahagikan ikut semester,sepanjang setahun setengah kau menghadap persekitaran sekolah,makanya kau kena tempuh macam-macam cabaran utk 3 semester. Ada fahamm ?? Faham bagus,tak faham pergi mampus.. ehhh, sorry. Joke!! Heee..
Jadi..bila dah berani ambil keputusan masuk form 6 ni,secara tak langsung otak aku ni buat throwback kononnya macam tak sangka yang sebenarnya aku masuk form 6. 
"tulaa dulu kau pandang rendah kan?? sekarang kau yg terpegun dengan kelebihan yg ada bila masuk form 6 ni.kau jugak yg sedih nak habis form 6,kau jugak sedih nak berpisah dgn kawan-kawan & cikgu-cikgu" cakap depan cermin.

adik-adik,pleaseeee..ubah mindset korang yg kata form 6 tu last choice bila korang tak berjaya masuk universiti lepas SPM hokayyy??itu semua bisikan syaitonnirrojimmmm..Hahahaa. Terbuka untuk semua tau??Ada je straight A's SPM masuk form 6 ni. serious ahkakk tak tipu dikk..believe me.*kenyit kenyit mata*

Sekarang ni bila dah start menanam anggur ni mula nak rindu kawan-kawan ni. Form 6 dah berjaya buat aku taknak keluar dari sekolah. bukan apa,rindu bergelak ketawa,bergurau senda dgn kawan je..and yg penting nak berdebat dengan cikgu.huahahaa..

ouhh..i-Sedih sebenarnya. ini je yg mampu mengubat kesedihan.. sobbssss.



suka sangat buat perangai yg tak berapa nak senonoh classmates. rindu okay rindu?? aku rasa macam nak putarkan semula masa-masa sebelum ni so boleh lahh aku bergelak ketawa 24 hours non-stop!! serious dgn classmates aje yg boleh buat segala jantung hati limpa usus kecik usus besar dalam badan ni bergerak-gerak ketawa. Kira macam waktu belajar pun main-main,waktu main pun main-main..ehh?? tak sangat laa..
kami pun ada masa serious tahu?? kalau nak kata gaduh baik gaduh baik tu mmg selalu sampai rasa macam nak tampaq bontot sorang sorang. ehh okayy itu melampau! 



Ya Allah..tengok gambar ni rasa macam nak masuk dalam gambar. Betul la tu kata yuna,setiap gambar ada ceritanya kononn..tapi ishh memang betul pun. Tengok gambar time main bola jaring tu,terbayang-bayang balik apa yg berlaku waktu tu. Huuaaaa...meroyan rasa tengok gambar zaman sekolah sepanjang form 6 ni!!


and I love this sooooooo much!! Such a big honour for me. Terharu rasa sepanjang menyumbangkan tenaga dan idea dalam Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U ni..acewaahhh gaya macam busy je padahal treasury assistant je pun. Tapi..yg ni la pun guru penasihat selalu cari sampai rasa nak lari sembunyikan diri. Haahahaa..


Hmm..speechless dah tak tahu nak luahkan rindu macam mana. Terima kasih sahabat kerana kalian dah mencipta 1001 kenangan pahit manis suka duka hidup bersama sepanjang form 6 ni. Semoga kalian semua berjaya hendak-Nya. Semoga Allah memberkati hidup kalian dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Thank you too all my teachers.. Thanks for teaching me..May Allah bless all of you. 
Keep smiling :))

Never allow little things to spoil a friendship. Overlook offence if possible. Confront it if necessary. But always forgive.



Sep 14, 2013

Seronok bila balik kampung

Salam cantik dan kacak semuaaaa...

