Dec 2, 2013

Goodbye and thank you memories

Alhamdulillah.. semuanya sudah berakhir. The STPM is...
The End...

Masa habis SPM dua tahun lepas, macam yakin je yang diri ni dah takkan sarung uniform sekolah lagi. Macam confirm je kononnya..tapi dah nasib badan. Result masa SPM yg dulu tak berapa nak bagus kan so tercampak lah beta ke lembah form 6. Mula-mula macam yakin je kata "ouh lepas ni aku takkan masuk form 6.rimas kot dah besar nak pakai uniform sekolah bagaii..."

guyss..believe me! 
sometimes apa yg kita tak suka dan selalu disebut-sebut tu la yg akan kita hadapi.frankly said, aku dulu selalu pandang rendah terhadap form 6.maybe because I wasn't too matured enough to judge something?? maybe jugak dulu aku selalu tengok senior-senior yg masuk form 6 ni macam seksa diri tahu?? dah besar but still nak beruniform sekolah.

tapi itu semua duluuu...
bila habis SPM dua tahun lepas, tetiba dengar pulak berita kata form 6 dah guna sistem modular(semester), aku macam tertarik.mana tak nye, before this form 6 semua macam nak mati la study dari lower six to upper six then hujung tahun baru exam penting. but actually I think sistem baru lagi membunuh pelajar,bezanya sistem baru bagi peluang utk students repeat paper yg dapat result tak memuaskan untuk semester yg lepas..berbanding dgn sistem terminal yg takde peluang nak repeat dah. It's okay la, masing-masing ada pros and cons. sistem sekarang ni dibahagikan ikut semester,sepanjang setahun setengah kau menghadap persekitaran sekolah,makanya kau kena tempuh macam-macam cabaran utk 3 semester. Ada fahamm ?? Faham bagus,tak faham pergi mampus.. ehhh, sorry. Joke!! Heee..
Jadi..bila dah berani ambil keputusan masuk form 6 ni,secara tak langsung otak aku ni buat throwback kononnya macam tak sangka yang sebenarnya aku masuk form 6. 
"tulaa dulu kau pandang rendah kan?? sekarang kau yg terpegun dengan kelebihan yg ada bila masuk form 6 ni.kau jugak yg sedih nak habis form 6,kau jugak sedih nak berpisah dgn kawan-kawan & cikgu-cikgu" cakap depan cermin.

adik-adik,pleaseeee..ubah mindset korang yg kata form 6 tu last choice bila korang tak berjaya masuk universiti lepas SPM hokayyy??itu semua bisikan syaitonnirrojimmmm..Hahahaa. Terbuka untuk semua tau??Ada je straight A's SPM masuk form 6 ni. serious ahkakk tak tipu dikk..believe me.*kenyit kenyit mata*

Sekarang ni bila dah start menanam anggur ni mula nak rindu kawan-kawan ni. Form 6 dah berjaya buat aku taknak keluar dari sekolah. bukan apa,rindu bergelak ketawa,bergurau senda dgn kawan je..and yg penting nak berdebat dengan cikgu.huahahaa..

ouhh..i-Sedih sebenarnya. ini je yg mampu mengubat kesedihan.. sobbssss.



suka sangat buat perangai yg tak berapa nak senonoh classmates. rindu okay rindu?? aku rasa macam nak putarkan semula masa-masa sebelum ni so boleh lahh aku bergelak ketawa 24 hours non-stop!! serious dgn classmates aje yg boleh buat segala jantung hati limpa usus kecik usus besar dalam badan ni bergerak-gerak ketawa. Kira macam waktu belajar pun main-main,waktu main pun main-main..ehh?? tak sangat laa..
kami pun ada masa serious tahu?? kalau nak kata gaduh baik gaduh baik tu mmg selalu sampai rasa macam nak tampaq bontot sorang sorang. ehh okayy itu melampau! 



Ya Allah..tengok gambar ni rasa macam nak masuk dalam gambar. Betul la tu kata yuna,setiap gambar ada ceritanya kononn..tapi ishh memang betul pun. Tengok gambar time main bola jaring tu,terbayang-bayang balik apa yg berlaku waktu tu. Huuaaaa...meroyan rasa tengok gambar zaman sekolah sepanjang form 6 ni!!


and I love this sooooooo much!! Such a big honour for me. Terharu rasa sepanjang menyumbangkan tenaga dan idea dalam Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U ni..acewaahhh gaya macam busy je padahal treasury assistant je pun. Tapi..yg ni la pun guru penasihat selalu cari sampai rasa nak lari sembunyikan diri. Haahahaa..


Hmm..speechless dah tak tahu nak luahkan rindu macam mana. Terima kasih sahabat kerana kalian dah mencipta 1001 kenangan pahit manis suka duka hidup bersama sepanjang form 6 ni. Semoga kalian semua berjaya hendak-Nya. Semoga Allah memberkati hidup kalian dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Thank you too all my teachers.. Thanks for teaching me..May Allah bless all of you. 
Keep smiling :))

Never allow little things to spoil a friendship. Overlook offence if possible. Confront it if necessary. But always forgive.