Sep 14, 2013

Seronok bila balik kampung

Salam cantik dan kacak semuaaaa...

Alhamdulillah mampu lagi jari-jari comel kemetot aku hasilkan coretan di blog. Maklum saja lah busy dengan assignments, rasa dah tak cukup kedeghaattt nak membebel kat sini. Saat aku menaip entry ni, hujan bukan main lebat sungguh di bumi Gerik ni haa.. lebat-selebatnya. Rasa angin sesejuk ni terus rasa macam bersemangat waja pulak kan nak menulis entry ni haa.. and terus teringat suasana kat kampung yg asli gila, jauh daripada segala pencemaran kat bandar tuuu.. rindu pulak kumpul reramai dengan the cousins tu kann. 
k, iollsss is sad. Rindu kampung halaman opah-opahku di Lenggong.

Yes, dua-dua opah di kampung yg sama. Senang jalan.. hewheww. Bila dah rindu kampung ni, faham-faham je la ye, ni semua sebab kumpul ramai-ramai masa raya haritu. Seronok pulak dikenangkan kembali zaman muda-muda dulu.. Ok melebih padahal baru sebulan berlalu je raya haritu. 

Sehari sebelum raya dah berangkat balik kampung, abang sulung dah janji dgn cousin nak buat operasi memasang panjut. Semangat dia lain sikit sebab kampung arwah abah dah berpindah ke rumah baru, alaa depan rumah yg lama je. Bukan apa, rumah dulu tu terlalu senang nak banjir bila hujan lebat. Opah pun dah tak larat.. so alternatif lain adalah dgn membuat inovasi kat tapak depan rumah sikit tu haa.. lepas pasang-pasang panjut dekat kampung abah, pergi pulak ke kampung mak.. bukak puasa for the last Ramadan dan bermalam di sana.


this the hasil from my abang, adik n my cousin.. kesungguhan akan membuahkan hasil yg mantopp gituu. ni lahh hasil yang dibanggakan. Ehh rasa nak raya untuk kali ke dua pulak bila tengok kampung ni haa.. so sukaa so sukaaa !! nampak kat situ pakcik I sedang menikmati keindahan malam raya. Seperti puas dengan effort anak-anak buah dia. Hahahaa. Malam ni sunyi-sunyi dulu, sebab keesokan hari tu baru meriah sebab pakcik-2 yang lain dari Ipoh semua turun. Anak-anak, yang ada cucu bawak cucu.. Haaa.. meriah mak ngahhh.



the cousins.. yg dah beranak pun sama naik, yg membujang pun sama naik.. bebudak kecik pun meriah aje. bila semua dah sampai, semua macam dah excited je rasa nak bergambar  sama-sama. Haaa.. sudahnya bila semua selesai, bersalam raya, makan makan makan makan selesai, petang je semua serbu keluar rumah nak beriadah kat padang.. kononnyaaaa. Aktiviti riadah kami sangat seronok ye uollsss.. tak perlu gaduh-gaduh nak cari kasut bola, tracksuit or wateva sebab kami beriadah hanya dengan memakai baju kurung dan baju melayu untuk memecahkan lemak dan kalori yg terkumpul setelah rendang lemang ketupat disumbat.


keseluruhan 4 generasi yee.. yang lelaki bujang ada yg pergi cari market tepi jalan.. haa deme aje laa yang tak kahwin lagi. masih muda la katakann.. yang perempuan, ermm.. ouhh mungkin tunggu orang datang masuk meminang. aku ?? haa... tunggu je lah ye yg atas-atas aku selesai dulu. Perempuan bongsu mesti laa kena dahulukan yg lebih tua. acewaahhh !! sukanya aku tengok berkumpul macam ni. sebenarnya waktu siang ni semua fokus makan dan makan. bila dah nak start bergambar mula lah ada yang nak tunggu makanan hadam dulu. semput tahu takk..


malamnya pulak, semua dah bersiap sedia nak berperang dengan jiran-jiran berdekatan kat kampung tu haa.. walaupun hujan semua gagah macam ada semangat luar biasa. aku rasa suasana waktu tu berada dalam kem tentera kau tahu ?? ketua segala ketua bab-bab mercun ni tentulah yg tengah menyengih tu haa.. menariknya jiran-jiran sebelah kiri kanan semua macam sporting dan menunggu masa nak berbalas satu sama lain. siap boleh jerit-jerit lagi tauu.. katakan rumah A pasang 25 punya, bila turn rumah A habis, sambung rumah B taknak kalah.. yang 49 punya dan seterusnya rumah C. Rasa-rasa macam hek elehh poyo-poyo gituu, apa barang kome tepi jalan baling-baling mercun bola bagai, kita ambik la pulak senjata yang perlu digantung.. mercun papan di rumah B, wahai rumah A dan C,  kau hadoo ?? haa gitulaa gayanya sampai masing-masing dah habis stok, semua main pop pop je laa.. sama level dengan anak-anak sedara. 

malam tu semua tidur kat kampung abah la pulak ye sebab malam raya dah tidur kampung mak. haaa terbaik punya sejuk dia sampai ada yang selimut dengan kain langsir. bahagia rasa hati. sampai dah tak tahu nak selimut dengan apa. sudahnya semua berhimpit-himpit sampai ada yang jadi ikan sardin ke ikan bilis, aku pun confuse.


sejujurnya aku nak bagitau, sepanjang beraya kat kampung aku pakai selipar 5 hengget sepasang tu je. simple. mudah nak berlasak-lasak walaupun berbaju kurung. dan yg penting raya pertama tak sempat nak keluar berjalan pun. 

so, ini lah perjalanan sepanjang hari raya haritu haritu tu haa... ehhh baru sedar lame gila aku baru nak hegeh-hegeh cerita pasal raya. nak wish raya pun dah lambat sangat dah pun. it's ok.. sambil-sambil nak hilangkan tension dengan assignments, sambil-sambil layan cuaca hujan malam-malam ni, sambil-sambil mengimbau kenangan bersama cousins di kampung.

moral nya, even arwah abah dah takde.. tak semestinya hubungan silaturrahim dengan family abah putus macam tu je. alaa.. memang jarang nak berjumpa. they are still my family, still my cousins.. 
kadang-kadang kita dapat tengok family lain dekat luar tu ada jugak cerita yang tak seronok telinga nak mendengar nyee.. ada jugak family yang dah terputus macam tu je. maknanya bila berjumpa pun dah rasa macam diorang tu orang lain. dah takde 'umm' dia nak berseronok macam zaman mak/ayah diorang ada dulu.. ada yang sampai antara cousins jadi segan sebab dah lama jumpa. segan dia mengalahkan perempuan yang malu bakal suami nak masuk meminang gitu. but alhamdulillah, relationship wan, adik-beradik dengan semua cousins, pakcik makcik masih lagi keep in touch gila dia masih sama. hee. 

ok lahh.. nak layan cuaca sesejuk ni haa.. assalamualaikum.