Alhamdulillah mampu lagi jari-jari comel kemetot aku hasilkan coretan di blog. Maklum saja lah busy dengan assignments, rasa dah tak cukup kedeghaattt nak membebel kat sini. Saat aku menaip entry ni, hujan bukan main lebat sungguh di bumi Gerik ni haa.. lebat-selebatnya. Rasa angin sesejuk ni terus rasa macam bersemangat waja pulak kan nak menulis entry ni haa.. and terus teringat suasana kat kampung yg asli gila, jauh daripada segala pencemaran kat bandar tuuu.. rindu pulak kumpul reramai dengan the cousins tu kann. 
k, iollsss is sad. Rindu kampung halaman opah-opahku di Lenggong.

Yes, dua-dua opah di kampung yg sama. Senang jalan.. hewheww. Bila dah rindu kampung ni, faham-faham je la ye, ni semua sebab kumpul ramai-ramai masa raya haritu. Seronok pulak dikenangkan kembali zaman muda-muda dulu.. Ok melebih padahal baru sebulan berlalu je raya haritu. 

Sehari sebelum raya dah berangkat balik kampung, abang sulung dah janji dgn cousin nak buat operasi memasang panjut. Semangat dia lain sikit sebab kampung arwah abah dah berpindah ke rumah baru, alaa depan rumah yg lama je. Bukan apa, rumah dulu tu terlalu senang nak banjir bila hujan lebat. Opah pun dah tak larat.. so alternatif lain adalah dgn membuat inovasi kat tapak depan rumah sikit tu haa.. lepas pasang-pasang panjut dekat kampung abah, pergi pulak ke kampung mak.. bukak puasa for the last Ramadan dan bermalam di sana.


this the hasil from my abang, adik n my cousin.. kesungguhan akan membuahkan hasil yg mantopp gituu. ni lahh hasil yang dibanggakan. Ehh rasa nak raya untuk kali ke dua pulak bila tengok kampung ni haa.. so sukaa so sukaaa !! nampak kat situ pakcik I sedang menikmati keindahan malam raya. Seperti puas dengan effort anak-anak buah dia. Hahahaa. Malam ni sunyi-sunyi dulu, sebab keesokan hari tu baru meriah sebab pakcik-2 yang lain dari Ipoh semua turun. Anak-anak, yang ada cucu bawak cucu.. Haaa.. meriah mak ngahhh.



the cousins.. yg dah beranak pun sama naik, yg membujang pun sama naik.. bebudak kecik pun meriah aje. bila semua dah sampai, semua macam dah excited je rasa nak bergambar  sama-sama. Haaa.. sudahnya bila semua selesai, bersalam raya, makan makan makan makan selesai, petang je semua serbu keluar rumah nak beriadah kat padang.. kononnyaaaa. Aktiviti riadah kami sangat seronok ye uollsss.. tak perlu gaduh-gaduh nak cari kasut bola, tracksuit or wateva sebab kami beriadah hanya dengan memakai baju kurung dan baju melayu untuk memecahkan lemak dan kalori yg terkumpul setelah rendang lemang ketupat disumbat.


keseluruhan 4 generasi yee.. yang lelaki bujang ada yg pergi cari market tepi jalan.. haa deme aje laa yang tak kahwin lagi. masih muda la katakann.. yang perempuan, ermm.. ouhh mungkin tunggu orang datang masuk meminang. aku ?? haa... tunggu je lah ye yg atas-atas aku selesai dulu. Perempuan bongsu mesti laa kena dahulukan yg lebih tua. acewaahhh !! sukanya aku tengok berkumpul macam ni. sebenarnya waktu siang ni semua fokus makan dan makan. bila dah nak start bergambar mula lah ada yang nak tunggu makanan hadam dulu. semput tahu takk..


malamnya pulak, semua dah bersiap sedia nak berperang dengan jiran-jiran berdekatan kat kampung tu haa.. walaupun hujan semua gagah macam ada semangat luar biasa. aku rasa suasana waktu tu berada dalam kem tentera kau tahu ?? ketua segala ketua bab-bab mercun ni tentulah yg tengah menyengih tu haa.. menariknya jiran-jiran sebelah kiri kanan semua macam sporting dan menunggu masa nak berbalas satu sama lain. siap boleh jerit-jerit lagi tauu.. katakan rumah A pasang 25 punya, bila turn rumah A habis, sambung rumah B taknak kalah.. yang 49 punya dan seterusnya rumah C. Rasa-rasa macam hek elehh poyo-poyo gituu, apa barang kome tepi jalan baling-baling mercun bola bagai, kita ambik la pulak senjata yang perlu digantung.. mercun papan di rumah B, wahai rumah A dan C,  kau hadoo ?? haa gitulaa gayanya sampai masing-masing dah habis stok, semua main pop pop je laa.. sama level dengan anak-anak sedara. 

malam tu semua tidur kat kampung abah la pulak ye sebab malam raya dah tidur kampung mak. haaa terbaik punya sejuk dia sampai ada yang selimut dengan kain langsir. bahagia rasa hati. sampai dah tak tahu nak selimut dengan apa. sudahnya semua berhimpit-himpit sampai ada yang jadi ikan sardin ke ikan bilis, aku pun confuse.


sejujurnya aku nak bagitau, sepanjang beraya kat kampung aku pakai selipar 5 hengget sepasang tu je. simple. mudah nak berlasak-lasak walaupun berbaju kurung. dan yg penting raya pertama tak sempat nak keluar berjalan pun. 

so, ini lah perjalanan sepanjang hari raya haritu haritu tu haa... ehhh baru sedar lame gila aku baru nak hegeh-hegeh cerita pasal raya. nak wish raya pun dah lambat sangat dah pun. it's ok.. sambil-sambil nak hilangkan tension dengan assignments, sambil-sambil layan cuaca hujan malam-malam ni, sambil-sambil mengimbau kenangan bersama cousins di kampung.

moral nya, even arwah abah dah takde.. tak semestinya hubungan silaturrahim dengan family abah putus macam tu je. alaa.. memang jarang nak berjumpa. they are still my family, still my cousins.. 
kadang-kadang kita dapat tengok family lain dekat luar tu ada jugak cerita yang tak seronok telinga nak mendengar nyee.. ada jugak family yang dah terputus macam tu je. maknanya bila berjumpa pun dah rasa macam diorang tu orang lain. dah takde 'umm' dia nak berseronok macam zaman mak/ayah diorang ada dulu.. ada yang sampai antara cousins jadi segan sebab dah lama jumpa. segan dia mengalahkan perempuan yang malu bakal suami nak masuk meminang gitu. but alhamdulillah, relationship wan, adik-beradik dengan semua cousins, pakcik makcik masih lagi keep in touch gila dia masih sama. hee. 

ok lahh.. nak layan cuaca sesejuk ni haa.. assalamualaikum.


Jul 14, 2013

Sedikit kata-kata kosong

You,you,you & you...
you know what ? today dah 5 hari kita berpuasa.. 5 hari tau ??
I think, it's tooooo fast. rasa macam baru puasa semalam..ohhh sooooo poyo !!
baru nak pejam mata tupp tupp dah sahur, baru nak fefeeling jiwang tupp tup dah berbuka, baru nak buat assignment tup tupp dah nak masuk hari ke-6, ke-7, ke-8 dan seterusnya dahhh..

but I still wanna wish you guyss "Selamat Menyambut Ramadhan" kepada semua muslimin dan muslimat. 

Kakak cantik ni nak pesan--->

cantik sungguh laa..haihh !! :P
bulan puasa ni jangan membazir. pergi bazar tu beringat, jangan beli sebab lapar mata, kalau ikut lapar mata tu alamat nyee balik rumah nanti mula la sesi pembaziran secara double triple mega !!  contohi ahkak comel ni yg tak berapa nak suka pergi tempat yg bersesak-sesak ramai orang..ehh mengada kan ?? hahaa..

lagi satu, bulan puasa ni eloklah jaga perlakuan dan percakapan awak semua tu ye ?? tapi ingat, bukan dalam bulan Ramadhan sahaja !! bulan-bulan lain pun kena tau..
bukan nak cakap aku ni sopan santun lemah gemalai manis Ya Rabb !! aku pun kalau orang dah melampau cari pasal dengan aku, akan dibalas 'secara lembut'. cumanya yang aku tak faham, jenis nak baran dengan benda yang keciknya alahaiii... kalah tungau !!
tak tahu tungau tu apa ?? tungau tu sejenis kuih, bila makan je tak rasa lapar dah. ok tipu.
tungau tu sejenis binatang. tak tahu jugak buat-2 tahu.

apa yg aku nampak..
setakat nak mengata, maki hamun orang lain yg cuba rampas bf/gf sendiri tu better duduk diam tolong mak kat dapur siang ikan..siap-siap nak berbuka kan ??
maki hamun kamu tu mengalahkan marah orang yg cuba menghina agama Islam. lagi teruk daripada tu !! (if you know what I mean) 

setakat nak serang-serang orang depan orang ramai, meroyan tak tentu arah.. better duduk dalam bilik baca buku, study lagi bagus ye dik.. meroyan untuk benda yg belum tentu jadi milik kamu tu mungkin akan memalukan diri sendiri. orang yg kamu serang tu pun, entah betul ke tidak dia yg salah ?? eloklah tumpukan pelajaran ye dik.. kita semua ada hal masing-masing nak diuruskan daripada uruskan hal orang lain. ;)) akak pesan ni ikhlas tau adik-adik semua ?? hikksss..

ouhh ye.. jaga perasaan orang lain sama ye ?? especially perasaan parents, orang yg lebih tua daripada kita.. manusia semakin meningkat umur, semakin sensitif jiwanya. jangan nak memberontak without any reasons..remember that syurga bawah tapak kaki ibu.. jangan pulak bila tak puas hati dengan parents, mengata belakang pulak, tulis kat facebook, twitter bagai.. isshhhh tak baik tak baik !! siap custome tak nak kasi mak ayah baca kan kalau yg parents ada facebook tu ?? takpe mak ayah taktau, tapi Allah tau..

okayy, bukan nak pesan apa sangat.. sebab bulan yg mulia ni la nampak ada benda-benda macam ni jadi kat laman sosial. tak salah tegur untuk kebaikan ye dokk ?? peace yoo.^^
jangan marah-marah. puasa ni..puasa..puasa.. hikhikkss.:D

Ohh yee.. jaga solat sayanggsss semua !! ;)) 
Assalamualaikum..


Jul 7, 2013

Motivasi Eksklusif bersama AMAR

Lagi-lagi motivasi..
ohh ye almost students tak berapa nak suka bila ada program macam ni kat sekolah kan ?? haaa... malas la tu. ingat kak wan tak tau ke ?? ;)) sebab kak wan pun students laa.. 

oh ye, sebab semalam ada program motivasi di sekolah tu yg boleh tergerak hati nak tulis pasal program tu. rasanya sepanjang 4 tahun belajar di sekolah SMK Sultan Idris Shah sampai sekarang dah jadi senior besar form 6 pun, baru semalam merasa program dengan penyanyi nasyid you.. acewaahh !! 

thanks a lot abang AMAR, atau nama penuhnya Arif Muazzin bin Abdul Rahman.. 
daripada cerita pasal latar belakang, kongsi tips nak study, buat persembahan nyanyi 3 buah lagu & for sure yang palinggggg penting is magic show dia !! apa guna title professional magician kalau tak buat magic show kann... seriously magic show dia awesome !! tip top, A+++++, ternganga mulut mak ngahh nengok nyee.. 

tapi sayang tak sempat rakam magic show dia tu, almaklumlah dia buat show aku ternganga bagai boleh bertelur lalat dalam mulut ni.. terkesima lahh katanya !! video dia tu ada dengan cikgu kaunseling..


gambar ini je yg ada dalam camera phone kak wan yg tak berapa nak uummphhh tu.. jadi lah kan janji nampak la jugak. 
gambar ni pun snap waktu dah nak penutup majlis, abang AMAR nyanyi lagu Nurul Iman. best lagu ni, layannn !! 
after habis program ni, ada la sesi autograf & fotografi tapi kak wan tak berapa nak minat nak bersesak-sesak dengan orang ramai kan.. so just went back home la. 
ni la susah bila ada orang jenis kak wan ni, kerja nak cepat je, mengada bagai tak suka sesak-sesak kann.. so a little bit bosan. that's why la balik duduk rumah je pun, tak suka sangat keluar pergi pasar malam bila family ngajak.  ohhh sooooo sad kan life kak wan ?? 
tapi itulah hakikat.. 

nahhh... disebabkan kak wan dah addict dengan lagu Nurul Iman yg abg amar nyanyi semalam, kak wan nak suruh kome dengar sekali..!
-
-
-
-
-
-
-
-




Jun 6, 2013

Tuhan Jagakan Dia...


Satu perkenalan terbitkan rasa cinta di hati... 
Tapi itu hanya di sebelah pihak, kamu kenal dia dan timbul rasa suka.
Bila sukakan dia, kamu mula menaruh harapan. Kamu mula berharap terhadap cinta yang tak pasti.

Bukan salah dia, tapi kamu yang terlalu menyeksa diri sendiri. Kamu terlalu harapkan yang akan timbul rasa cinta di hati dia. Mengharapkan dia mencintai kamu.
Kamu terus menunggu dan menunggu dan menunggu...

Ibarat kamu yang terlalu 'terhegeh-hegehkan' dia..  Apa yang orang lain akan kata ? Kamu dah tak pedulikan, sebab kamu dah sayangkan dia, mengharapkan dia.
Hebatnya penangan si dia !!

Source : Google

Tapi, pernah tak kamu terfikir..Sama ada dia dah ada yang punya ? Dia suka kamu ke tak ? Dia senang ke tak dengan kelakuan kamu ? dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran kamu..

Kamu sayang dia..sanggup tunggu walau apa pun yang berlaku. 
Allah... 
Setianya kamu..walaupun tak ada rasa cinta/suka di hati dia untuk kamu ?

Kamu dah terlalu banyak menanggung perasaan rindu & derita di hati kamu..
Sebab apa ?
Sebab kamu terlalu berharap...berharap...dan terus berharap.

Source : Google

Sampai satu tahap kamu penat !!
Penat untuk terus menanti cinta yang tak pasti.. Kamu mula berhenti berharap.
Makin lama kamu berharap, makin lama kamu tunggu, makin lama lah kamu sakit.
Sebab itu kamu ambil keputusan untuk berhenti berharap.

Memang kamu sedih sebab terpaksa ambil keputusan begitu.. 
Sayang tetap sayang..
Kamu dah lama menunggu.. dan tiba masa untuk kamu redakan hati kamu sendiri.
Hati yang dah lama sakit sebab menanti sesuatu yang tak pasti..

Cuma harapan terakhir yang kamu boleh lakukan..
Tuhan jagakan dia..
Dia yang yang kamu cintai.

Source : Google
Bukan HATI namanya kalau tak sayang, 
Bukan HATI namanya kalau tak pernah jatuh cinta,
Bukan HATI namanya kalau tak rindu.

Tapi ingatlah, Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya sama dalam keadaan senang hati atau pun susah hati.
Allah sentiasa beri ruang untuk HATI kita sentiasa mengingati-Nya.



Jun 4, 2013

Spent Our Leisure Time


Alhamdulillah..there's still have time to update my blog. 
just realized dah 3 months tak visit blog sendiri.. dear blog, pity you. sobssobss..
well, bila fikir balik bila je boleh update before this kann ?? busy nye mengalahkan Prime Minister "Uncle Jib" tu uolsss..

permulaan semester dua yang lalu, hurrmmm...dah ada signal dah pun yang Wan takde masa nak ngadap lama-lama blog ni. Masa yang sangat lah singkat nak siapkan assignments yang sangat lah merumitkan kepala otak sampaikan rasa nak bunuh mental fizikal sendiri..ouhh so sad !! artis pun tak macam ni tau..but never mind, forget about it. dah selesai dah pun, final exam 2nd semester yg killer habis tu pun dah lepas.. holiday ni, have fun la kan ?? tak perlu ingat yang lepas, ingat untuk 3rd semester yang akan datang bukak je cuti sekolah ni.. bluuurrggghhhh..

btw, school's holiday pun dah seminggu berlalu & for sure too much kenduri kendara.. macam biasa Wan sentiasa turun membantu sambil menghabiskan lauk kenduri. mana tahu ambil berkat kenduri orang.. kot lah tak lama lagi kan..acewahh !! 

kenduri tu biasa lah, dah jemu..dalam masa yang sama, ambil kesempatan buat reunion dengan member sekolah waktu form 5 kan.. kenangan dua tahun dulu waktu kat sekolah. at the same time, gather together before my bff pindah..ok ini sedihh !!
first plan, kononnya nak picnic kat Lata Lawin je but the moment when Bella's mom asked.. it's just like..."korang nak picnic kat mane je ?" while me n bella duduk kat ruang tamu sambil layan master chef, otak memikirkan resepi nak perap ayam.. slow n steady bella said "kat lata lawin.."

then, you know what ?? her mom's reaction towards the answer seriously frightened us.."hoiii jangan pergi la ke sana, cikgu ***(not remember his name) kena kencing tikus..bla...bla..bla....." sampai list kan semua tempat yg jadi kawasan larangan gara-gara that disease !! ohhmaaiiii... rasa macam petir tahu tak suara madam norisa tu.. hahahaa !! its ok, saya ok saya dah besar.
dengan pantas otak ligat memikirkan which venues yg sesuai. nak elak risiko lah katakan..at last, pergi lah sungai yg dekat dengan rumah member sorang ni..cik patin namanye..jadilah bukan nak mandi pun.

hari kejadian, semua macam acah-acah busy, wechat sana sini, wassupppp sana sini, call sana sini..*menyampah mak noksss.. ok, sumbat semua barang, makanan, tong air, tong drum..ehh ok tipu. semua disumbat dalam kereta kancil yg kecik cenonet. masuk wan ni dah penuh ruang belakang.hahaa. rembat aje.. sumbat semua, janji sampai tempat tu. then, the boys took over the girls' duty..angkut semua barang, bakor le ayam tu..kami macam biasa, bancuh air & so on.. tapi aku dah malas nak buat sebab kecewa goreng meatball hangit bontot nye.. afiq kata buah sawit ?? ok, aku tak kata aku masak la time tu..aku kata bella yg masak..^__^


malas nak upload gambar banyak-2 waktu picnic, sekali upload sudah..sengaja fokuskan bella n cik patin bergosip sambil bancuh air..simple je. plan dah lama tapi semua buat last minute. tapi last minute pun havoc hapee...;)) 



mungkin this was our last date to have fun together kumpul geng reramai walaupun tak la ramai mana pun..bella dah pun pindah ke Tanjung Malim. serious geng makin berkurang kat taman perumahan wan ni.. ouuhh ye, rumah dia dekat je. sentap mak noksss bila bff pindah.. tapi wan tak tunjuk pun depan dia. depan dia buat-buat macam suruh dia pindah cepat-cepat. hewwheww.. semoga berbahagia di tempat baru wahai bella.. 'gu' kita kat sini tinggal fatin, fini n me only..sobssobsss

thanks guysss... seriously that was an awesome picnic ever !! 
heartsss...<3




Mar 10, 2013

Semester yang penuh dengan cabaran..

Assalamualaikum.. hello !!
sorry dah lama tak berblog.. last update pun bulan lepas. maklum lah masih berada dalam mood busy untuk semester 2 ni..
ouhh, ni curi tulang jap nak update blog ni..heheehe. :)

seriously, sem ni rasa macam nak pakai kasut roda je bergerak dari satu tempat ke tempat lain..kaki ni rasanya kalau scan struktur tulang kat dalam tu dah retak kot rasanya..dengan assignments yg nak kena hantar April ni, semalam dengan ada program 1Citizen, camping dekat Kedah next week, sah-sah takde masa nak siapkan assignments..belum lagi aktiviti yang sampingan tu, banyak lagi!! stress mak nokss..

adoyaiii..schedule untuk setiap hari tak payah cakap la, rasa nak nangis bila fikirkan tidur yang tak cukup ni..:'(
tapi kan..tapi kan.. tapi kan.. 
last week banyak kelas takde, so boleh buat assignments dengan relax dan tak tertekan la sebab tak terikat dengan apa yang cikgu mintak..:) 

bila tertekan ni, wan ni sensitif sikit..busy je pening kepala, tension je pening kepala..bila kepala dah memusing, kena tidur kejap untuk lupakan segala masalah..(kononnyaaa..)
assignments punya hal la ni.. nak buat kajian pun, staff yang kerja dekat satu tempat tu(nama pejabat dirahsiakan) tak bagi kerjasama..dah tunjuk surat pun still tak bagi kerjasama, itu satu hal yang memeningkan kepala..

perasaan ni hanya aku yang tau macam mana rasa bila berkomunikasi dengan staff tu..astaghfirullahalazimm...!! sabar ni sabar..



kononnya busy ?? waktu ni pun sebenarnya curi tulang kejap nak menunjukkan bakat jadi model kat belakang kelas je pun..padahal buku semua bersepah atas meja tu haa..seronok je jadi students Form 6 ni haa..lagi-2 bila dah guna sistem modular ni haa,cuma kena rushing+ikut rules kat sekolah laa..sebabnya cikgu-cikgu pun rasa kami murid sekolah walhal dah 19 tahun dah pun..:) muka kami begitu muda "baby face" mungkin...??? wakakaaka..


fokus dekat matrix card je, kalau ada anugerah meja paling bersepah..kami juara mungkin !! see, zati "pembimbing" or "pemusnah" rakan sebaya ?? presiden lagi tu..oopppsss ! ;)


program 1Citizen pagi semalam..ayu gitu berbaju kurung.!! ehh ?? :)
wan undur diri dulu, tu saja untuk dibebelkan..nak cerita apa yang berlaku dalam masa sebulan tak update blog pun, dah tak ingat sangat..banyak sebenarnya benda yang seronok dan tak seronok terjadi, cuma biarlah terpahat di sanubariku ini..uhuukkk!!(muntah hijauu..)
lupa nak letak memory card dalam kepala..hohoo !!

Have a nice weekend guyss..see you soon readers & followers..
sayaaannnggg semua !! :*


Feb 2, 2013

It's Tooo... LATE

Hey dudesss... 
Happy New Year !! Happy 2013..!!
ooppss.. dah sebulan eh berlalu ?? errr... takpe, abaikan.
sebab aku dah tersangat-sangat lambat untuk membuka blog kesayangan aku.

btw, semoga uolss happy di tahun 2013 ini ye..
sebulan tinggal blog ni..busy dengan kerja, busy dengan gosip, busy dengan bercuti..
bercuti ??
yaa..bercuti tanpa dirancang ! itu yang boleh aku cakap.

Semuanya bermula bila asalnya, nak pergi beli buku untuk semester 2 je. tak jauh pun cari buku, di Kuala Kangsar je. Kebetulan abang gua balik bercuti waktu thaipusam haritu, dia sampai rumah around 10.00 a.m. dan waktu tu me, my mom & my lil bro baru nak bertolak ke kuale.. alang-alang abang ada, so dia yg baru tiba dari Penang terus follow ke kuale..
Kemain abang ye tak sempat nak rest kat rumah..

Sampai je kat tengah-tengah pekan kuale tu, ya ampun sesaknya teramat ! Pening mak nokss..nak park kereta pun susah..sudahnya me n my mom pun turun dari kereta, abang yg continue drive pusing pekan kuale dengan adik.
ok, done shopping buku-buku yg bertimbun dengan mak.. tetiba abang n adik menghilang.
call punya call tak angkat-2, and me was dah macam mak nenek tunggu tengah panas dengan menjinjit beg plastik yang penuh dengan buku.
terasa seperti student cemerlang seketika waktu itu. Huahuahuaa..
my mom started to membebel ke mana my bross menghilang dengan kereta kesayangan mak tu ??

lastly, muncul jugak..but bukan dengam my lil bro..sebaliknya dengan my cousin..dalam masa sesaat me is dah agak mesti deme ke rumah mak sedara aku di kuale tu.. ewaahh ewaahh..kemain sepeghhaisss le kononnye buat dekat aunty gua tu..
singgah rumah sedara kat kuale tu, suddenly my aunty n my uncle said,

"eh,jom ke Ipoh nak celebrate adik(which is my lil bro) kita makan nasi arab.pakman dah lama berhajat nak bawak cuma takde masa.alang-alang kome dah ada jom le.kejap je."

aku dikala itu seperti..Whatt?? no extra clothes.. but it's ok lahh.. no hal.. nak pergi makan je pun. then buat relax sudah.. selipar pun selipar lah.. lagi senang & simple je pada hari itu. Lagi pula panas kok bisa pakai pakaian yang berfashion ?? waduhhh waduhhh..
then, after zohor kami bergegas ke Ipoh.. tibalah ke destinasi yg dikatakan oleh my uncle..

aku ni harap je selalu pergi Ipoh tapi still pening-2 dengan jalan dia..Hikkhokkk !! bila nampak satu tempat tu, otak pun mula lah memberi reaksi,'oh,tempat ni la yg itu..' 'tempat ini lah yg ini...' 'eh,pernah datang tempat ni' and so on.. 
now I realized my brain couldn't remember so many things in the same time.. teruknya memori aku !! sobsobss..

nahh..sila layan perasaan seketika..







saat menunggu makanan, semuanya seperti tak sabar tak sabar dan tak sabar..perut semua berkeroncong gituu..ouhh ye, restoran ni owner dia memang truly arabiansss punya orang. menu dia pun allughatul arabiah..*err betul ke aku kata ni?* but no worries, gunalah bahasa inggeris ye..;) yg order semuanya my uncle yg manage..senang !! sebelum kami mula berbicara, broken english itu sudah pasti..! huahuahuaa..nak pulak aku yang speaking,larii mamat arabss tu nanti.pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu arab sana..dan kami ibarat seperti ingin sahaja bergelek dengar lagu mereka. Hahahaa..



this is what we call heaven !! alhamdulillah syukur dengan rezeki yang ada..sesungguhnya my bro n my cousin tu seperti terlalu gembira dan seperti setahun tak makan..blurrgghh..




me is semput ?? seriously dah ketat perut sumbat nasi arab..ahh !! hanya organ dalaman aku sahaja yang tahu..:)



setelah licin segala pinggan...wajah terukir senyuman yg indah. itulah keajaiban makanan. Hewwhewheww..


kepoyoon bersama cousinss...Ini semua poyo !!
ok..alang-alang dah promote restoran abang arab ni..siapa yang tak pernah datang, meh meh.. sila lah ke sini ye. semuanya terbaekk !! :P

Kinta Riverfront, Ipoh.

bye bye semuaa !! enjoy ye..